ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KEJOHANAN PERAHU NAGA MENSASARKAN PANDANGAN ANTARABANGSA KE ARAH UNIVERSITI TERKEMUKA CHINA

Monday 09/04/2018



AsiaNet 72999
 
HANGZHOU, China, 9 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pelajar-pelajar dari institusi-institusi pengajian tinggi yang paling berprestij di dunia berkumpul di bandar raya Hangzhou di wilayah Zhejiang di tenggara China untuk Kejohanan Perahu Naga Universiti Elit Antarabangsa yang pertama kali diadakan. Pertandingan itu, yang dianjurkan oleh Universiti Zhejiang, menyaksikan 15 buah pasukan -- termasuk Oxford, Harvard, Stanford dan Massachusetts Institute of Technology -- berkumpul pada 27 Mac untuk perlumbaan mendayung perahu tradisional Cina di Tasik Jinsha di Hangzhou.
 
"Kejohanan Perahu Naga itu adalah sangat baik untuk kami dari segi kebolehlihatan," kata Li Min, pengarah bagi Pejabat Perhubungan Antarabangsa. "Dan dari segi perhubungan antarabangsa, kami boleh dapat mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik dan berkomunikasi lebih banyak melalui sukan."
 
Dengan 180 rakan di seluruh dunia, universiti itu menghantar lebih 3,000 orang mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar di luar negara pada setiap tahun dan mempunyai satu kontinjen terdiri daripada lebih 6,000 orang pelajar antarabangsa. Melalui pelbagai inisiatif, universiti itu, yang secara konsisten berada di kalangan yang terbaik di China, berharap agar dapat mengembangkan lagi perakuan antarabangsa mereka.
 
Menurut bekas profesor Sekolah Perubatan Yale Anna Wang Roe, ia adalah satu semangat kerjasama yang telah meyakinkan beliau untuk menubuhkan Institut Neurosains dan Teknologi beliau di universiti itu, yang ditubuhkan pada tahun 1897.
 
"Saya melihat pada banyak universiti di China tetapi saya jatuh hati dengan Zhejiang kerana mereka mempunyai kekuatan di dalam kejuruteraan dan perubatan, bergabung dengan hospital-hospital yang mantap dan kualiti pelajar mereka sangat baik," kata Roe.
 
Universiti itu berharap agar penyelidikan yang berinovatif seperti ini, perkongsian antarabangsa yang terlalu banyak dan kemudahan yang serba canggih akan menarik warga asing ke Kampus Antarabangsa mereka yang baharu itu. Digelar sebagai satu "pergabungan falsafah pendidikan di antara Timur dan Barat," ia mula dibuka pada tahun 2016 untuk menambahkan potensi kapasiti seramai 4,000 orang pelajar kepada populasi pelajar yang ada sekarang,” kata HE Lianzhen, Dekan bagi Kampus Antarabangsa Haining.
 
Antara kursus yang ditawarkan ialah dua ijazah sarjana muda secara usahasama, satu di dalam bidang sains bioperubatan dengan Universiti of Edinburgh, Scotland, dan satu lagi dalam bidang kejuruteraan dengan UIUC di Amerika Syarikat. Selepas empat tahun belajar di bawah pengawasan guru-guru dari kedua-dua universiti yang menyumbang, pelajar-pelajar itu akan menerima sebuah ijazah berganda.
 
Kembali ke pantai Tasik Jinsha, seorang pelajar kimia MIT berusia 20 tahun Darnell Granberry berkata beliau sangat kagum dengan bandar raya itu dan universiti berkenaan. Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk belajar di Zhejiang jika beliau tidak berada di Boston, beliau menjawab, "Jika saya dapat mendaftar masuk, sudah pasti."
 
SUMBER: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=309833
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.