PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 25, 2018 -Rabu

 
  PAMERAN PELABURAN TAHUNAN ZHONGSHAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA MEMBINA KAWASAN TELUK YANG LEBIH BESAR OLEH PEMBANGUNAN YANG DIDORONG OLEH INOVASI

Wednesday 28/03/2018



AsiaNet 72857
 
ZHONGSHAN, China, 28 Mac, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 28 Mac, Pameran Perdagangan, Pelaburan dan Bakat Terbaik Zhongshan 2018 dan Perangkaian Bakat Terbaik Kelima Zhongshan bermula di bawah tema "Inovasi Pelopor Pembangunan dan Kebijaksanaan Kolektif Membentuk Kawasan Teluk", dengan menarik penyertaan 1,000 orang peserta dari lebih 10 buah negara dan wilayah.
 
Unsur-unsur berinovatif yang terkumpul dan kebijaksanaan kolektif telah membolehkan Zhongshan untuk menyumbang selanjutnya kepada pembinaan Kawasan Teluk Guangdong-Hong Kong-Macao yang Lebih Besar, dengan daya saingnya di lokasi geografi, industri, inovasi dan suasana kehidupan.
 
Pada tahun ini, tarikan pelaburan adalah lebih sejajar dengan objektif teras bandar raya itu -- untuk memacukan ekonomi ke arah pembangunan berkualiti tinggi yang dipacu oleh inovasi. Upacara pembukaan bagi Pameran itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian sekelompok projek, termasuk Pengiktirafan Corak Pengkomputeran Super Tianhe dan Pasukan AI, Pusat Percetakan Bio 3D untuk Perubatan Ketepatan, Institusi Penyelidikan Pembuatan Pintar Siasun dan Pusat Inovasi Bersama HKUST-Zhongshan, yang memberi petanda kepada pemacu baharu bagi pertumbuhan dalam mengumpulkan sumber inovatif, mengubah dan menaik taraf di sektor perindustrian, dan mendalami kerjasama di Kawasan Teluk yang lebih Besar.
 
Menurut Lei Yuelong, Timbalan Datuk Bandar bagi Zhongshan, bandar raya itu berhasrat untuk membangunkan dirinya menjadi sebuah pangkalan bertaraf dunia bagi pembuatan termaju, hab pengangkutan serantau, pusat inovasi perindustrian dan bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal. Pameran itu, yang berpegang kepada matlamat tersebut, membantu membawa pasukan-pasukan pakar di dalam inovasi teknologi, pembawa untuk platform penyelidikan dan pembangunan, pemeriksaan dan pengujian, dan projek-projek bagi perkhidmatan produktif premium dan pelancongan kebudayaan dari luar negara.
 
Pameran itu mengandungi 20 sesi bertema, termasuk Forum Perkongsian mengenai Pembuatan Pintar dan Kerjasama Industri Antarabangsa Zhongshan, Seminar mengenai Bakat Luar Negara dan Kerjasama Projek Teknologi, dsb., untuk membantu meningkatkan hubungan di antara industri, teknologi, projek, bakat dan pasukan profesional.
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Zhongshan telah menghasilkan pencapaian yang menggalakkan di dalam menarik bakat melalui acara penting iaitu Perangkaian Bakat Terbaik Zhongshan dan pengenalan 18 dasar berorientasikan bakat baharu. Statistik menunjukkan bahawa empat acara perangkaian bakat yang lalu, dengan 47 sesi khas, telah menarik 23 ahli akademik, 100 tokoh daripada Program Pengambilan bagi Pakar-pakar Global China dan 136,000 bakat global. Sehingga 220 projek kerjasama bakat telah ditandatangani, dan sebahagiannya melibatkan membawa masuk pasukan-pasukan akademik.
 
Menjelang akhir tahun 2017, Zhongshan telah menjadi tempat kepada sebuah taman keusahawanan kebangsaan bagi pelajar-pelajar luar negara, 26 inkubator perniagaan di peringkat bandar raya dan perbandaran, 43 platform kerja untuk felow pasca ijazah kedoktoran dan 88 platform kerjasama bagi kolej dan universiti di luar Zhongshan. Selain itu, terdapat dua stesen kerja bakat di luar negara (di Boston dan Lembah Silikon), 10 platform inovasi kebangsaan dan cawangan mereka, 10 stesen kerja akademik dan 29 bilik kerja juruteknik utama. Statistik yang berkaitan untuk menarik profesional telah mencatatkan rekod paling tinggi, yang menunjukkan rangkaian mantap bandar raya itu bagi kakitangan yang berkaliber tinggi di dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Perdagangan, Pelaburan dan Bakat Terbaik Zhongshan
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.