ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SCALED AGILE MELANTIK PENGURUS PEMBANGUNAN DAN PENDAYAAN RAKAN KONGSI DI INDIA UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN YANG SEMAKIN MENINGKAT

Thursday 03/05/2018



Scaled Agile Mendapatkan Nasihat Veteran Industri untuk Mengembangkan Rangkaian Rakan Kongsi Global Di Seluruh Rantau


BANGALORE, India, 3 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, rangka kerja ketangkasan perniagaan terkemuka dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah melantik Pengurus Pembangunan dan Pendayaan Rakan Kongsi di Bangalore, India untuk menyokong perkembangan Scaled Agile Framework® (SAFe®) di sana serta di negara ahli ASEAN. Operasi baharu tersebut mengembangkan lagi jejak global Scaled Agile dan menonjolkan syarikat tersebut dalam pasaran India dan meningkatkan kebolehan mereka untuk terus berkhidmat untuk pelanggan pada tahap global.

“India terus menjadi pusat kepakaran teknikal penting dan bertenaga yang membantu meluaskan keupayaan pembangunan perisian dan sistem di seluruh dunia,” kata Chris James, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Scaled Agile. “Dengan komuniti SAFe di India yang terus meningkat dengan mendadak, jawatan ini akan membantu memenuhi permintaan untuk sokongan Kerangka tersebut di rantau itu yang semakin meningkat dan membolehkan rakan kongsi kami menangani pelbagai cabaran yang ditempuhi pelanggan mereka dalam suasana baharu yang dipenuhi inovasi berterusan dan pembaharuan digital.”

Pasaran Asia Selatan telah berubah daripada perkhidmatan luar negeri ringkas kepada integrasi sepenuhnya dengan suasana perniagaan yang didorong oleh pembaharuan digital untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Pelaksanaan SAFe untuk organisasi di mana 50+ orang bekerja dengan produk, perkhidmatan, atau sistem yang sama boleh menjadi pendorong utama kejayaan perniagaan pada masa hadapan.   Rangkaian Rakan Kongsi Scaled Agile menyokong pelaksanaan SAFe dan boleh menyediakan alat penting demi membantu organisasi membuat perubahan tersebut dengan berjaya.

Pranjal Swarup, Pengurus Pembangunan dan Pendayaan Rakan Kongsi untuk Scaled Agile, akan mengembangkan rangkaian rakan kongsi global syarikat tersebut di seluruh rantau itu. Dengan pengalaman 14 tahun dalam pelaksanaan perkhidmatan, pendayaan saluran dan rundingan teknologi, latar belakang beliau membolehkan Scaled Agile menyediakan sokongan rantau untuk rakan kongsi di zon waktu yang sama, memahami budaya setempat, mengenal pasti dan mendayakan rakan kongsi setempat, membantu mereka berkembang dan memberi nilai kepada pelanggan.

"SAFe membolehkan syarikat sistem dan perisian di India melaksanakan prinsip dan amalan untuk mencapai skala Agile," kata Michael Stump, Naib Presiden Pembangunan dan Pendayaan Rakan Kongsi Global Scaled Agile. “Ia menyediakan terminologi yang sama dan pemahaman yang sama, justeru mencipta persekutuan dalam syarikat dan selaras dengan pelanggan. Hal ini membantu memberi nilai dengan lebih cepat, lebih jimat, dengan lebih kepuasan dan menepati permintaan pasaran yang berubah-ubah.”

"Kami gembira melihat minat dan sokongan yang tinggi terhadap SAFe di persidangan Agile India baru-baru ini sambil organisasi mempelajari kemahiran Agile untuk memenuhi keperluan antarabangsa dan domestik,” tambah Stump. “Scaled Agile akan terus melabur di India untuk menyokong penerimaan SAFe, disokong oleh latihan dan kelayakan serta sokongan pelaksanaan melalui Rangkaian Rakan Kongsi kami.”

Rangkaian Rakan Kongsi Scaled Agile menawarkan kepakaran dan sokongan SAFe di seluruh dunia melalui rangkaian dengan lebih 180 rakan kongsi. Daripada pelaksanaan dan perkhidmatan rundingan merentas industri dan disiplin hingga platform untuk automasi, keterlihatan dan aliran SAFe, Scaled Agile dan Rangkaian Rakan Kongsi menawarkan latihan dan bimbingan untuk semua peranan SAFe.

Dengan menghubungkan stategi dan pelaksanaan antara pasukan, SAFe menunjukkan cara untuk mengaplikasikan amalan Lean dan Agile serta prinsip pada tahap pasukan, program dan portfolio, justeru menjadikan syarikat tangkas. Rangka kerja ini membolehkan organisasi mencipta persekutuan dan mencapai hasil perniagaan yang lebih baik, meningkatkan kepuasan pelanggan dengan bertindak balas dengan cepat terhadap keperluan pelanggan yang berubah-ubah, memendekkan masa ke pasaran dan meningkatkan penglibatan dan kepuasan kerja untuk pekerja.

Perihal Scaled Agile, Inc.:
Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja ketangkasan perniagaan terkemuka dunia. Menerusi pembelajaran dan kelayakan, rangkaian rakan kongsi global dan komuniti dengan lebih 200 ribu profesional terlatih yang terus berkembang, Scaled Agile membantu syarikat membina sistem yang lebih baik, meningkatkan penglibatan pekerja dan meningkatkan hasil perniagaan. Scaled Agile ialah ahli yang menyumbang kepada gerakan dermawan korporat dan khidmat masyarakat, Pledge 1%. Ketahui tentang Scaled Agile dan SAFe di scaledagile.com dan scaledagileframework.com.

Hubungan Media: 
Danielle Calfo, MAPRagency
dcalfo@mapr.agency
720-833-5914

Bill Rigler, MAPRagency
brigler@mapr.agency
720-833-5925

SUMBER : Scaled Agile

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.