ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI, CHIKUNGUNYA DAN ZIKA DI MALAYSIA

Tuesday 20/03/2018



(Bagi Minggu 10/2018 dari 4 hingga 10 Mac 2018)


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ke-10 tahun 2018 mendapati jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan sehingga 10 Mac 2018, ialah sebanyak 11,496 kes yang dilaporkan berbanding 18,318 kes bagi tempoh yang sama tahun 2017, iaitu penurunan sebanyak 6,822 kes (37.2%). Bagi tempoh yang sama, jumlah keseluruhan kematian Demam Denggi di Malaysia juga telah menurun sebanyak 19 kematian (42.2%) di mana 26 kematian telah dilaporkan pada tahun ini berbanding 45 kematian dilaporkan pada tahun 2017.

Pada minggu ke-10 tahun 2018 iaitu dari 4 hingga 10 Mac 2018, sejumlah 1,153 kes Demam Denggi dengan dua (2) kematian telah dilaporkan, menurun sebanyak 118 kes (9.3%) berbanding 1,271 kes pada minggu sebelumnya. Namun begitu, terdapat empat (4) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Sarawak 9 kes (100%), Kelantan 8 kes (57.1%), Kedah 6 kes (25%), dan Perlis 1 kes (50%).

Sejumlah 381 lokaliti wabak Demam Denggi yang masih aktif pada minggu ke-10. Pada minggu tersebut juga, terdapat 49 lokaliti hotspot semasa yang dilaporkan melibatkan empat (4) buah negeri iaitu 41 lokaliti di Selangor, empat (4) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di Pulau Pinang dan satu (1) lokaliti di Johor.

KKM turut menerima tiga (3) kes Chikungunya iaitu dari daerah Kota Bharu, Kelantan. Jumlah kumulatif kes Chikungunya bermula dari Januari hingga 10 Mac 2018 adalah sebanyak 40 kes iaitu 34 kes dari Kelantan, dua (2) kes dari Kedah dan masing-masing satu (1) kes dari Sabah, Perlis, Selangor dan Sarawak. Bagi pemantauan penyakit Zika di Malaysia, tiada kes dilaporkan di negara ini sejak Januari 2017. Pemantauan sistem survelan virus Zika dari 1 Januari sehingga 10 Mac 2018 oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mendapati keputusan ujian bagi 376 sampel darah di kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus Zika adalah negatif.

Sempena cuti sekolah pertengahan penggal 1 pada bulan Mac ini, orang ramai dijangka akan pulang ke kampung atau mengunjungi kawasan pelancongan di dalam mahu pun luar negara. Oleh itu, mereka disaran agar memastikan tiada bekas atau tempat yang berpotensi pembiakan Aedes ditinggalkan di rumah mereka agar jangkitan Demam Denggi dapat dicegah. Jika terdapat takungan air yang besar dan kekal seperti tangki air atau kolah mandi, sila masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate). Selain itu juga, setiap individu disarankan untuk menggunakan bahan penghalau nyamuk (repellen) kepada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk.

Tiada Aedes, Tiada Denggi, Chikungunya dan Zika.

Sila rujuk di sini untuk ​Lampiran A dan Lampiran B.


DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.