ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PENERIMA UNTUK ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-12 DIPUTUSKAN

Wednesday 21/03/2018



Satu daripada Festival Terbesar untuk Hasil Kerja Kreatif Pelajar di Asia!

OSAKA, Jepun, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mandom Corporation (Ibu Pejabat: Osaka) (TOKYO: 4917) mengadakan penghakiman terakhir untuk ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 pada Sabtu, 10 Mac, di Shibuya, Tokyo. Anugerah-anugerah ini adalah di antara yang terbesar untuk menyokong hasil kerja kreatif pelajar di Asia.
Sejumlah 2,333 projek telah dikemukakan daripada pelajar di dua belas buah negara dan wilayah di seluruh Asia. Ketika finalis dalam setiap kategori berkumpul, mereka menawarkan rangsangan kreatif di antara satu sama lain, dan ketika pertukaran di antara mereka semakin mendalam, panel pakar hakim-hakim di dalam setiap bidang, termasuk Terry Ito di antara mereka, telah memilih pencipta pelajar nombor satu, dan juga mengambil kira undi penonton, daripada kalangan tujuh kategori yang ditaja.
Lihat laman web rasmi di https://award.gatsby.jp/12/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180320005759/en/
 
ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12
Disediakan oleh "GATSBY," sebuah jenama kosmetik lelaki dengan kehadiran yang mantap di seluruh Asia, ANUGERAH KREATIF GATSBY di peringkat permulaan bermula sebagai "Anugerah Pelajar CM GATSBY" pada tahun 2006 daripada keinginan syarikat itu untuk menyediakan sebuah forum bagi pelajar untuk menyatakan dan memaparkan bakat kreatif mereka. Kini dalam tahun kedua belas, acara itu melibatkan peserta dari dua belas buah negara dan rantau yang berbeza di Asia, menjadikannya yang terbesar dalam sejarahnya.

Pemenang dalam Setiap Kategori
KOMERSIAL: ISLAM LUTHFI SYAIFUL (Indonesia)
KESENIAN: LEUNG SZE YAN (Hong Kong)
TARIAN: Takumi Kuwahara (Jepun)
MUZIK: Ren Shimonagane (Jepun)
FESYEN: Aya Sato (Jepun)
TELEFON PINTAR: Hazumi Tsuchiya (Jepun)
GAYA RAMBUT: Ryo Matsuoka (Jepun)

Hakim-hakim
TERRY ITO: Pengarah, penerbit TV, pengkritik personaliti TV, penulis dan pelakon
TETSUYA CHIHARA: Ketua Pegawai Eksekutif, Lemonlife Co., Ltd.
CHARISMA KANTARO: Ketua Pegawai Eksekutif, ANOMALY Inc.
YUSUKE NAKAGAWA: Presiden, ASOBISYSTEM Co., Ltd.
SARA: Peragawati
YUKO SUGAMOTO, juga dikenali sebagai YUKOSU: Personaliti televisyen
TAKUMA MATSUMOTO: Pengurus, AKROS GRAND X
KAZUMA TADA: AKROS, Pendandan rambut di Kedai Omotesando
FUMIYA YOSHINOUCHI: Editor Kanan di FASHIONSNAP
SHINJI MIURA: Ketua Editor di MEDIA FESYEN RAMBUT LELAKI, CHOKi CHOKi

Ulasan daripada Terry Ito
Saya sangat teruja dan gembira untuk mengambil bahagian di dalam ANUGERAH KREATIF GATSBY. Sukan Olimpik akan datang ke Tokyo pada tahun 2020. Sukan Olimpik Tokyo itu adalah satu produk kreatif oleh generasi yang lebih tua, tetapi giliran anda untuk bersinar akan datang dari tahun 2021. Lakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memimpin jalan ke Tokyo, Jepun, dan bagi semua orang di dunia.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180320005759/en/

Hubungi

Mandom Corporation
Koshiro Omoda, +81-6-6767-5013
Ibu Pejabat GB Marketing
Bahagian Strategi Perhubungan
omoda-k@mandom.co.jp

Sumber : Mandom Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.