ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MOODY'S ANALYTICS MEMPEROLEHI AKREDITASI DARI AGENSI AKREDITASI KEWANGAN MALAYSIA

Wednesday 23/05/2018



KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody’s Analytics, sebuah penyedia penyelesaian kecerdasan dan pembelajaran kewangan yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa program persijilan mereka di dalam kredit korporat dan perdagangan ("Sijil dalam Kredit Perdagangan," atau "CICC") telah mendapat akreditasi dari Agensi Akreditasi Kewangan Malaysia (FAA).
 
Akreditasi FAA itu menandakan bahawa program CICC Moody’s Analytics itu telah memenuhi piawaian yang ketat yang ditetapkan oleh FAA untuk kursus latihan di Malaysia. Akreditasi ini menekankan hubungan program itu dengan industri perkhidmatan kewangan dan penjajarannya dengan objektif kecekapan kredit Bank Negara Malaysia.
 
"Kami sangat berbesar hati untuk menambahkan Sijil Moody's Analytics di dalam program Kredit Perdagangan kepada portfolio kami bagi program pembelajaran yang diiktiraf," kata Khairul Nizam, Ketua Pegawai Eksekutif bagi FAA. "Perakuan akreditasi itu diberikan berikutan penilaian kualiti dan proses jaminan menyeluruh yang didasarkan kepada amalan terbaik antarabangsa dan standard FAA yang ditanda aras di peringkat global bagi struktur dan kandungan program pembelajaran."
 
Program CICC itu dirancang secara unik untuk memberikan satu pemahaman yang menyeluruh tentang prinsip dan amalan bagi pinjaman komersial moden. Program itu menawan blok bangunan yang paling penting di dalam keputusan kredit dan menawarkan modul-modul yang khusus di dalam topik yang tepat pada masanya seperti pengenalan pinjaman dan pengurusan masalah, dan pinjaman yang bertanggungjawab. Kurikulum itu disampaikan sepenuhnya secara dalam talian, dengan menggunakan sebuah antara muka yang interaktif dan responsif.
 
"Kami merasa amat teruja untuk menerima akreditasi FAA bagi Sijil kami di dalam Kredit Perdagangan," kata Ari Lehavi, Ketua Global bagi Penyelesaian Pembelajaran Moody’s Analytics. "Beribu-ribu profesional perbankan di seluruh dunia telah meningkatkan kemahiran profesional mereka dengan kurikulum ini dan kami berharap untuk memberikan sokongan yang sama kepada komuniti perbankan di Malaysia."
 
Akreditasi FAA diperolehi sejurus selepas kelulusan serupa yang diberikan oleh Institut Perbankan dan Kewangan Singapura dan Bank Rizab India.
 
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian dan Pensijilan Pembelajaran Moody’s Analytics.
 
Maklumat mengenai Moody’s Analytics
Moody's Analytics menyediakan peranti kepintaran dan analisis kewangan yang menyokong objektif pertumbuhan, kecekapan dan pengurusan risiko bagi pelanggan kami. Gabungan kepakaran kami yang tiada tandingan di dalam risiko, sumber maklumat yang luas, dan penerapan teknologi yang berinovatif membantu pemimpin-pemimpin perniagaan pada hari ini dengan yakin mengemudikan sebuah tempat pasaran yang berkembang. Kami diiktiraf di atas penyelesaian kami yang terkemuka di dalam industri, penyelidikan pelbagai, data, perisian dan perkhidmatan profesional, yang digabung untuk menyampaikan suatu pengalaman pelanggan yang lancar. Beribu-ribu organisasi di seluruh dunia telah menjadikan kami sebagai rakan mereka yang dipercayai kerana komitmen kami yang tegas kepada kualiti, perkhidmatan pelanggan, dan integriti.
 
Moody's Analytics adalah sebuah anak syarikat Moody's Corporation (NYSE: MCO). MCO melaporkan pendapatan sebanyak $4.2 bilion pada tahun 2017, mempunyai kira-kira 11,900 orang pekerja di seluruh dunia dan mengekalkan kehadiran di 41 buah negara. Maklumat lanjut mengenai Moody’s Analytics boleh diperolehi di www.moodysanalytics.com.
 
Maklumat mengenai Agensi Akreditasi Kewangan
Disokong oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, FAA telah ditubuhkan untuk meningkatkan standard dan kualiti pembelajaran dan pembangunan profesional di dalam industri perkhidmatan kewangan. Sebagai sebuah badan jaminan kualiti dan akreditasi bebas, FAA menyokong pembangunan modal insan industri itu yang bertujuan melahirkan kalangan profesional yang berkemahiran tinggi yang boleh bergerak ke peringkat antarabangsa. Dengan disokong oleh jawatankuasa teknikal bagi pakar-pakar kewangan, profesional dan akademik yang terkemuka dari pusat-pusat kewangan yang utama di seluruh dunia, FAA menggalakkan piawaian global yang paling tinggi di dalam pembelajaran dan pembangunan.
 
Hubungi
Moody’s Analytics Communications
Katerina Soumilova, 001.212.553.1177
katerina.soumilova@moodys.com
atau
moodysanalytics.com
twitter.com/moodysanalytics
linkedin.com/company/moody’s-analytics

Sumber : Moody’s Analytics

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180521005890/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.