PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  ​THE FIRST GROUP BERGABUNG DENGAN IQI GLOBAL UNTUK MENSASARKAN BAKAL PELABUR DI RANTAU ASIA PASIFIK

Thursday 17/05/2018



Pemaju hartanah terkemuka yang berpangkalan di Dubai bergabung dengan firma penasihat pelaburan terkemuka untuk mempromosikan portfolio mereka kepada pelanggan VIP di rantau Asia-Pasifik yang pesat berkembang

 
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The First Group, satu daripada pemaju hartanah yang paling dihormati di Dubai, sedang bekerjasama dengan penasihat pelaburan hartanah Asia Tenggara yang terkemuka, IQI Global, untuk mempromosikan portfolio hotel dan pangsapuri hotel mereka yang berkembang kepada pelanggan IQI Global di seluruh rantau Asia Pasifik.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180516005689/en/
 
IQI Global terkenal sebagai satu daripada firma penasihat pelaburan hartanah yang utama di rantau itu, dengan kehadiran penting di dalam pasaran pertumbuhan utama termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.
 
Portfolio hartanah The First Group yang pelbagai terdiri daripada projek-projek strategik di  presint yang paling popular di Dubai, termasuk Business Bay, Jumeirah Village, Dubai Marina, dan Palm Jumeirah.
 
The First Group telah menjalin perkongsian dengan firma pengurusan hotel global termasuk Wyndham Hotel Group -- pengendali hotel yang terbesar di dunia -- dan Millennium Hotels & Resorts yang terkenal yang dimiliki oleh rakyat Singapura. Penawaran hartanah hotel pegangan kekal syarikat itu yang berpangkalan di Dubai termasuk TRYP yang terbesar di dunia oleh Wyndham dan jenama Millennium premium 3-bintang dan 4-bintang, yang menyediakan peluang untuk pulangan dan faedah pelabur yang lebih besar berbanding dengan hartanah yang tidak berjenama (atau "lain-lain") di amiriah itu.
 
Membina di atas rekod pencapaian yang berjaya di dalam membangunkan pangsapuri hotel di Dubai selama lebih satu dekad, The First Group telah memulakan satu usaha baharu yang bercita-cita tinggi bagi hartanah hotel yang pelbagai yang sedang dibina di lokasi-lokasi utama merentasi Dubai, yang pasti akan menarik minat pelabur-pelabur yang bijak di rantau Asia Pasifik.
 
Mengulas mengenai perkongsian itu dengan IQI Global, ketua pegawai eksekutif The First Group, Rob Burns, berkata firma itu komited untuk membangunkan kehadiran mereka di pasaran yang berkembang pesat di seluruh dunia, dengan satu tujuan untuk mempromosikan Dubai sebagai satu daripada destinasi pelaburan hartanah yang utama di dunia.
 
"Kemunculan Dubai sebagai bandar raya global yang pertama di Timur Tengah sedang menghasilkan peluang yang tidak ada tandingannya untuk pelabur pintar yang ingin memanfaatkan pertumbuhan luar biasa di bandar raya itu," kata beliau. "Dengan bekerjasama bersama IQI Global, kami akan mempamerkan portfolio dinamik kami bagi hartanah berskala tengah atas kepada bakal pelabur di pasaran utama merentasi rantau Asia Pasifik dan terus membangunkan reputasi kami sebagai satu daripada pemaju hartanah yang terkemuka dan paling dipercayai di Dubai."
 
Ketua Pegawai Eksekutif IQI Global Kashif Ansari berkata ia adalah "satu penghormatan" untuk bekerjasama dengan The First Group, yang beliau gambarkan sebagai "peneraju pasaran untuk produk pelaburan hartanah hotel" di Dubai.
 
"Saya rasa bahawa Dubai tidak dipasarkan dengan baik di bahagian dunia di sebelah sini di mana Asia Tenggara mewakili bilangan penduduk yang berjumlah lebih 600 juta orang – yang kebanyakannya suka untuk melabur di dalam hartanah," kata beliau.
 
"Dubai telah muncul sebagai sebuah destinasi utama bagi pelabur hartanah di seluruh dunia. Hartanah di Dubai adalah sememangnya sebuah jenama yang tersendiri; dan dengan banyak inisiatif positif yang diambil oleh kerajaan seperti Expo 2020 dan urus niaga di blockhain, kami yakin bahawa pasaran hartanah Dubai akan mencapai tahap yang lebih tinggi.
 
"Dengan pasukan-pasukan yang dinamik di IQI Global dan TFG menjalin kerjasama, saya yakin bahawa kami dapat mencapai visi kami di Asia Tenggara bagi The First Group dan peluang-peluang yang mereka tawarkan di Dubai."
 
MAKLUMAT  MENGENAI THE FIRST GROUP
 
The First Group adalah sebuah syarikat pembangunan hotel dan hartanah antarabangsa yang prinsipalnya telah membina kepakaran dan kejayaan mereka di pasaran global sepanjang tempoh 30 tahun yang lalu. Pasukan pengurusan The First Group terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang mantap dan pelbagai di dalam bidang hartanah, kewangan, perolehan, pemasaran dan pembangunan produk global. Kecekapan mereka untuk melihat potensi pasaran hartanah yang baru muncul dan perkongsian berprestij dengan pemimpin industri bermakna bahawa pelanggan mereka dapat menikmati pulangan yang selamat dan menarik daripada sebuah pasaran hotel yang paling bertenaga di dunia. Dengan ibu pejabat mereka di Dubai dan kehadiran global yang meliputi Algeria, Azerbaijan, China, Ghana, India, Kazakhstan, Nigeria, Oman, Rusia, Arab Saudi dan Turki, pangkalan pelanggan The First Group sedang berkembang dengan pesat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thefirstgroup.com.
 
*Sumber: AETOSWire
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180516005689/en/

Hubungi

The First Group
Eve Humphreys, +97144387458
Pengarah bagi Jenama & Perhubungan Permasaran
Eve.Humphreys@thefirstgroup.com
 
Sumber: The First Group
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.