PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 25, 2018 -Rabu

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN MOSFET KUASA N-SALURAN 40V AUTOMOTIF DALAM PAKEJ BAHARU

Wednesday 11/04/2018



- Mengurangkan rintangan daripada penggunaan sebuah pakej rintangan rendah yang kecil


TOKYO, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan dua MOSFET baharu "TPHR7904PB" dan "TPH1R104PB" yang ditempatkan di dalam pakej SOP Termaju (WF) rintangan rendah yang kecil, sebagai penambahan baharu kepada siri MOSFET N-saluran 40V automotif. Pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180411005580/en/

Dirangka dengan menggunakan proses U-MOS IX-H trenc generasi kesembilan yang terkini dan ditempatkan di dalam sebuah pakej rintangan rendah yang kecil, MOSFET baharu itu menyediakan rintangan rendah dan dengan itu membantu mengurangkan kehilangan pengkonduksian. Reka bentuk U-MOS IX-H itu juga mengurangkan bunyi pensuisan berbanding dengan reka bentuk Toshiba sebelum ini (U-MOS IV), sekali gus membantu untuk mengurangkan EMI (Gangguan Elektromagnetik).

Pakej SOP Termaju (WF) itu mengguna pakai sebuah struktur terminal sisi boleh basah, yang membolehkan AOI (Pemeriksaan Optik Automatik) selepas pematerian.

Penggunaan
  • Stereng kuasa elektrik (EPS)
  • Suis muatan
  • Pam elektrik
Ciri-ciri
  • Menyediakan rintangan maksimum, RDS(ON)maksimum, sebanyak 0.79 mΩ daripada penggunaan proses U-MOS IX-H dan pakej SOP Termaju (WF).
  • Ciri-ciri bunyi rendah mengurangkan gangguan elektromagnet (EMI).
  • Terdapat di dalam sebuah pakej rintangan rendah yang kecil dengan struktur terminal sisi boleh basah.
 
Spesifikasi Utama
(Kecuali dinyatakan sebaliknya, @Ta=25°C)
 
Nombor Bahagian
 Saliran-Sumber
voltan
VDSS
(V)
 Saliran
arus
(DC)
ID
(A)
 Saliran-Sumber rintangan
RDS(ON) maksimum(mΩ)
 Bina dalaman
Diod Zener di antara
Sumber Get
 Siri
   @VGS=6V @VGS=10V  
TPH1R104PB 40 120 1.96 1.14 Tiada U-MOS IX
TPHR7904PB  150 1.3 0.79 Tiada U-MOS IX
 

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan MOSFET.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180411005580/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.