ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CROWNBIO MENUNJUKKAN KELEBIHAN PLATFORM ONKOLOGI TRANSLASI INOVATIF DALAM POSTER SAINTIFIK PADA PERJUMPAAN AACR 2018

Monday 14/05/2018



SAN DIEGO, 14 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Crown Bioscience International (TWSE:ticker 6554) dan syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme, menerbitkan poster saintifik dengan pengisahan audio dinamik. Lebih daripada sedozen poster ditunjukkan pada perjumpaan terbaru 2018 Persatuan Kajian Kanser Amerika (AACR) dan kini tersedia untuk ditonton dan dimuat turun, https://www.crownbio.com/posters/

Poster saintifik ini menerangkan inovasi dalam R&D Dalaman CrownBio yang memfokuskan pada  penyelidikan onkologi praklinikal. Hasil kerja yang paling menarik ini kini tersedia atas permintaan dan dikisahkan oleh saintis CrownBio. Pustaka pembentangan poster ini termasuklah butiran tentang pembangunan dan aplikasi beberapa model manusia inovatif, perkhidmatan penyaringan ubat-ubatan ex vivo PDX berskala besar baharu dan platform asai perencatan IDO1 baharu. Secara kolektif, data menunjukkan keupayaan unik CrownBio untuk meningkatkan pengetahuan, memandu keputusan pembangunan dan memajukan program imunoterapi.

“CrownBio menyediakan akses tanpa kekangan kepada penyelidikan inovatif CrownBio dengan rakan sekerja saintifik di seluruh dunia,” kata Dr. Henry Li, Naib Presiden Onkologi Translasi CrownBio. “Kami komited untuk berkongsi dengan saintis secara global alatan canggih yang tersedia untuk memacu dan memberikan maklumat penilaian semasa terapi dan imunoterapi kanser.”

“Crown Bioscience komited untuk membuat sumbangan yang bernilai kepada komuniti saintifik,” kata Dr. Jean Pierre Wery, Ketua Pegawai Eksekutif Crown Bioscience. “Dengan menyediakan poster ini, yang dikisahkan oleh pakar di sebalik sains, kami berharap untuk memberikan pemahaman yang penyelidik boleh gunakan untuk memajukan program pembangunan ubat-ubatan praklinikal mereka.”

Pustaka poster terkisah boleh didapati pada laman web Crown Bioscience, https://www.crownbio.com/posters/

Perihal Crown Bioscience Inc.
Crown Bioscience ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian penyakit onkologi, keradangan dan metabolisme. Dengan pelbagai model dan alat ramalan relevan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan memberikan calon klinikal yang lebih baik.

Pertanyaan Media:

Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc. marketing@CrownBioscience.com

SUMBER : Crown Bioscience

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.