ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  CARCHS HOLDINGS DARI JEPUN MENJALIN PERKONGSIAN DENGAN LOTTE RENTAL DARI KOREA SELATAN UNTUK MELANCARKAN PLATFORM DALAM TALIAN BAGI PENJUALAN KENDERAAN TERPAKAI DI SELURUH DUNIA

Thursday 26/04/2018

AsiaNet 73194

TOKYO, 25 April, 2018 /Kyodo JBN/ --

Agasta Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Carchs Holdings Co., Ltd., telah mula mengadakan satu perkhidmatan di seluruh dunia selepas menambahkan kenderaan terpakai dari Korea Selatan kepada barisan produk yang terdapat di kedai dalam talian mereka "PicknBuy24.com" untuk kenderaan terpakai Jepun.

URL: https://www.picknbuy24.com/
 
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201804233213?p=images)
 
Perkhidmatan tambahan itu dapat dimulakan selepas LOTTE Rental Co., Ltd., sebuah unit daripada konglomerat terbesar Korea Selatan, dan Carchs Holdings, sebuah peniaga kereta terpakai Jepun yang utama, telah membentuk satu perikatan perniagaan. "PicknBuy24.com," dengan mempunyai rekod prestasi lebih 20 tahun, sudah menyediakan kenderaan terpakai kepada lebih 30,000 pelanggan di 80 buah negara, termasuk mereka di Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Eropah serta Rusia. Pada 23 April, satu majlis perasmian besar-besaran untuk "PicknBuy24.com" yang baharu telah diadakan di tempat Lelong Lotte Korea bagi menyerlahkan perkongsian baharu di antara syarikat-syarikat itu.

Dalam masa terdekat, Carchs berhasrat untuk menjadi pasaran kereta No.1 di seluruh dunia dengan mempunyai lebih satu juta kenderaan dipaparkan di laman web itu.

Perkhidmatan itu mempunyai tiga ciri-ciri seperti berikut.

1. Ia membolehkan pelanggan untuk membeli kenderaan terpakai Jepun dan Korea Selatan yang diiktiraf di peringkat global yang "sukar rosak" dan "cekap dari segi penggunaan bahan api" di antara ciri-ciri lain, dari mana-mana tempat di dunia.
2. Memandangkan kedai dalam talian menyenaraikan maklumat mengenai kedua-dua kenderaan pandu kanan dan kereta pandu kiri, orang ramai boleh dengan mudah mencari dan membeli kenderaan kegemaran mereka yang sesuai dengan negara mereka.
3. Ia menyenaraikan maklumat bukan sahaja mengenai kereta penumpang tetapi berhubung bas, trak dan mesin pembinaan yang digunakan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam dan bangunan.
 
Tambahan pula, sebuah video dalam talian di "PicknBuy24.com" telah dikeluarkan untuk memperingati permulaan perkhidmatan itu.

Video URL: https://www.youtube.com/watch?v=6m3XNZaRbdU
 
Melalui "PicknBuy24.com," Carchs mengendalikan perkhidmatan itu dengan harapan dapat membawa kebahagiaan kepada pelanggan dengan mengeksport kenderaan terpakai dan dalam proses itu memenuhi keperluan semua orang. Video itu mengungkapkan nilai-nilai syarikat itu dan kepuasan setiap orang. Kemeja-T berwarna merah yang dipakai di dalam video itu adalah sebuah item yang akan diberikan sebagai hadiah kepada pelanggan yang membeli kenderaan terpakai dan ia merupakan satu lambang ikatan di antara PicknBuy24.com dan pelanggan.
 
Sumber: Carchs Holdings Co., Ltd.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.