ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  EXTECH ELECTRONIC CO. (EEC) MERAIKAN 40 TAHUN DALAM MENGUJI ELEKTRIK SECARA SELAMAT DAN MEMUASKAN

Tuesday 24/04/2018



TAIPEI, Taiwan, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronic Co. (EEC) meraikan ulang tahunnya ke-40 sebagai sebuah inovator terkemuka di dalam industri bagi peralatan menguji elektrik. Tahun ini, syarikat itu dengan bangganya menandakan empat dekad yang dinamik dalam memastikan kualiti peralatan elektrik dan pada masa yang sama melindungi keselamatan pekerja pembuatan dan pengguna di seluruh dunia. Di mana sahaja produk elektrik digunakan, terdapat satu keperluan bagi teknologi yang membolehkan pengeluar untuk melampaui standard kualiti dan keselamatan yang paling tinggi dan menyalurkan manfaat tersebut kepada pelanggan mereka. Sebagai pengiktirafan terhadap peristiwa penting ini, EEC mahu berkongsi sejarah mereka yang unggul sambil menempa satu laluan baharu untuk masa hadapan.
 
Revolusi dan Evolusi
 
EEC memperingati peristiwa penting ini dengan beberapa kemajuan transformatif yang akan meningkatkan kesedaran jenama dan memperluaskan perniagaan mereka dalam arah haluan baharu yang menarik, kesemuanya dengan satu tumpuan kepada meningkatkan kepuasan pelanggan. EEC akan memulakan sambutan itu dengan pelancaran laman web www.eecextech.com, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penglibatan pelanggan menerusi sebuah platform dalam talian moden yang mesra pengguna yang menggabungkan media sosial dan penglibatan secara langsung. Syarikat itu juga berusaha untuk memajukan pengalaman pengguna EEC melalui sokongan pelbagai bahasa bagi penyelesaian yang mempunyai ciri-ciri yang kaya.
 
Sepanjang sejarah mereka selama 40 tahun, EEC telah memberi penekanan kepada menyampaikan produk dan teknologi yang unggul. Syarikat itu akan terus meneroka bidang-bidang baharu untuk meningkatkan barisan produk mereka dalam kedua-dua alat penguji keselamatan elektrik dan sumber tenaga AC. Pada tahun ini, EEC akan merevolusikan pendekatan mereka dengan beralih kepada satu fokus yang berorientasikan penyelesaian, sekali gus membawa pelbagai penyelesaian yang dapat mengubah hasil keseluruhan kepada pelbagai industri. Transformasi ini diperolehi daripada pengalaman selama empat dekad dalam mewujudkan penyelesaian pengujian bagi komponen yang memacukan dan pelbagai jenama multinasional yang luar biasa seperti Apple, Dyson, Panasonic, dan lain-lain.
 
Berkongsi Pengalaman
 
Empat puluh tahun di dalam industri itu telah menghasilkan pengetahuan yang tidak ada bandingannya yang EEC berhasrat untuk berkongsi melalui Program Perkhidmatan EEC mereka. Pengeluar akan mendapat akses yang tidak pernah ada kepada kepakaran syarikat itu di dalam keselamatan elektrik umum, pengujian instrumentasi dan peralatan, dan piawaian pengujian, manakala EEC menyediakan latihan termaju ke atas aplikasi dan teknologi industri yang terkini. Perkhidmatan perundingan bersama-sama dengan spesifikasi perkakasan kini boleh disesuaikan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan individu.
 
Sejak penubuhan mereka, EEC telah mewujudkan satu kehadiran global merentasi 40 buah negara, dan kini syarikat itu sedang memperluas jangkauan mereka dengan lebih jauh dengan EEC Everywhere. Peralihan strategik ini menandakan satu pengembangan yang agresif daripada jualan secara langsung kepada tidak langsung, membuka laluan kepada lebih banyak pengedar dan liputan perkhidmatan yang lebih besar berbanding sebelum ini. Hasilnya, pelanggan boleh mengharapkan ketersediaan yang hampir tiada terbatas dan masa tindak balas yang tidak pernah berlaku dahulu untuk permintaan mereka, sekali gus meningkatkan kepuasan pelanggan secara keseluruhan.
 
Perkara yang lebih Baik akan Berlaku pada Masa akan Datang
 
Melihat ke hadapan untuk suatu masa hadapan yang merangsangkan, EEC kekal komited kepada standard kualiti dan keselamatan paling tinggi. EEC menjemput pelanggan lama dan baharu untuk melihat di mana 40 tahun akan datang akan membawa mereka ketika syarikat itu terus bekerjasama dengan makmal ujian antarabangsa yang terkemuka seperti UL, TUV, dan lain-lain untuk menyampaikan produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang terbaik mungkin bagi suatu kehidupan elektrik yang selamat dan memuaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai EEC, sila layari: www.eecextech.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180423005537/en/Extech-Electronic-EEC-Celebrates-40-Years-Safe
 
Hubungi
Extech Electronics Co.
Sasha Wang, +886-2-21653066 #2201
Jason Hung, +886-2-21653066 #2217
marketing@eecextech.com
 
Sumber : Extech Electronic Co.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.