PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Mei 25, 2018 -Jumaat

 
  DAERAH JIANGJIN DI CHONGQING MELANCARKAN JERAYAWARA PELABURAN DI SINGAPURA

Wednesday 25/04/2018

AsiaNet 73249

SINGAPURA, 25 April, 2018 /Xinhua Finance Agency

Daerah Jiangjin di kawasan Perbandaran Chongqing di barat daya China telah mengadakan acara mempromosikan pelaburan mereka yang pertama di Singapura pada 24 April untuk menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain.

Daerah Jiangjin adalah satu pautan yang penting di laluan menghala ke selatan bagi Chongqing-Guizhou-Guangxi-Singapura dan satu titik penting di Kawasan Ekonomi Laluan Sutera. Ia bukan sahaja merupakan satu pembawa penting bagi transformasi industri dan menaik taraf wilayah barat China, tetapi juga sebuah laluan baharu untuk pembukaan Chongqing kepada dunia luar, menurut Cheng Zhiyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Daerah Jiangjin.

Cheng memberikan satu gambaran lengkap mengenai persekitaran pelaburan dan nilai pelaburan di Daerah Jiangjin kepada ahli politik, ahli perniagaan, dan perusahaan dan institusi tempatan semasa acara tersebut.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Daerah Jiangjin telah disukai oleh perusahaan Singapura yang berhasrat untuk membuat pelaburan. Satu kumpulan projek yang dilaburkan oleh perusahaan Singapura termasuk taman perindustrian komprehensif Mapletree, pasaran perkakasan dan jentera elektrik antarabangsa Yingli, taman logistik ProLogis (Chongqing) Luohuang dan BLOGIS telah menetap di Daerah Jiangjin. Sementara itu, Temasek Group dan Dewan Perniagaan Chongqing Singapura telah memalingkan pandangan mereka ke Daerah Jiangjin dan mewujudkan satu perkongsian rapat dengannya.

Pada jerayawara pelaburan itu, Kerajaan Rakyat Chongqing, Daerah Jiangjin telah menandatangani sejumlah 12 perjanjian kerjasama dengan sekumpulan institusi penyelidikan Singapura, persatuan-persatuan perniagaan dan syarikat termasuk Pusat Optik Sains dan Kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS), Persatuan Perniagaan Singapura-China dan Perniagaan China, yang termasuk projek perkampungan artis Baisha Chongqing yang dilaburkan bersama oleh Daerah Jiangjin dan Nanyang Ventures Pte Ltd, bersama-sama dengan Xiamen Ancient Art Culture Communication Co. dengan 115 juta yuan. Perjanjian kerjasama strategik itu yang ditandatangani di antara Daerah Jiangjin dan Persatuan Alumni Singapura dari Dalian Maritim University juga merupakan satu daripada 12 projek yang ditandatangani pada kali ini.

Hubungi: Jiang Tao, 
+86-18696653330

SUMBER: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.