ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PEMENANG ANUGERAH STEVIE® ASIA PASIFIK 2018 DIUMUMKAN

Tuesday 24/04/2018



Penerima Anugerah untuk Inovasi dalam Perniagaan akan Diberi Pengiiktirafan di Hong Kong pada 1 Jun


FAIRFAX, Va., 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang Anugerah Asia-Pacific Stevie® tahunan ke-5, satu-satunya program anugerah perniagaan yang mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik, telah diumumkan hari ini.  Senarai pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie tersedia di http://Asia.StevieAwards.com.

Anugerah Stevie dianggap sebagai anugerah perniagaan terulung dunia, menganugerahkan pengiktirafan untuk pencapaian di tempat kerja sejak 16 tahun yang lalu dalam program seperti The International Business Awards® dan The American Business Awards®. 

Anugerah Asia-Pacific Stevie  2018 telah mengiiktiraf organisasi di 14 negara termasuk Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. Lebih daripada 800 pencalonan pencapaian inovasi dalam 22 negara rantau APAC dipertimbangkan oleh para hakim tahun ini.

Pemenang tertinggi keseluruhan tahun ini, dengan 14 Emas, 30 Perak dan 12 Gangsa Anugerah Stevie ialah Telkom Indonesia.  Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Telkom Indonesia mendahului pertandingan.  Pemenang yang menyusul rapat dari belakang pada tahun ini ialah PT PETROKIMIA GRESIK (Indonesia), dengan kemenangan tiga Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa Stevie.

Pemenang untuk lebih daripada dua Anugerah Emas Stevie termasuklah: Jabatan Peguam Negara dan Icon Agency Australia, Freelancer.com, Manage Damage, The Female Social Network, HGC Global Communications Limited, Lembaga Pelancongan Hong Kong, Strategic Public Relations Group Limited, HP Inc. APJ Sokongan Pelanggan, PT Bank Ganesha Tbk., eDENT, Gyeonggido Job Foundation, Korea Electric Power Corporation, KT, Seocho-Gu, MERALCO, Perbadanan Pengurusan Pusat Membeli-belah dan DHL Express Vietnam.

Pemenang Stevie akan diberikan anugerah di majlis bankuet gala di Mira Hotel, Hong Kong pada Jumaat, 1 Jun.  Lebih daripada 100 eksekutif di seluruh dunia akan turut serta untuk mengadili.

Perihal Anugerah Stevie®

Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh program: Anugerah Asia-Pacific Stevie, Anugerah German Stevie, The American Business Awards, The International Business Awards, Stevie Awards for Women in Business, Anugerah Stevie untuk Great Employers dan Anugerah Stevie untuk Sales & Customer Service. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi daripada lebih 60 negara. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Penaja dan rakan kongsi untuk Anugerah Stevie Asia Pasifik 2018 termasuklah PR Newswire Asia dan BRComm.

Hubungi: Clara Im
Clara@stevieawards.com 
+82-2-3443-8389

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://resource.globenewswire.com/Resource/Download/feb769e2-799f-497c-b55f-ed23c5cea700 

SUMBER : The Stevie Awards

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.