ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  GREE DI PAMERAN ARBS

Monday 14/05/2018



AsiaNet 73456

SYDNEY, Australia, 14 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 8 Mei, pameran perdagangan perkhidmatan penyaman udara, penyejukan dan bangunan, ARBS 2018, telah dirasmikan di Sydney. Sebagai pameran penyaman udara, penyejukan dan pengudaraan yang paling penting di hemisfera selatan, ARBS 2018 telah mengumpulkan banyak syarikat yang terkenal di dalam industri, memberikan satu peluang yang baik bagi lebih banyak pengguna di luar negara untuk mengetahui dan memahami "Buatan China", dan untuk menggunakan dan menyayangi produk buatan China.

Mempamerkan teknologi yang menjimatkan tenaga dan mesra alam

Cuaca agak panas di Australia pada sepanjang tahun, oleh itu peralatan penyaman udara merupakan bahagian paling penting di dalam sesebuah bangunan. Ketika krisis tenaga dunia semakin meruncing dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Australia adalah komited untuk mencari penyelesaian tenaga bagi jangka masa panjang dan menggalakkan bangunan-bangunan yang menjimatkan tenaga dan penyaman udara. Pada kali ini, Gree Electric Appliances Inc. dari Zhuhai telah membawa penyaman udara mereka yang mesra alam ke pameran itu, dengan menawarkan penyelesaian penyaman udara yang baharu untuk pasaran Australia.

Hyper adalah satu daripada barang pameran yang dipaparkan oleh Gree pada kali ini. Ia merupakan sebuah unit yang khusus untuk pasaran luar negara. Ia bukan sahaja terbaik di dalam kecekapan tenaga, tetapi juga dapat menjimatkan kuasa sehingga 70% melalui teknologi penyongsang 3D (pemampat penyongsang + unit luaran penyongsang + unit dalaman penyongsang). Produk ini direka dengan fungsi pemanasan 8 darjah celsius, yang boleh mengekalkan suhu bilik pada 8 darjah celsius walaupun apabila tiada sesiapa berada di dalam bilik itu. Di samping itu, ia boleh mencapai kawalan suhu ketepatan 0.1 darjah celsius dan dilengkapi dengan pelbagai peringkat penapisan yang sihat, fungsi pembersihan diri, fungsi pengeringan berdasarkan lokasi, kawalan Wi-Fi dan konfigurasi bunyi ultra rendah, yang telah mendapat pujian daripada ramai pengunjung.

Sebagai pilihan baharu di dalam bidang mesra alam, penyaman udara fotovoltan sedang memperoleh kedudukannya di banyak negara dengan kelebihannya yang tidak dapat ditandingi. Gree juga mempamerkan penyaman udara PV mereka yang diperbuat dengan hak harta intelek yang bebas. Kuasa PV adalah sejenis tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui, oleh itu kombinasi mereka dengan penyaman udara akan menyelesaikan masalah bagi penggunaan tenaga yang banyak. Penyaman udara PV Gree bukan sahaja dapat mencapai "caj elektrik sifar" tetapi juga satu cara baharu untuk mengintegrasikan penjanaan, penggunaan, penyimpanan dan pengurusan kuasa. Setakat ini, Gree telah membekalkan lebih daripada 5,500 set produk PV ke 22 buah negara, menggalakkan penjimatan tenaga dan teknologi mesra alam yang akan digunakan di seluruh dunia.
 
Pada tahun 2014, Gree telah berjaya membangunkan penyejuk emparan galas magnetik dengan hak harta intelek yang dimiliki sepenuhnya, sekali gus menjadikannya sebagai syarikat kedua di dunia yang memiliki teknologi pemampat galas magnetik itu. Gree memaparkan pencapaian teknologi ini pada ARBS 2018. Galas magnetik boleh merealisasikan operasi yang berkelajuan tinggi, bebas minyak dan stabil tanpa kehilangan mekanikal, yang dapat mengurangkan dengan ketara kos penyelenggaraan selepas itu. Selain itu, unit ini mengamalkan teknologi perlindungan tutup kuasa yang tak normal agar galas penggantungan magnetik boleh mempunyai pendaratan lembut yang selamat di bawah keadaan tutup kuasa yang tak normal. Unit ini adalah merupakan satu daripada kapasiti unit penyejukan tunggal yang terbesar di dunia, iaitu sehingga 1,000 RT. COP mereka adalah 7.19, dan IPLV adalah 12.06, kedua-duanya yang paling tinggi di dalam industri itu.

"Buatan China" akan menjadi global

"Selama bertahun-tahun syarikat itu telah mendedikasikan diri mereka untuk membangunkan Gree menjadi sebuah jenama terkenal dunia dan komited kepada inovasi produk dengan teknologi yang terkemuka", kata Encik Owen Lee, Penolong Pengurus Besar bagi Syarikat Jualan Luar Negara Gree semasa satu temuramah. Malahan, pembangunan Gree di pasaran luar negara telah mencapai banyak kejayaan. Jenama mereka sendiri telah merebak ke lebih daripada 160 buah negara dan wilayah. Di beberapa tempat yang mempunyai keadaan alam sekitar yang buruk atau keadaan cuaca yang istimewa, Gree telah memenangi hati ramai pengguna kerana kualiti produk mereka yang sangat baik. Mereka berada pada kedudukan paling atas dalam bahagian pasaran mereka di Timur Tengah.

Dengan teknologi mereka yang "terkemuka di dunia" dan teras bebas, Gree telah memperolehi projek Phoenix Mart di Amerika Syarikat, yang membawa maksud bahawa produk buatan China akan merupakan pangkalan penyaman udara PV yang terbesar di dunia. Dan lebih daripada itu, Gree telah juga memenangi satu siri projek luar negara yang besar dan penting, termasuk Pelabuhan Gwadar di Pakistan, yang merupakan hab utama bagi "Belt and Road" dan juga satu daripada lima saluran strategik tenaga kebangsaan, dengan penambahan projek voltan amat tinggi luar negara yang pertama bagi China di Belo Monte, Brazil, dan Projek Kereta api China-Laos, projek mercu tanda Kantaya Center di Yangon, Burma, kompleks komersil terbesar NAWRAS di Oman, projek untuk syarikat reka bentuk pakaian dalam wanita yang terbesar di dunia Regina Miracle di Vietnam, projek bangunan kediaman mewah di Perth, Australia, projek kedai rantaian besar di Timor Timur, dan bangunan pejabat besar Sudirman Suit di Jakarta, Indonesia.

Gree sedang maju ke hadapan dengan matlamat "Buatan China, Disayangi oleh Dunia".
 
Sumber: Gree Electric Appliances Inc. dari Zhuhai
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=311925

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.