ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  SD-WAN NTT COMMUNICATIONS MEMBERIKAN PERLUMBAAN MCLAREN SATU KELEBIHAN UNTUK MUSIM 2018

Thursday 22/03/2018



WOKING, United Kingdom & TOKYO, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PASUKAN Formula 1 McLaren (McLaren), sebuah pemimpin pelopor di dalam perlumbaan motor Formula 1 selama lebih 50 tahun, dan NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa McLaren akan mengguna pakai teknologi SD-WAN (rangkaian kawasan luas berdefinisi perisian) dari NTT Com untuk menghubungkan Pusat Teknologi McLaren dengan litar lumba di 21 buah negara semasa musim 2018. Keputusan itu adalah susulan daripada satu ujian pengerahan yang berjaya bagi teknologi itu semasa Grand Prix Jepun 2017, apabila McLaren berupaya untuk menghantar 100GB data semasa satu perlumbaan dari Jepun ke United Kingdom melalui SD-WAN NTT Com.

SD-WAN NTT Com menggunakan perisian untuk mengawal WAN, menyediakan McLaren dengan aliran data trafik dengan pantas, selamat, boleh dipercayai dan pengurusan yang fleksibel. Pelbagai trafik boleh dihantar melalui penyambungan yang berbeza, seperti internet, mudah alih dan MPLS, bergantung kepada masa, keutamaan dan kelajuan rangkaian semasa. Fleksibiliti ini membolehkan keutamaan penghalaan bagi data penting, seperti telemetri dan video, pada detik kritikal. Juga, perkhidmatan NTT Com termasuk satu skrin papan pemuka untuk menggambarkan status data trafik semasa sesuatu perlumbaan. McLaren boleh memahami ketersediaan rangkaian dan jalur lebar data yang diperlukan secara sepintas lalu untuk mengoptimumkan penghantaran data semasa sesuatu perlumbaan, sekali gus memberikan mereka satu kelebihan dalam pembentukan tepat masa, pelarasan dan pengerahan strategi dalam perlumbaan.

Dr. Shin Miyakawa, Naib Presiden, Pejabat IoT/ Pasukan Petugas McLaren sangat gembira dengan genesis dan evolusi projek itu. "Seorang daripada jurutera R&D kami telah menghadiri satu latihan pramusim di Barcelona pada tahun 2017 dan melihat ketaran video sekali-sekala di skrin di dalam garaj, yang membuat beliau tertanya-tanya mengenai kesesakan data yang menyebabkan masalah itu. Atas saranan beliau, kami telah menguji SD-WAN kami semasa perlumbaan Suzuka 2017 dan hasilnya sangat berjaya. Kami merekabentuk satu penyelesaian untuk musim 2018 yang McLaren kini akan menggunakannya di seluruh pasukan itu. Saya sangat gembira dengan kejayaan perkongsian teknologi kami."

Semasa satu ucap utama di Kongres Mudah Alih Sedunia pada Februari 2018, juara dunia F1 sebanyak dua kali, Fernando Alonso bercakap tentang kepentingan data yang semakin  meningkat untuk kedua-dua prestasi mesin dan pemandu: "Setiap kereta menyediakan lebih banyak data pada setiap saat daripada yang anda dapat bayangkan. Setiap pergerakan yang kami lakukan di dalam kereta, setiap input roda stereng, setiap input pendikit, setiap input tekanan brek dihantar dengan kadar segera dalam tepat masa kepada jurutera di garaj."

"Teknologi adalah satu bahagian yang penting bagi perlumbaan," kata Zak Brown, Pengarah Eksekutif di Kumpulan Teknologi McLaren. "SD-WAN adalah satu daripada beberapa keuntungan kecil yang kita lihat daripada perkongsian teknologi kami dengan NTT Communications. Oleh kerana SD-WAN menawarkan kami lebih banyak kawalan ke atas aliran data semasa detik-detik penting, ia memberi kami satu kelebihan. Saya juga berpendapat ia membuktikan kesediaan Rakan Teknologi kami untuk menyampaikan, untuk membawa kepakaran mereka kepada kumpulan, dengan matlamat utama untuk memacukan pasukan dengan lebih cepat."

Untuk maklumat lanjut mengenai SD-WAN NTT Communications, atau untuk menghubungi kami: ntt-sdwan.com

Lampiran 1. Infrastruktur ICT Selamat
Lampiran 2. Jadual Perlumbaan untuk Musim 2018

Maklumat mengenai PASUKAN Formula 1 McLaren

Pemandu perlumbaan New Zealand Bruce McLaren mengasaskan pasukan perlumbaan McLaren pada tahun 1963. Sejak tahun 1966, ketika ia menyertai perlumbaan Formula 1 mereka yang pertama, McLaren telah memenangi 20 kejohanan dunia dan lebih daripada 180 grand prix. Ia juga telah memenangi Le Mans 24 Jam dan Indy 500 dua perlumbaan terbesar di dunia.

Sejak peringkat awal lagi, Kumpulan Teknologi McLaren telah berkembang untuk menjadi satu daripada pesaing yang paling berjaya di dalam sukan antarabangsa, menjadi sebuah pengeluar automotif yang terkenal di dunia, dan mendapat pengiktirafan sebagai satu daripada jenama berteknologi tinggi yang paling terkenal di dunia.

Pasukan McLaren menyertai kempen Kejohanan Dunia Formula 1 FIA 2018 dengan juara dunia dua kali, Fernando Alonso dan Stoffel Vandoorne.
Mereka memandu McLaren-Renault MCL33.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180321006314/en/
 
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
Kumpulan Teknologi McLaren
Encik Tim Bampton
Pengarah Perhubungan Kumpulan
tim.bampton@mclaren.com
atau
NTT Communications Corporation
Encik Ryu Kanishima
Pembangunan Teknologi
sd-wan@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.