ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  YAYASAN MALAYSIA DIIKTIRAF KERANA SOKONGAN PELARIAN OLEH SHARJAH DENGAN USD 136,000

Tuesday 24/04/2018



Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Advokasi dan Sokongan Pelarian yang dianjurkan dengan kerjasama UNHCR menyoroti usaha cemerlang yang memperbaiki kehidupan berjuta-juta orang

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Advokasi dan Sokongan Pelarian (SIARA) telah menyoroti pencapaian wira-wira yang tidak disanjungi yang berusaha gigih untuk membantu orang pelarian dan orang tidak bernegara pada masa dunia menyaksikan tahap perpindahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh dunia, dengan lebih 65 juta orang terpaksa melarikan diri dari kampung halaman mereka, termasuk kira-kira 21.3 juta orang pelarian.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180423005666/en/

Yayasan Dignity for Children dari Malaysia, telah diumumkan sebagai penerima bagi edisi kedua anugerah itu yang nilainya telah naik pada tahun ini kepada USD 136,000 (AED 500,000), sebagai pengiktirafan di atas usaha cemerlang mereka di Asia dan Timur Tengah dan wilayah Afrika Utara (MENA).

Pada tahun ini, yayasan itu meraikan ulang tahun mereka ke-20 dan kini menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kira-kira 1,100 orang pelarian, orang tidak bernegara, pelajar-pelajar yang tidak mempunyai dokumen dan kumpulan lain yang terpinggir di dalam komuniti Malaysia di Kuala Lumpur.

Anugerah itu, yang diwujudkan oleh badan amal kemanusiaan global yang berpusat di Sharjah, The Big Heart Foundation (TBHF) telah mendapat pujian dan sokongan yang besar daripada pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan dan masyarakat antarabangsa, termasuk dari Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), yang telah menyatakan bahawa ia menawarkan satu platform yang sangat bernilai untuk mempamerkan perpaduan dengan orang yang tidak bertempat.

Sebagai amiriah ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan satu daripada pusat kebudayaan dan kemanusiaan di wilayah Arab, Sharjah, di bawah wawasan kepimpinan yang diwakili oleh Yang Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Raja Sharjah, UAE, dan Yang Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, isteri kepada Yang Mulia Raja Sharjah, Pengerusi TBHF dan Penyokong Terbilang UNHCR untuk Kanak-kanak Pelarian, terus memperjuangkan usaha-usaha bersifat dermawan oleh individu dan organisasi di seluruh dunia.

Pada ketika wilayah itu menjadi tuan rumah kepada 39 peratus daripada mereka yang dipindahkan secara paksa, termasuk 5 juta orang pelarian Syria, inisiatif yang meraikan semangat kemasyarakatan dan usaha kemanusiaan adalah menjadi teras.

Maklumat lanjut mengenai TBHF boleh diperolehi di laman web yayasan itu: http://tbhf.ae.

 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180423005666/en/


Hubungi
National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, Telefon Bimbit: +971 52 617 2111

Sumber : Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Advokasi dan Sokongan Pelarian

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.