ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA "MENERAJUI HARAPAN BARU MALAYSIA"

Tuesday 15/05/2018



PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia telah mengugurkan angka “1” dan singkatan “KER1M” di dalam nama pertubuhannya berkuatkuasa serta merta dan dilaporkan kepada ROS untuk maklumkan dan tujuan kemaskini segera. Keputusan ini disetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa bagi membolehkan Pertubuhan ini terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dan  menyokong kepimpinan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dibawah YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
 
Menurut setiausaha Persatuan, Pertubuhan ini berdaftar dengan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional , Jabatan Perdana Menteri khas untuk melaksanakan program-program kebajikan dan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum. Pertubuhan ini juga tidak dibenarkan untuk terlibat didalam aktiviti politik sama sekali dan hanya dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan sosial masyarakat yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.
 
Pertubuhan ini akan meneruskan segala aktiviti-aktiviti berteraskan kepada prinsip dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dan mesyuarat Ahli JawatanKuasa Tertinggi telah memutuskan untuk memperkenalkan slogan “tagline” pertubuhan baru iaitu “MENERAJUI HARAPAN BARU MALAYSIA”. Tema ini diakui mampu meningkatkan semangat baru ke arah patriotik  dan cinta negara rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program yang dianjurkan.
 
Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat dan negara sentiasa menyokong usaha-usaha Kerajaan dengan melaksanakan sebahagian tugasan Kerajaan dan setia kepada pucuk kepimpinan Kabinet 2018 yang bakal diumumkan kelak. Pengerusi YH Kolonel Kehormat Rela Datuk Ranjith ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri , Y.B Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri, YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan dan YB Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan serta kepada semua Ketua – ketua Menteri dan barisan pemimpinan Kerajaan Perseketuan dan Negeri.
 
SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Jawatankuasa Media dan Publisiti
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
Nama : Nur Shaqhiroh Bte Hussin
Ketua Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 03-2161 1999 / 018-788 8673
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.