PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

September 22, 2018 -Sabtu

 
  POLYPLASTICS MEMPERKENALKAN SIRI BAHARU LCP LAPEROS (R) DIELEKTRIK RENDAH UNTUK PERANTI KOMUNIKASI GENERASI AKAN DATANG

Thursday 22/03/2018

AsiaNet 72748

TOKYO, 22 Mac, 2018 /Kyodo JBN-- AsiaNet/ --

Polyplastics Co., Ltd., sebuah pembekal terkemuka dunia bagi termoplastik kejuruteraan, telah mengumumkan pelancaran satu siri baharu polimer kristal cecair dielektrik rendah (LCP) untuk peranti komunikasi generasi akan datang. LAPEROS (R) E420P adalah yang pertama dalam satu siri gred dielektrik rendah yang juga memiliki ketahanan haba yang tinggi, sifat mekanikal, ketahanan kimia, warpage aliran tinggi, dan rendah untuk filem dan penyambung di dalam kabel, antena dan papan litar.

(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201803121805-O1-9BHl0BJ7)
 
(Imej: Penyambung pic sempit
https://kyodonewsprwire.jp/img/201803121805-O2-7u0M9Z3K)
 
Polyplastics membangunkan siri LCP baharu itu di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat bagi bahan dielektrik rendah dan tangen dielektrik rendah untuk memenuhi keperluan telekomunikasi 5G dan telekomunikasi V2X untuk kereta berautonomi dan bahan-bahan yang diterima pakai bagi komponen transmisi berkelajuan tinggi dan berfrekuensi tinggi.

LAPEROS (R) E420P menggunakan satu kombinasi optimum pengisi dan teknologi formulasi untuk mencapai dielektrik rendah malar yang kurang daripada 3.0 yang diukur serenjang ke arah aliran bagi jalur frekuensi 1-20 GHz. Selanjutnya, kehilangan tangen dielektrik adalah stabil sepanjang keseluruhan jalur frekuensi. Bahan itu juga memenuhi keperluan pengecilan dan reka bentuk yang semakin kompleks di dalam aplikasi penyambung dan boleh digunakan di dalam proses teknologi peletakan permukaan (SMT).

Polyplastics akan mengembangkan siri LCP dielektrik rendah mereka untuk memenuhi keperluan prestasi yang lebih luas bagi penyambung. Syarikat itu merancang untuk memperluaskan portfolio produk mereka bagi memasukkan gred dengan warpage rendah yang dipertingkatkan, ketahanan haba yang lebih tinggi dan aliran yang lebih besar untuk penyambung yang padat dan halus. Oleh kerana penyambung adalah aplikasi sasaran utama, gred-gred ini digubal dengan keteraliran yang baik. Polyplastics melaporkan bahawa dalam ujian yang menggunakan acuan penyambung syarikat itu, gred baru itu diacu pada tekanan pembungkusan yang lebih rendah berbanding dengan gred konvensional.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.polyplastics.com/en/product/lines/lcp_e420p/index.vm
 
LAPEROS (R) adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan negara-negara lain.

Maklumat mengenai Polyplastics

Polyplastics Co., Ltd. adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran bagi penyelesaian termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu yang luas termasuk polioksimetilena (POM), polibutilena terephthalate (PBT), polifenilena sulfida (PPS), dan LCP. Syarikat itu mempunyai penguasaan pasaran yang terbesar di dunia bagi POM dan LCP. Dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh sebuah rangkaian penyelidikan & pembangunan, pengeluaran, dan sumber jualan global yang kuat yang mampu menghasilkan penyelesaian yang canggih untuk tempat pasaran global yang sentiasa berubah.
 
 
SUMBER: Polyplastics Co., Ltd.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.