PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  ​HANGZHOU MENDAHULUI DI DALAM PERSAINGAN PUSINGAN BAHARU BAGI BAKAT-BAKAT DI KALANGAN BANDAR RAYA CHINA -- PERSEKITARAN EKOLOGI YANG SANGAT BAIK DAN TERBUKA BAGI BAKAT-BAKAT MENJADIKAN HANGZHOU SEBAGAI BANDAR RAYA YANG PALING MENARIK DI CHINA

Thursday 17/05/2018



AsiaNet 73575

HANGZHOU, China, 17 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Ketika China menandakan ulang tahun ke-40 bagi pembaharuan dan dasar pembukaan mereka pada tahun ini, wilayah Zhejiang di timur China, satu penanda aras di dalam peralihan bersejarah itu, baru-baru ini mengadakan satu persidangan mengenai pembukaan, dengan berazam untuk mempercepatkan tarikan bagi sumber-sumber mewah termasuk modal, teknologi dan bakat-bakat bertaraf dunia.
 
Untuk video berkualiti siaran dan imej beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua/hangzhou-leads-new-round-competition
 
Wilayah itu mahu mempunyai satu kelebihan di dalam pembaharuan dan transformasi ekonomi dan sosial bagi pusingan seterusnya di China, tetapi bagaimana untuk menarik lebih ramai orang berbakat merupakan kunci kepada permasalahan itu.
 
Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan beberapa bandar raya utama China, termasuk Hangzhou, ibu kota bagi wilayah Zhejiang, bersaing untuk mendapatkan sumber manusia. Bandar raya-bandar raya ini bukan sahaja memperkenalkan dasar-dasar untuk memanfaatkan sumber manusia, tetapi juga meningkatkan persekitaran ekologi bagi bakat-bakat. Statistik terbaharu menunjukkan bahawa Hangzhou mendahului di dalam persaingan itu, buat masa ini.
 
Menurut penilaian oleh Pentadbiran Negeri bagi Hal Ehwal Pakar Asing China, Hangzhou telah disenaraikan di dalam "Sepuluh Utama Bandar raya Paling Menarik di dalam Kaca Mata Bakat-bakat Asing" selama lapan tahun berturut-turut. Pada tahun 2017, kemasukan bersih bagi bakat-bakat itu dan pengaliran masuk bersih bagi bakat-bakat luar negara berada pada kedudukan pertama di kalangan bandar raya China.
 
Hangzhou baru-baru ini mengalu-alukan penubuhan Universiti West Lake di Daerah Xihu. Sebagai universiti pertama seumpamanya di China dengan tumpuan kepada penyelidikan canggih, universiti tersebut sedang mengambil penyelidik terkemuka dari seluruh dunia. Ia telah menarik saintis-saintis terkenal termasuk pemenang Hadiah Nobel dan membantu bakat-bakat peringkat tinggi berkumpul di Hangzhou.
 
Kongres Kebangsaan ke-19 bagi Parti Komunis China (CPC), yang diadakan tahun lepas, telah mengemukakan strategi untuk "mengumpulkan bakat-bakat dunia" bagi mempercepatkan pembangunan sebuah sistem bakat yang bersaing di peringkat global. Dengan bergantung kepada persekitaran mereka yang sangat baik untuk pembangunan perindustrian, kaedah pembiayaan yang banyak, dan platform perkhidmatan kerajaan yang cekap, Hangzhou telah membina sebuah persekitaran ekologi yang sangat baik bagi bakat-bakat dan sedang berusaha untuk menjadi bandar raya China yang paling berinovatif dan sebuah tanah tinggi antarabangsa bagi orang berbakat.
 
Bukan sahaja Hangzhou menjadi tuan rumah kepada gergasi Internet China seperti Alibaba,  ia juga merupakan tempat perhimpunan bagi “komuniti perniagaan” yang paling berjaya di China -- "Saudagar-saudagar Zhejiang." Terdapat perusahaan berinovatif yang boleh menjadi unikorn muncul pada setiap hari di bandar raya itu. Hangzhou tidak disangsikan lagi adalah satu daripada bandar raya paling berdinamik di China.
 
