ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KAUNTER PERKHIDMATAN E-FILING DAN BAYARAN CUKAI LHDNM DIBUKA PADA 27, 28 & 29 APRIL 2018

Tuesday 24/04/2018



KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa, bagi membantu pembayar cukai individu yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk mengisytiharkan pendapatan dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan e-Filing, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan membuka kaunter perkhidmatan e-Filing di semua Cawangannya pada hujung minggu ini iaitu pada 27, 28 dan 29 April 2018.

Sebagai memudahkan urusan pembayaran cukai,  kaunter bayaran cukai LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak juga akan dibuka pada tarikh-tarikh tersebut.

Jadual waktu operasi kami adalah seperti berikut:
 

TARIKHWAKTU OPERASI 
 
*27.04.2018 / 28.04.2018 / 29.04.2018
(Jumaat / Sabtu / Ahad)
Cawangan LHDNM di Semenanjung
9.00 pagi - 5.00 petang
Cawangan LHDNM di Sabah / Sarawak
8.00 pagi – 4.00 petang
 
*Hujung minggu bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat & Sabtu.

Adalah dimaklumkan juga bahawa, pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan diberi tambahan masa sehingga 15 Mei 2018 untuk mengemukakan borang BE atau M (Tahun Taksiran 2017) mereka secara e-Filing. Manakala pembayar cukai yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan pula diberikan tambahan masa sehingga 15 Julai 2018 untuk mengemukakan Borang B  atau M (Tahun Taksiran 2017) mereka secara e-Filing.
 
Tambahan masa ini tidak terpakai untuk pengemukaan BNCP secara manual (borang kertas) di mana tarikh akhirnya kekal pada 30 April 2018 bagi individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan atau 30 Jun 2018 bagi individu yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan.  
 
Oleh yang demikian, LHDNM menyeru pembayar cukai agar menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan memastikan BNCP mereka dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan penalti lewat hantar borang cukai dikenakan.
 
Sebagai rekod, sehingga pukul 9.00 pagi, 24 April 2018, sebanyak 1.7499 juta BNCP telah diterima daripada pembayar cukai individu melalui kaedah e-Filing. Angka ini menunjukkan peningkatan sekitar 5.52% berbanding penerimaan BNCP melalui kaedah e-Filing daripada pembayar cukai individu bagi tempoh yang sama pada tahun lalu (1.6583 juta).

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA 



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.