ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA SEPANJANG BULAN RAMADAN 2018/1439H

Monday 14/05/2018



CYBERJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan perubahan kepada waktu operasi kaunter perkhidmatan sepanjang bulan Ramadan 2018/1439H adalah dari pukul 7.30 pagi sehingga 4.00 petang bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala 8.00 pagi sehingga 4.30 petang bagi lain-lain negeri. Waktu operasi kaunter perkhidmatan ini diselaraskan dengan memendekkan waktu rehat tengah hari daripada 60 minit kepada 30 minit supaya tempoh masa perkhidmatan biasa tidak terjejas.
 
Namun  demikian, perubahan waktu operasi ini tidak meliputi kaunter perkhidmatan LHDNM di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM di UTC adalah tertakluk kepada ketetapan waktu bekerja oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
 
Pelanggan yang ingin berurusan dengan LHDNM diharap ambil maklum perkara tersebut. Sungguh pun begitu, sebarang urusan percukaian berkaitan dengan LHDNM boleh diteruskan melalui perkhidmatan elektronik dengan melayari www.hasil.gov.my. LHDNM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Kareem kepada semua pelanggan yang beragama Islam.
 
 
WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
SEPANJANG BULAN RAMADAN 2018/1439H
 
 
Negeri/KawasanHariWaktu Perkhidmatan Kaunter
Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Terengganu & KelantanIsnin - Jumaat8.00 pagi – 4.30 petang
Johor, Kedah, Terengganu & KelantanAhad - Rabu8.00 pagi – 4.30 petang
Khamis8.00 pagi – 3.00 petang
Sabah & WP LabuanIsnin - Jumaat7.30 pagi – 4.00 petang
 
 
WAKTU OPERASI HASIL CARE LINE
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
SEPANJANG BULAN RAMADAN 2018/1439H
 
HariWaktu Operasi
Isnin hingga Jumaat9.00 pagi – 4.30 petang
 

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.