ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MARI MERAIKAN SYIOKNYA RAYA BERSAMA 11STREET

Tuesday 08/05/2018



● Rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan aktiviti membeli-belah sempena Hari Raya seawal 6 minggu sebelum sambutan dan majoriti (83%) daripada rakyat di negara ini akan membelanjakan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan tersebut.
● 11street menjalinkan usaha sama dengan lebih 120 hotel dan restoran untuk menyediakan pelbagai tawaran buka puasa yang menarik, dan juga bersama CJ WOW Shop bagi  memperkenalkan pilihan pakaian Muslimah yang lebih meluas .
● Kempen Syioknya Raya memperkenalkan ruang saringan pencarian mesra Muslim yang membenarkan pengguna mencari produk-produk mesra Muslim yang diiktiraf Halal dengan lebih mudah 
 
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- 11street (www.11street.my), salah satu peneraju pasaran dalam talian di Malaysia pada hari ini mendedahkan tabiat dan sikap perbelanjaan rakyat Malaysia bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya.
 
Menurut tinjauan yang dilakukan bersama lebih 5,000 responden, rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan persediaan Hari Raya seawal enam minggu sebelum sambutan. Namun demikian, majoriti (83%) rakyat Malaysia hanya akan membelanjakan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan yang akan datang itu. Di samping itu, kajian yang dijalankan turut mendapati 40% daripada peserta merupakan golongan berusia 26 hingga 35 tahun yang gemar membeli-belah secara dalam talian.  
 
Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street berkata: “Kami amat berbangga untuk memperkenalkan kempen terbaharu kami – Syioknya Raya – yang terdiri daripada  pelbagai jenis diskaun,  hadiah-hadiah yang menarik serta ciri-ciri baharu di platform 11street. Daripada tinjauan yang dijalankan, kami mendapati rakyat Malaysia gemar membeli-belah lebih awal, lantas membolehkan kami memulakan kempen musim perayaan pada 2 Mei ini. Para pelanggan 11street boleh menjangkakan diskaun sehingga 90% untuk membantu mereka menguruskan kewangan masing-masing sepanjang tempoh promosi ini.”
 
Lim menambah, syarikat berhasrat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah di dalam talian yang holistik sepanjang musim perayaan ini, malah kempen Syioknya Raya 11street akan memaparkan penambahbaikan terbaharu di platformnya dengan saringan pencarian mesra Muslim dimana pengguna dapat mencari produk Halal yang diiktiraf dengan lebih mudah bagi memenuhi keperluan Ramadan dan Hari Raya mereka.
 
“Rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah efektif agar dapat memberikan nilai bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan. Maka, pada tahun ini, kami menawarkan lebih 120 tawaran berbuka puasa daripada lokasi-lokasi menjamu selera yang popular seperti rangkaian Hotel Pullman dan Royale Chulan, Westin Kuala Lumpur serta restoran-restoran di bawah Kumpulan Felda memandangkan penemuan kami turut mendedahkan ramai rakyat Malaysia membuat pencarian online bagi baucar bufet Ramadan pada harga berpatutan,” kongsi Lim.
 
Pada bulan Ramadan tahun lalu, jualan baucar Makanan & Minuman meningkat sebanyak tiga kali ganda. Turut didapati, kebanyakan pelanggan membuat pembelian baucar bufet Ramadan secara pukal untuk memenuhi keperluan sajian keluarga atau majlis buka puasa korporat.
 
Selain itu, Fesyen Raya kekal sebagai kategori paling popular dalam kalangan pelanggan tempatan sepanjang musim perayaan Ramadan dan Hari Raya ekoran hubungan signifikannya dengan tradisi. Oleh demikian, bagi memenuhi permintaan Fesyen Raya tahun ini, 11street akan bekerjasama dengan CJ WOW Shop untuk mempelbagaikan lagi pilihan pakaian Muslimah kepada pengguna.
 
CJ WOW SHOP merupakan platform beli-belah menerusi televisyen yang terkemuka di Malaysia dan antara tawaran fesyen utama adalah pakaian tradisional berpadanan warna, koleksi hijab,, pakaian serta aksesori yang bergaya yang berharga antara RM50 hingga RM150 setiap set.
 
Di samping pakaian Muslimah, 11street akan turut memaparkan rangkaian produk paling laris menerusi platform beli-belahnya, yang merangkumi barangan kediaman dan dapur, peralatan memasak, perabot serta produk kesihatan dan kecantikan.
 
Sepanjang tempoh kempen Syioknya Raya, para pengguna boleh menjangkakan diskaun menarik yang disediakan yang melibatkan sehingga 150 jenama popular dan hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM30,000 seperti mesin basuh, peti sejuk dan barangan elektronik kediaman.
 
11street juga akan memberi ganjaran berupa hadiah bernilai RM9,000 kepada mereka yang membeli-belah menerusi aplikasi mudah alih 11street, seperti mana yang kita tahu sekurang-kurangnya 60% pelanggan kami menggemari kaedah pembelian menerusi peranti mudah alih mereka.
 
Syioknya!
 
Sumber : Arcis Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Shereen Chan
Arcis Communications
Tel : +6019 261 0091
Emel : shereen@arciscommunications.com

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.