ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KARNIVAL CANDAT SOTONG KELAB AMBANK GROUP EDISI KE-5 DI TERENGGANU

Monday 30/04/2018


Para peserta Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group bergambar bersama hasil tangkapan mereka



KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kelab AmBank Group (KAG) menganjurkan Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2018 buat kali kelima dengan penyertaan hampir 100 peserta di Marang, Terengganu pada 27 April 2018.
 
Berikutan sambutan yang memberangsangkan dari ahli KAG, Karnival Candat Sotong kedua telah dijadualkan pada 12 Mei ini, yang akan menyaksikan penyertaan seramai 200 lagi ahli KAG.
 
Turut hadir untuk melancarkan Karnival Candat Sotong KAG 2018 adalah Syed Anuar Syed Ali, Presiden, KAG yang juga merupakan Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran, Kumpulan AmBank. Bot yang dinaiki peserta dilepaskan di Jeti Marang. Karnival ini terbuka kepada semua kakitangan Kumpulan AmBank.
 
“Karnival Candat Sotong KAG merupakan salah satu acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh ahli KAG, dimana kami sentiasa menerima sambutan menggalakkan dan oleh itu kami akan menganjurkan kejohanan kedua pada bulan hadapan. KAG akan terus menganjurkan aktiviti seperti ini di mana kebanyakan ahli boleh sertai bersama dan pada masa yang sama juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan di kalangan warga kerja AmBank,” kata Syed Anuar.
Pasukan ‘VVIP’ memenangi gelaran kedua berturut-turut di Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2018 dengan jumlah berat 29 kg bagi kategori berkumpulan manakala pemenang sotong terpanjang dimenangi oleh Mohd Zaki Ali dengan ukuran sotong sepanjang 16.7 inci. Pasukan ‘Dukun Sotong Kembali’ memenangi tempat kedua manakala Pasukan ‘Gerak Gempur’ pulang dengan tempat ketiga bagi kategori berkumpulan. Jumlah tangkapan keseluruhan adalah 100.5 kg. Edisi pada tahun ini juga menyaksikan pengiktirafan yang diberikan kepada tekong terbaik sepanjang aktiviti mencadat dijalankan, yang dimenangi oleh tekong bagi bot pasukan ‘VVIP’. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Syed Anuar.
 
Para pemenang dinilai dengan ukuran sotong yang paling panjang dalam bagi kategori individu dan tangkapan yang paling berat bagi kategori berkumpulan. Di samping itu, terdapat juga hadiah cabutan bertuah untuk para peserta.
 
Karnival Candat Sotong KAG pada tahun ini telah disertai oleh para peserta dari beberapa buah negeri di Semenanjung.

SUMBER : Kumpulan AmBank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Syed Anuar Syed Ali
Presiden,Kelab AmBank /Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan & Pemasaran
Kumpulan AmBank 
Tel : 03-2036 1703 
Emel : sasa@ambankgroup.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.