PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 14, 2018 -Jumaat

 
  PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL BERSEPADU, LHDNM SUMBANGKAN ALAT BANTUAN MENGAJAR

Thursday 12/04/2018



BUKIT MERTAJAM, 12 April (Bernama) -- Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam mendekati dan membantu rakyat diteruskan dengan penyerahan sumbangan lima unit alat bantuan mengajar kepada empat buah sekolah terpilih dan Jabatan Pendidikan Daerah di sini pada hari ini.
 
Program Tanggungjawab Sosial (SR) ini dianjurkan bersempena dengan penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Bersepadu Sempena Program Jalan Kaki Terjauh (JKT) 1600 Kilometer Malaysia Book Of Records LHDNM 2018 yang baru sahaja dilancarkan pada 12 April 2018 baru-baru ini. Setelah menempuh empat hari perjalanan sejauh 170km, peserta program JKT kini tiba di LHDNM Cawangan Bukit Mertajam untuk bersama-sama menyempurnakan program SR ini.
 
Cik Halijah binti Bulat, Pengarah LHDNM Negeri Pulau Pinang dalam ucapannya berkataLHDNM sedar bahawa semua dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan di sektor awam adalah bertujuan untuk memudahkan urusan rakyat dan LHDNM memilih untuk memberikan khidmat extra miles dan berusaha menjadikan program-program tanggungjawab sosial LHDNM berkesan dalam mendekatkan LHDNM di hati setiap rakyat”

Turut hadir sama di program ini ialah YBhg. Datuk Hj Mohd Zaidi bin Hj Mohd Said, Penyelaras Parlimen Permatang Pauh dan Encik Chakngari @ Yusof Bin Daud, Pengarah LHDNM, Cawangan Bukit Mertajam dan pegawai-pegawai LHDNM.
 
Untuk rekod, LHDNM baru-baru ini telah melancarkan Program Jalan Kaki 1600 Kilometer Malaysia Book Of Records LHDNM 2018 di LHDNM Cawangan Ipoh pada 9 April 2018. Sepanjang program ini berlangsung, ia akan diisi bersama Program CSR ke sekolah-sekolah terpilih dan Program Hasil4u untuk memberi kesedaran cukai di empat check point yang akan dilalui oleh peserta Jalan Kaki Terjauh ini antaranya adalah Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi 
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674   
Faks : 03-8313 7801
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.