ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PELBAGAI PILIHAN KOMBO SARAPAN PAGI 'MESRA BITES'

Wednesday 02/05/2018


(L-R) Aadrin Azly, Fazura, Lora, Mornings@Mesra model, Fattah Amin



Mornings@Mesra Kini Lebih Pilihan, Bermula Pada Harga RM3


 
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperhebatkan pilihan kombo sarapan pagi Morning@Mesra dengan tambahan baru, Mesra Bites iaitu roti stik keju dan roti inti sambal ikan bilis, sambal udang serta seri kaya yang hanya boleh didapati di Kedai Mesra. 
 
Dengan pengenalan Mesra Bites, Kombo sarapan pagi Mornings@Mesra didatangkan dengan 3 variasi pilihan iaitu, Big Bites, Light Bites dan Happy Bites, untuk memenuhi selera ramai dan juga kanak-kanak.
 
Kombo Big Bites, menawarkan sajian tempatan seperti nasi lemak, mihun goreng, mee goreng, atau kuih  dan pilihan minuman sama ada secawan kopi panas, minuman tin Nescafe atau Milo pada harga RM5.
 
Bagi yang lebih gemar hidangan menu yang ringkas dan sihat, kombo Light Bites dan Happy Bites memberi pilihan roti Mesra Bites dan minuman bermula pada harga RM3. Pilihan minuman yang ditawarkan sama ada secawan kopi panas atau minuman tin Nescafe manakala Happy Bites didatangkan bersama minuman berperisa coklat Goodday Charge.
 
Ketua Perniagaan Runcit, Aadrin Azly berkata, “Morning@Mesra yang dilancarkan pada tahun 2017 mendapat sambutan positif dengan peningkatan sekitar 27% jualan makanan di Kedai Mesra tahun lalu. Atas permintaan menggalakkan itu kami mempelbagaikan pilihan kombo sarapan pagi yang juga sesuai untuk kanak-kanak.”
 
“Kombo Happy Bites antara pilihan untuk memupuk tentang kepentingan mengambil sarapan pagi kepada kanak-kanak agar mereka dapat memulakan aktiviti harian dengan lebih ceria, bertenaga dan sihat. Sebagai contoh, untuk roti Mesra Bites, kami memastikan bahawa ia adalah tanpa lemak tepu. Kami percaya, jika diterapkan sejak kecil, tabiat yang sihat ini dapat kekal sebagai amalan harian mereka,” tambah Aadrin.
 
Kombo sarapan pagi Mornings@Mesra kini ditawarkan di hampir 450 buah stesen PETRONAS, manakala roti Mesra Bites boleh didapati di seluruh stesen PETRONAS di Semenanjung Malaysia.
 
Bagi menjamin kualiti dan rasa, kesemua produk makanan bagi Mornings@Mesra dibekalkan oleh vendor terpilih dalam memastikan sajian ini menepati selera ramai. Pada masa yang sama, PDB secara langsung membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) serta vendor dalam menambah pendapatan dan memperkembangkan perniagaan untuk memasarkan produk di stesen PETRONAS di seluruh negara, yang juga menjadi inisiatif Pelaburan Sosial Korporat syarikat.
 
Aadrin menambah, “Sarapan pagi adalah rutin paling penting setiap hari, meskipun kita seringkali mengabaikannya atas alasan kesibukan kerja. Menerusi Mornings@Mesra, kami memahami keperluan untuk pilihan ringkas dan cepat pada harga yang berpatutan.”
 
Maklumat lanjut mengenai Mornings@Mesra, layari www.mymesra.com.my.


MENGENAI PETRONAS DAGANGAN BERHAD

PETRONAS Dagangan Berhad ialah syarikat pemasaran domestik utama bagi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat minyak negara yang memegang ekuiti sebanyak 69.86%. Ditubuhkan di Malaysia bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 8 Mac 1994, PDB telah muncul sebagai peruncit dan pemasar produk minyak dan gas hiliran yang terkemuka di Malaysia.
 
Syarikat memasarkan pelbagai produk petroleum berkualiti tinggi termasuk minyak gasolin kenderaan, petrol penerbangan, minyak tanah, diesel, minyak petrol, petrol bunker, bendalir, gas petroleum cair (LPG) dan asfalt di Malaysia.
 
 
SUMBER : PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Sandyah Rihan, Ms
Tel : 03 – 2331 5346
Emel : sandyah.rihan@petronas.com.my
 
Nama : Esha Lim Hwee Nee, Ms
Tel : 012-4120 117
Emel : eshalim.hweenee@petronas.com.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.