PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 18, 2018 -Sabtu

 
  HAINAN AKAN MENAWARKAN KEMASUKAN PERJALANAN BEBAS VISA KEPADA PELANCONG DARI 59 BUAH NEGARA

Monday 23/04/2018



AsiaNet 73174
 
HAIKOU, China, 23 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
China akan menawarkan akses bebas visa yang lebih besar bagi pelancong dari 59 buah negara ke Hainan dari 1 Mei, dalam satu usaha untuk menyokong pembaharuan dan pembukaan di wilayah kepulauan paling selatan di negara itu, demikian menurut Pentadbiran Imigresen Negara pada Rabu. 
 
Di bawah dasar baharu itu, kumpulan dan orang perseorangan dari 59 buah negara, termasuk Rusia, Britain, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat, boleh melawat Hainan tanpa visa dan tinggal di sana sehingga 30 hari dengan syarat mereka membuat tempahan lawatan mereka melalui agensi pelancongan.
 
Hainan telah menawarkan penginapan tanpa visa selama 15 hari untuk pelancong berkumpulan dari 21 buah negara sejak tahun 2000, dan menambahkan lima lagi negara ke dalam senarai itu pada tahun 2010.
 
"Dengan memperluaskan dasar itu kepada orang perseorangan dan menginap sehingga 30 hari, kerajaan berhasrat untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa, memupuk industri pelancongan dan memenuhi keperluan individu asing," kata naib ketua bagi pentadbiran itu Qu Yunhai.
 
Akses tanpa visa yang dipermudahkan ke Hainan adalah merupakan sebahagian daripada usaha China bagi membina wilayah itu untuk menjadi "sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China," seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan dalam menyokong Hainan untuk memperdalamkan pembaharuan dan pembukaan, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pusat pada Sabtu.
 
Pulau itu telah menjadi sebuah resort tropika yang terkenal bagi pelancong luar negara dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan jumlah pelancong luar negara melebihi 1.1 juta pada tahun 2017, meningkat hampir 50 peratus tahun ke tahun.
 
Pada tahun lepas, Hainan menerima hampir 320,000 orang pelancong dari 26 buah negara akses bebas visa, 3.5 kali jumlah yang dicatatkan pada tahun 2016. Pelancong dari Indonesia, Kazakhstan, Malaysia, Republik Korea (ROK) dan Rusia menyumbang lebih daripada 90 peratus daripada jumlah keseluruhan itu.
 
"Dasar itu akan menyuntik semangat ke dalam Hainan dan membawa kami lebih dekat kepada matlamat kami untuk menjadi sebuah destinasi bertaraf dunia," kata Sun Ying, pengarah bagi Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan.
 
Persatuan bagi agensi-agensi pelancongan di Haikou, ibu negara Hainan, merancang untuk menawarkan latihan bahasa dan budaya kepada pekerja dengan lebih 200 agensi pelancongan tempatan, menurut Mai Weiwen, setiausaha agung persatuan itu.
 
Lebih banyak penerbangan terus dirancang ke negara-negara dengan akses bebas visa. Hainan sudah mempunyai 57 penerbangan antarabangsa ke negara-negara termasuk Jerman, Malaysia dan Thailand, dengan rancangan untuk sekurang-kurangnya 16 laluan baharu ke luar negara pada tahun ini. Ia bertujuan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 laluan luar negara menjelang tahun 2020.
 
Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.