PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MEMPEROLEH SYARIKAT PENERBITAN DALAM TALIAN BUSINESSBECAUSE YANG BERTAPAK DI UK

Thursday 12/04/2018



Pemerolehan menyokong misi Majlis untuk membina rancangan yang lebih hebat untuk pelajar prospektif melalui penglibatan penceritaan yang menyerlahan pengalaman pelajar dan nilai pengajian pendidikan pengurusan

RESTON, Va., 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global telah memperoleh syarikat penerbitan dalam talian BusinessBecause yang bertapak di UK.

Selari dengan misinya, GMAC komited secara aktif untuk menyediakan penyelesaian baharu untuk membantu calon dan sekolah mengenal pasti, menilai dan berhubung antara satu sama lain. Dianggarkan pada satu-satu masa, lebih daripada dua juta calon mempertimbangkan pengajian pendidikan dalam pengurusan. Namun, sebahagian besar mengabaikan pencarian mereka separuh jalan, yang mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk meneruskannya.

Pemerolehan ini mewakili pengembangan portfolio produk dan perkhidmatan GMAC dalam membantu memupuk calon sepanjang perjalanan mereka. Dengan maklumat yang lebih banyak sebagai panduan, pelajar prospektif mampu membuat keputusan yang lebih baik daripada saat mereka mempertimbangkan pengajian ijazah hingga ke saat mereka masuk ke fasa permohonan. Kandungan menarik yang diterbitkan oleh BusinessBecause akan membantu pelajar-pelajar ini untuk mengenal pasti sekolah yang sesuai semasa fasa pertimbangan dan pemilihan yang kritikal dalam perjalanan mereka. Penceritaan yang BusinessBecause terbitkan mengabadikan kehidupan pelajar, peluang kerjaya serta inovasi dan trend sekolah, semua yang mampu menginspirasikan dan mengurangkan jumlah pelajar prospektif yang mungkin mengabaikan pencarian mereka separuh jalan.

“BusinessBecause telah membina reputasi kukuh untuk membantu sekolah perniagaan menunjukkan apa yang menjadikan mereka unik kepada calon dan menyediakan maklumat yang berguna kepada calon dalam perjalanan mempertimbangkan pengajian pendidikan pengurusan,” kata Betty Su, Ketua Pegawai Pemasaran di GMAC. “Platform mereka bukan hanya membantu sekolah untuk menonjol, ia juga menyokong matlamat kami dalam memastikan tiada bakat dibiarkan tidak ditemui. Melalui pemerolehan ini, GMAC merancang untuk memelihara sumbangan positif yang mereka berikan pada komuniti pengajian pendidikan pengurusan dan melaburkan sumber tambahan untuk sekolah dan calon.”

BusinessBecause akan beroperasi sebagai subsidiari yang berasingan dan mengekalkan kebebasan editorial dan kreativiti. GMAC akan membekalkannya dengan sumber yang diperlukan untuk menskalakan operasinya. Hal ini akan membenarkan BusinessBecause untuk mencapai kumpulan sekolah yang lebih besar yang mungkin mendapat kebaikan daripada perkhidmatan ini, dan sebagai hasilnya, membantu jumlah calon yang lebih ramai untuk mengenal pasti dan menilai sekolah yang paling sesuai untuk mereka.

“Kami teruja untuk bekerja dengan Graduate Management Admission Council,” kata Kate Jillings, pengasas bersama BusinessBecause. “Apabila pengasas bersama saya, Maria Ahmed dan Sian Morley-Smith, serta saya sendiri melancarkan BusinessBecause pada 2009, matlamat kami adalah jelas dan mudah: menghubungkan calon sekolah perniagaan, sekolah perniagaan, pelajar perniagaan dan majikan. Dengan kerjasama dengan GMAC, kami akan dapat mengembangkan dan menerbitkan lebih banyak cerita serta maklumat yang relevan dan berguna dalam memilih sekolah perniagaan dan mencari kerjaya yang memuaskan.”

Pemerolehan selesai pada 10 April 2018.

Perihal GMAC: Graduate Management Admission Council (GMAC) merupakan persatuan bukan untung global untuk 223 peneraju sekolah pengajian perniagaan. Ditubuhkan pada 1953, kami komited secara aktif untuk memajukan seni dan sains kemasukan dengan mengadakan dan mewakili industri serta menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik dalam kelas untuk sekolah dan pelajar. GMAC memiliki dan mentadbir peperiksaan Graduate Management Admission Test® (GMAT®), yang digunakan oleh lebih daripada 7,000 siswazah program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengajian pengurusan di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program MBA Eksekutif di seluruh dunia. Majlis bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di United Kingdom, India dan Hong Kong. Untuk maklumat tentang penilaian, alat pembelajaran atau perkhidmatan untuk calon, lawati www.mba.com. Untuk maklumat tentang Majlis dan perisikan pasaran kami, peluang dan perkhidmatan pembangunan profesional untuk pengajian pendidikan pengurusan, sila lawati www.gmac.com.

Perihal BusinessBecause: BusinessBecause menerbitkan berita sekolah perniagaan, nasihat untuk pemohon dan inspirasi kerjaya setiap hari untuk khalayak peneraju perniagaan masa hadapan global. Calon dan pelajar sekolah perniagaan dijemput untuk menyertai komuniti yang berhubung sebelum, semasa dan selepas sekolah perniagaan, mengakses kemasukan dan sumber pekerjaan eksklusif serta berkongsi cerita mereka sendiri. BusinessBecause.com kini mempunyai lebih daripada 40,000 ahli di seluruh dunia dan 100,000 pembaca berita setiap bulan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BusinessBecause, lawati BusinessBecause.com.

HUBUNGAN MEDIA: Tania Hernandez-Andersen, Pengarah Sr. Komunikasi Jenama Korporat GMAC, thernandez-andersen@gmac.com atau 703-668-9638 (pejabat), 571-294-4059 (mudah alih).

SUMBER : Graduate Management Admission Council (GMAC) 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.