ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  UTIMACO MENGUMUMKAN HASRAT UNTUK MEMPEROLEHI ATALLA DARI MICRO FOCUS

Friday 18/05/2018



Pemerolehan untuk mengukuhkan pelaburan di dalam perniagaan Modul Keselamatan Perkakasan dan menambahkan sebuah perniagaan Pembayaran HSM yang terkemuka di pasaran kepada Portfolio Keselamatan Maklumat Utimaco

• Pengambilalihan itu akan menggabungkan dua perintis yang terkenal di dalam perniagaan Modul Keselamatan Perkakasan (HSM) dengan kekuatan pelengkap dan kedudukan pasaran.

• Utimaco, sebagai satu daripada pemimpin pasaran di seluruh dunia di dalam perniagaan HSM serbaguna, adalah komited sepenuhnya untuk meneruskan dan melabur di dalam portfolio produk Atalla. Pelanggan Atalla akan mendapat manfaat daripada komitmen Utimaco untuk keselamatan, kualiti produk dan inovasi yang diperakui.

CAMPBELL, Calif., 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Utimaco, yang menduduki tempat kedua di dunia di dalam Modul Keselamatan Perkakasan (HSM), hari ini mengumumkan hasrat untuk memperolehi rangkaian perniagaan Atalla HSM dan ESKM daripada Micro Focus, yang sebelum ini dimiliki oleh Hewlett Packard Enterprise (HPE) sebelum penggabungan perniagaan Perisian mereka dengan Micro Focus pada September 2017.

Utimaco yang berpangkalan di Jerman, yang aktif di dalam pasaran HSM selama lebih 35 tahun, adalah sebuah pengeluar dunia bagi HSM serbaguna. Utimaco telah membina kedudukan mereka sebagai pendahulu pasaran dengan memberi tumpuan kepada jualan tidak langsung melalui OEM atau rakan perniagaan saluran dan menjual barisan produk SecurityServer mereka kepada industri yang pelbagai seperti sektor automotif, kerajaan, media & hiburan, pemeteran pintar, semikonduktor, telekomunikasi dan perbankan dan perkhidmatan kewangan. Utimaco secara tradisinya mantap di pasaran perumahan Jerman berdasarkan kepada persijilan persatuan perbankan Jerman (DK) mereka yang lama dahulu dan telah baru-baru ini mencapai akreditasi PCI bagi barisan produk SecurityServer.

Dengan pengambilalihan Atalla, satu daripada nama jenama yang paling mantap dan ikonik untuk pembayaran elektronik HSM, Utimaco akan mempercepatkan trajektori pertumbuhan mereka ke dalam pasaran Pembayaran dengan mengakses kepada syarikat perkhidmatan perbankan dan kewangan yang berjenama utama, terutamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia. Utimaco komited untuk mengekalkan pasukan Atalla dan terus melabur di lokasi mereka di California.
 
Urus niaga itu belum termeterai sementara menunggu kelulusan pengawalseliaan lazim yang dikehendaki dan dijangka selesai pada musim luruh 2018.

Malte Pollmann, Ketua Pegawai Eksekutif Utimaco, berkata: "Pengambilalihan Atalla itu akan menandakan satu pencapaian penting di dalam pelaksanaan strategi pertumbuhan kami yang seterusnya. Ia adalah saling melengkapi dari segi portfolio produk dan jejak serantau serta pasaran menegak yang kami tangani. Kedua-dua Utimaco dan Atalla adalah perintis di dalam modul keselamatan perkakasan, gabungan itu yang membawa kepada begitu banyak pengalaman dan pengetahuan yang tiada tandingannya. Kami mempunyai rasa hormat yang luar biasa dengan pencapaian teknologi Atalla di arena pembayaran dan mahu ia kekal sebagai sebuah pakar yang tertumpu di dalam bidang ini, dan secara langsung boleh didekati oleh rakan kongsi dan pelanggan. Pengambilalihan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan dan pekerja, sekali gus meneruskan perkhidmatan serta inovasi produk."

"Sebagai dua perintis yang utama di dalam perniagaan modul keselamatan perkakasan, Atalla dan Utimaco adalah padanan yang sempurna, beroperasi di pasaran pelengkap dengan kekuatan sejajar yang akan membantu memacukan penjajaran yang lebih baik bagi pelanggan dan meletakkan Atalla untuk pertumbuhan di masa hadapan," kata John Delk, Pengurus Besar bagi Keselamatan untuk Micro Focus. "Kami komited sepenuhnya kepada portfolio perisian Keselamatan kami dan misi kami untuk memberi jaminan kepada pengguna, aplikasi dan data. Dengan inovasi seperti pelancaran Voltage SecureData Sentry baru-baru ini, kami sedang melaksanakan misi itu dan mempamerkan keupayaan kami untuk memenuhi cabaran keselamatan data yang mencabar pada skala, sambil memudahkan dan meningkatkan masa untuk dihargai."

Maklumat mengenai Modul Keselamatan Perkakasan (HSM)

HSM adalah peranti pengkomputeran tujuan khas untuk melindungi dan menguruskan rahsia kriptografi, seperti kunci digital dan tandatangan. Mereka berada pada akar untuk melindungi banyak infrastruktur kritikal.

Maklumat mengenai Modul Keselamatan Perkakasan Atalla

Modul Keselamatan Perkakasan Atalla (HSM) adalah sebuah modul keselamatan perkakasan pembayaran untuk melindungi data sensitif dan kunci yang berkaitan bagi urus niaga pembayaran runcit bukan tunai, pengesahan pemegang kad dan kunci kriptografi.

Maklumat mengenai Enterprise Secure Key Manager

Enterprise Secure Key Manager (ESKM) menyediakan satu penyelesaian berasaskan perkakasan pengurusan penting berpusat untuk menyatukan dan mengautomasikan kawalan kunci penyulitan sesebuah organisasi dengan mewujudkan, melindungi, memberi khidmat, dan mengaudit akses kepada kunci penyulitan bagi pentadbiran yang selamat dan boleh dipercayai.

Maklumat mengenai Utimaco

Utimaco adalah sebuah pembekal penyelesaian keselamatan siber profesional di seluruh dunia dan berpangkalan di Aachen, Jerman dengan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Sejak tahun 1983, Utimaco telah membangunkan peralatan berasaskan perkakasan keselamatan tinggi (Modul Keselamatan Perkakasan) dan penyelesaian pematuhan untuk peraturan penyedia telekomunikasi (pemintasan yang sah dan pengekalan data). Pada hari ini, Utimaco adalah sebuah pemimpin pasaran dunia di kedua-dua segmen. Pelanggan dan rakan niaga dari Utimaco di seluruh dunia yakin dengan perlindungan pelaburan jangka panjang, kebolehpercayaan yang terbukti syarikat itu, serta banyak standard keselamatan IT mereka yang diperakui. Utimaco bermaksud kualiti produk yang diiktiraf, perisian yang mesra pengguna, sokongan yang sangat baik dan keselamatan tinggi yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.utimaco.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180518005012/en/

Hubungi
Utimaco Inc.
Alexandra Guennewig
Pengarah bagi Pemasaran Global
Tel: +1 (408) 395 6400
E-Mel: hsm@utimaco.com

Sumber : Utimaco

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.