Pada masa yang sama, Hangzhou berada di dalam "tempoh ambang" bagi pengantarabangsaan bandar. Kerajaan perbandaran Hangzhou telah berjaya memperkenalkan beberapa siri dasar yang sangat istimewa untuk bakat-bakat, dengan memberi tumpuan kepada keupayaan mereka untuk memperuntukkan sumber manusia secara global dan mewujudkan keadaan bagi kemasukan lebih ramai bakat-bakat antarabangsa.
 
Pada Februari, Hangzhou telah mengeluarkan satu dasar baharu, yang mengandungi "Sepuluh Klausa untuk Menarik Bakat-bakat Global." Tumpuannya adalah terhadap pengambilan bakat asing dan sokongan kepada permulaan perniagaan mereka. Kelompok orang asing elit boleh menerima sehingga 100 juta yuan jika mereka memulakan sebuah perniagaan di Hangzhou.
 
Srivastava India-Amerika telah menubuhkan sebuah projek R&D pembedahan robotik di Hangzhou pada tahun lepas dan mewujudkan ibu pejabat global syarikat itu di sini. Syarikat beliau telah menerima beberapa subsidi daripada kerajaan tempatan, termasuk pengurangan sewa sebanyak 1.5 juta yuan, dan telah memenangi pembiayaan 13.5 juta dolar Amerika daripada pelabur-pelabur China.
 
Menurut statistik, pada masa ini terdapat lebih 15,000 orang asing yang memulakan perniagaan mereka di Hangzhou. Terdapat hampir 5,000 buah syarikat di bandar raya itu yang mempunyai orang asing mendaftar dan bertindak sebagai orang yang sah di sisi undang-undang.
 
Berbanding dengan bandar raya China yang lain, dasar bakat yang diperkenalkan oleh Hangzhou bukan sahaja meliputi aspek-aspek seperti pengenalan dan membangunkan kemahiran bakat, sokongan untuk permulaan perniagaan, dan sokongan hidup, tetapi juga termasuk sebuah sistem perkhidmatan bakat untuk menggalakkan pelaksanaan dasar yang berkesan.
 
Lin Haosheng, seorang warga Singapura yang datang ke Hangzhou pada tahun 2016, percaya bahawa isu-isu seperti perumahan, penjagaan kesihatan dan pendaftaran sekolah adalah penting di dalam menentukan keputusan orang berbakat sama ada untuk tinggal. Dasar-dasar sokongan Hangzhou telah mengekalkan bakat-bakat.
 
Dasar bakat yang diumumkan oleh Hangzhou telah menghasilkan hasil nyata menerusi pelaksanaan satu pelan tindakan yang diberi nama "Syurga Baharu bagi Inovasi dan Keusahawanan." Fan Yuan, seorang lulusan dari California State University, telah meletakkan jawatan sebagai seorang eksekutif di syarikat keselamatan maklumat utama di Lembah Silikon, dan menubuhkan perniagaan beliau sendiri DBAPPSecurity di Hangzhou. Beliau mengetuai pasukannya untuk menaik taraf keupayaan penyelidikan keselamatan siber China ke peringkat terkemuka dunia.
 
Untuk menarik bakat-bakat yang berinovatif di dalam industri berteknologi tinggi dan permulaan, Hangzhou juga telah mewujudkan beberapa taman perniagaan berteknologi tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk membantu bakat-bakat menyelesaikan beberapa siri masalah praktikal seperti pembiayaan dan membangunkan kemahiran industri di peringkat awal usaha niaga itu.
 
Xu Liyi, Datuk Bandar bagi Hangzhou, berkata Hangzhou akan mewujudkan sebuah persekitaran ekologi bakat yang lebih baik dan terbuka dan menarik lebih ramai orang untuk hidup dan bekerja di sini pada masa hadapan.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Hangzhou

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.