PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 14, 2018 -Jumaat

 
  KAMERA KAWASAN BAHARU TELEDYNE DALSA MENAMPILKAN SENSOR IMEJ TERKUTUB SONY IMX250-MZR

Wednesday 11/04/2018



Model Genie Nano terbaharu melengkapkan rangkaian produk pengutuban untuk kamera imbasan garis dan kawasan pertama dalam industri


WATERLOO, Ontario, 11 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, sebuah syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin sukacita memperkenalkan kamera Genie™ Nano terbaharu yang dicipta berdasarkan sensor imej terkutub Sony® Pregius 5.1M. Model Genie Nano-M2450-Polarized tersebut menampilkan penapis pengutuban kuad monokrom, resolusi 2448 x 2048 piksel dan tangkapan imej 35 bingkai sesaat. Dengan teknologi TurboDrive™ Teledyne DALSA, kadar bingkai boleh meningkat sehingga 50%.

Dengan tambahan model terkutub Genie Nano, Teledyne DALSA menjadi syarikat pertama yang menawarkan pengutuban untuk kedua-dua kamera imbasan kawasan dan garis (pengutuban Piranha™4). Pengutuban membolehkan kebolehkesanan tekanan, dwibiasan, pantulan tembus dan silau daripada permukaan seperti kaca, plastik dan logam. Sensor imej terbaharu Sony yang mempunyai struktur pengutub tahap piksel membolehkan pengesanan kedua-dua jumlah dan sudut cahaya terkutub dalam sesuatu pemandangan. Empat pengutub bersudut berbeza (90°, 45°, 135° dan 0°) ditempatkan pada setiap piksel dan setiap blok empat piksel yang terdiri daripada unit pengiraan.

“Tawaran pengutuban untuk kamera imbasan kawasan dan garis ini bermakna pilihan yang lebih banyak untuk pelanggan yang mahu memulihkan kecacatan yang tidak dapat dikesan dengan pengimejan tradisional yang terdapat dalam semakin banyak aplikasi,” kata Manny Romero, Pengurus Kanan Produk.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang kelebihan pengutuban untuk aplikasi visi mesin di sini.

Ciri Utama:
  • TurboDrive untuk kadar bingkai pantas dan kualiti imej penuh
  • Dicipta dengan Sony IMX250MZR, sensor imej CMOS pengutuban monokrom
  • Jejak kecil dan bingkai ringan pada 21.2 mm x 29 mm x 44 mm/ 47 gram
Kamera Genie Nano menampilkan rekaan yang cantik beserta jaminan 3 tahun. Sila lawati halaman produk Genie Nano untuk maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan untuk imej resolusi penuh, lawati kit media dalam talian kami.

Perihal Produk dan Perkhidmatan Visi Mesin Teledyne DALSA

Teledyne DALSA merupakan peneraju dalam rekaan, pembuatan dan penggunaan komponen pengimejan digital untuk visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan untuk ribuan sistem pemeriksaan di seluruh dunia dalam pelbagai industri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/imaging.

Teledyne DALSA merupakan peneraju teknologi antarabangsa dalam pengesanan, pengimejan dan penghasilan semikonduktor khusus. Penyelesaian pengesanan imej kami merangkumi cahaya inframerah, cahaya nampak hingga X-ray; faundri MEMS kami telah memperolehi reputasi peneraju dunia. Tambahan lagi, kami mampu memberikan tinjauan 3D canggih dan sistem maklumat geospatial melalui subsidiari kami, Teledyne Optech dan Teledyne Caris. Teledyne DALSA mempunyai lebih kurang 1400 orang pekerja di seluruh dunia dan beribu pejabat di Waterloo, Kanada. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://resource.globenewswire.com/Resource/Download/ae4645ed-56da-4db4-ae01-9f8a02fefc4f 

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Tel: +1-519-886-6001 x2187
Email: geralyn.miller@teledyne.com

SUMBER : Teledyne DALSA

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.