ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  JEPUN MENGUNDANG 30 ORANG YANG BERPENGARUH DARI 20 NEGARA DAN WILAYAH ASING DALAM USAHA UNTUK MENERIMA KEHADIRAN 40 JUTA PELANCONG KE DALAM NEGARA PADA TAHUN 2020

Thursday 22/03/2018

AsiaNet 72752

TOKYO, 22 Mac, 2018 /Kyodo JBN-- AsiaNet/ --

Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) telah menjalankan sebuah projek untuk mempamerkan daya tarikan sumber pelancongan di setiap wilayah di Jepun, dengan menjemput 30 orang yang berpengaruh (penulis blog) dari 20 negara dan wilayah asing untuk melawat pelbagai tempat di negara itu pada Mac 2018 dengan tujuan memperkenalkan sumber pelancongan luar negara di setiap wilayah. Bagi memilih tempat-tempat yang akan dikunjungi oleh penulis blog itu, JNTO melakukan segala usaha untuk mempamer dan menaikkan profil pesona Jepun di setiap wilayah dengan memasukkan tempat-tempat yang boleh dipaparkan ke dalam "instagram" (fotogenik) dan program-program unik yang menggunakan tangan ke Jepun sebagai tambahan kepada tempat pelancongan yang sudah diiktiraf di luar negara.
 
- Tempoh jemputan: Satu minggu untuk setiap perjalanan
- Bilangan orang yang dijemput: 30 orang secara keseluruhan
- Negara dan wilayah yang terlibat dalam projek itu: Korea Selatan, Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, India, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Itali , Rusia, Sepanyol
 
- Tempoh: 5-9 Mac, 2018 *(4) 26 Februari - 2 Mac, *(6) 12-17 Mac
(1) Perjalanan Hokkaido/ Tohoku (Hokkaido, Wilayah Akita, Wilayah Iwate, Wilayah Yamagata)
    Orang berpengaruh yang mengambil bahagian dari Thailand, Taiwan, Australia, Filipina
(2) Perjalanan Kanto/ Koshinetsu (Tokyo, Wilayah Yamanashi, Wilayaha Nagano, Wilayah Gunma, Wilayah Tochigi)
    Orang berpengaruh dari Rusia, Britain, Amerika Syarikat, India, Singapura
(3) Perjalanan Chubu/ Hokuriku (Wilayah Gifu, Wilayah Toyama, Wilayah Ishikawa, Wilayah Fukui, Wilayah Aichi)
    Orang berpengaruh dari Vietnam, Amerika Syarikat, Tanah Besar China, Malaysia, Taiwan
*(4) Perjalanan Kansai (Wilayah Osaka, Wilayah Nara, Wilayah Kyoto)
    Orang berpengaruh dari Korea Selatan, Indonesia, Australia
(5) Perjalanan Chugoku/ Shikoku (Wilayah Shimane, Wilayah Okayama, Wilayah Tokushima,     Wilayah Kagawa, Wilayah Ehime)
    Orang berpengaruh dari Singapura, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol
*(6) Perjalanan Kyushu/ Hokkaido (Wilayah Kagoshima, Wilayah Kumamoto, Bandar Raya Kushiro di Hokkaido)
    Orang berpengaruh dari Hong Kong

- Hashtag SNS yang biasa : #undiscoveredjapan, #enjoymyjapan, #visitjapanjp
Sila ambil perhatian bahawa URL berikut juga mengandungi beberapa gambar dan artikel yang tidak berkaitan dengan projek yang dinyatakan di atas. Gambar-gambar dan artikel yang disenaraikan melalui projek itu mengandungi kesemua hashtag yang dinyatakan di atas.
 
Rujukan URL:
https://www.instagram.com/explore/tags/undiscoveredjapan/
https://www.facebook.com/hashtag/undiscoveredjapan?source=feed_text
 
 
SUMBER: Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO)
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.