PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 25, 2018 -Rabu

 
  ​OMNICOMM SYSTEMS MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN PELANGGAN PERTAMA TRIALMASTER® DI CHINA

Thursday 12/04/2018



Shanghai HEP Pharma Memilih TrialMaster EDC untuk Menjalankan Kajian Hepatitis B
 
FORT LAUDERDALE, Fla., 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Shanghai HEP Pharma Co. LTD, syarikat penyelidikan dan pembangunan yang berfokus terhadap membangunkan ubat inovatif untuk hepatitis B telah menandatangani perjanjian baharu dengan OmniComm Systems, Inc. (OTCQX:OMCM), penyedia terkemuka teknologi pengurusan data klinikal global. Dalam perjanjian tersebut, Shanghai HEP Pharma akan menggunakan teknologi TrialMaster EDC oleh OmniComm untuk kajian hepatitis B Fasa II/Fasa III rawak.
 
Perjanjian itu merupakan urus niaga TrialMaster pertama untuk OmniComm di China. Lebih daripada dua tahun lalu, OmniComm telah menetapkan matlamat untuk menembusi pasaran China. Kini, prestasi syarikat tersebut dalam sektor itu telah mencapai jangkaan. Jejak OmniComm yang semakin banyak di rantau Asia Pasifik termasuklah kontrak pertama OmniComm untuk TrialMaster® di Jepun, dengan 13 perjanjian TrialOne® di China.
 
Sebagai sistem yang mematuhi standard industri global, TrialMaster membolehkan organisasi pengguna untuk memastikan kualiti dan kesahihan data yang dikumpul dan diuruskan dalam keseluruhan penyelidikan. TrialMaster juga membolehkan pengguna untuk mematuhi peraturan dan proses kelulusan baharu FDA China untuk penciptaan ubat baharu. Keupayaan TrialMaster untuk memudahkan pengguna mematuhi peraturan CFDA yang bermatlamat mengharmonikan amalan tempatan dengan standard global juga merupakan faktor penting.
 
“Daripada projek penyelidikan dan pembangunan kami, kami telah membangunkan ubat hepatitis B ini daripada tahap konsep,” kata Dr. Hongli Liu, CEO Shanghai HEP Pharma. “Ubat hepatitis B ini merupakan produk yang penting dan kami mahukan sistem EDC standard global dan berkualiti tinggi untuk memastikan penyelidikan kami diurus dengan baik. Kami mempunyai pengalaman yang baik menggunakan sistem OmniComm Fasa I, Promasys®, yang membawa kepada TrialMaster, sistem EDC OmniComm Fasa II/III. Kami bersedia bekerja untuk dengan pasukan OmniComm pada binaan kajian dan yakin akan menjangkau tarikh Pesakit Pertama Masuk pada masanya.”
 
“Kami sangat teruja dengan penggunaan pertama TrialMaster di China, lebih-lebih lagi oleh syarikat bioteknologi yang sangat inovatif,” kata Kuno van der Post, Ph.D., ketua pegawai komersial OmniComm Systems. “Kami gembira dipilih daripada penilaian yang mempunyai begitu banyak saingan.”

Perihal OmniComm Systems, Inc. 
OmniComm menyediakan penyelesaian komprehensif untuk kajian klinikal dengan pengalaman global yang meluas daripada lebih 6,000 ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, lawati www.omnicomm.com.
 
Maklumat Hubungan
Kuno van der Post
OmniComm Systems, Inc.
+1.954.473.1254
KvanderPost@omnicomm.com
 
SUMBER : OmniComm Systems Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.