ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  POLYPLASTICS MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI PENGIKATAN RESIN LOGAM UNTUK BAHAGIAN AUTOMOTIF DAN ELEKTRIK/ ELEKTRONIK

Wednesday 16/05/2018

AsiaNet 73539

TOKYO, 16 Mei, 2018 /Kyodo JBN--AsiaNet/ --

Polyplastics Co., Ltd., sebuah pembekal terkemuka dunia bagi termoplastik kejuruteraan, telah membangunkan sebuah teknologi berinovatif yang meningkatkan pengikatan resin logam bagi bahagian komposit untuk industri automotif dan elektrik/elektronik.
 
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/img/201805153901-O1-7Xy2TlEk)
 
Pengikatan resin logam secara langsung adalah satu proses yang menggunakan acuan cantuman logam. Bahagian logam dan resin diikat mantap dengan memperkenalkan resin lebur melalui pengacuan suntikan ke bahagian logam yang telah menjalani rawatan permukaan yang mencukupi. Komposit resin logam menyampaikan ciri-ciri logam (ketegaran tinggi, kekonduksian elektrik) dan plastik kejuruteraan (ketumpatan rendah, penebat elektrik). Namun, walaupun banyak faktor (bahagian logam, resin, struktur acuan, keadaan acuan suntikan) mempunyai kesan buruk dan menghalang pengikatan yang stabil, Polyplastics telah membuat kemajuan dengan pengikatan yang mencapai kejayaan.
 
Untuk rawatan permukaan logam, teknologi Quick-10 (R) Polyplastics menggunakan pemanasan dan penyejukan cepat bagi logam yang dicantumkan untuk menghasilkan pengikatan resin logam secara langsung dengan pengikatan yang berselit logam sahaja, tanpa sebarang rawatan permukaan khas untuk bahagian logam. Resin mesti mempamerkan ciri-ciri seperti infiniti antara muka, pemindahan permukaan (keteraliran), dan pengecutan rendah untuk menghasilkan pengikatan yang baik.
 
Satu komponen resin yang utama adalah satu bahan tambahan pembaikan afiniti yang memberikan keserasian antara muka resin logam yang lebih baik dan meningkatkan perekatan maksimum kepada permukaan logam. Gred perekatan logam Polyplastics termasuk 1135MF1 dan 940MA untuk masing-masing PPS dan PBT. Gred perekatan logam yang lain, 1150MF1 dan 930MA, menyediakan fungsi tambahan.
 
Polyplastics melihat bahawa suhu acuan boleh mempunyai suatu kesan yang kuat pada pengikatan. Syarikat itu telah menghasilkan keadaan pengacuan yang optimum untuk mencapai pemindahan permukaan yang baik dan pengecutan acuan yang rendah dengan satu kadar pengembangan linear yang hampir dengan logam.
 
Teknologi pengikatan resin logam telah digunakan di dalam bahagian peranti mudah alih (telefon bimbit, tablet, kamera digital) dan beberapa bahagian yang berkaitan dengan automotif.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.polyplastics.com/en/support/proc/metal_resin/index.vm
 
Quick-10 (R) adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Polyplastics Co., Ltd. di Jepun.
 
Maklumat mengenai Polyplastics
 
Polyplastics Co., Ltd. adalah sebuah peneraju dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran penyelesaian termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu yang luas termasuk POM, polybutylene terephthalate (PBT), polyphenylene sulfida (PPS), dan polimer kristal cecair (LCP). Syarikat itu mempunyai bahagian pasaran global yang terbesar bagi POM. Dengan mempunyai lebih 50 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh satu rangkaian global R&D, pengeluaran, dan sumber jualan yang berkeupayaan untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih maju bagi tempat pasaran global yang sentiasa berubah.
 
SUMBER: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.