ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENGELUARKAN BARISAN PUSAT DATA SSD YANG DIPERTINGKATKAN DENGAN 64 LAPISAN INGATAN KILAT

Tuesday 20/03/2018



TOKYO, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan barisan terkini mereka bagi pemacu keadaan pepejal (SSD) NVM Express™ (NVMe™) dan pusat data SATA dalam pelbagai faktor bentuk. SSD baharu itu menawarkan kepada pusat-pusat data awan dengan prestasi dan kebolehpercayaan yang mantap, dan menyampaikan kuasa pengendalian yang lebih rendah untuk aplikasi bacaan intensif seperti pangkalan data NoSQL, analisis data besar dan penstriman media. Mereka akan menyokong pengurus-pengurus infrastruktur di dalam menangani prestasi dan memenuhi permintaan beban kerja yang konsisten di dalam data.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180319006383/en/

Sampel bagi Siri CD5 dan Siri XD5 bagi SSD NVMe™ dan Siri SSD SATA bagi HK6-DC akan tersedia kepada pelanggan yang terhad pada suku kalendar kedua bagi tahun 2018.

SSD baharu itu menggunakan ingatan kilat 64 lapisan 3 bit bagi setiap sel (sel tiga peringkat) BiCS FLASH™ 3D keluaran Toshiba Memory Corporation. Dengan digabungkan bersama alat kawalan yang direka dan dibangunkan secara dalaman, SSD baharu itu memberikan kualiti, kebolehpercayaan, dan sokongan pelanggan yang menyeluruh.

Kedua-dua SSD PCIe® NVMe itu direka untuk menampung profil beban kerja pelbagai data pusat. Siri CD5 itu menyokong kapasiti yang mencakupi dari 960GB[1] hingga 7.68TB dalam sebuah faktor bentuk 2.5 inci, dan menyampaikan sehingga 500,000 IOPS[2] bacaan rawak, sehingga 35,000 IOPS menulis rawak, sehingga 3,140MB/s[3] bacaan berurutan, dan sehingga 1,980MB prestasi menulis berurutan dalam sebuah sampul kuasa 9-14W. Siri XD5 itu adalah satu jejak kecil SSD faktor bentuk M.2 22110 yang menyokong kapasiti sehingga 3.84TB dan menyampaikan sehingga 2,600 MB bacaan berurutan dan sehingga 890MB prestasi menulis berurutan dalam sebuah sampul kuasa 7W. Kesemua ketiga-tiga siri itu dioptimumkan untuk pendaman rendah dan ketekalan prestasi dalam beban kerja bacaan intensif, untuk Projek Mengira Terbuka (OCP) dan aplikasi berskala hiper/awan.

Siri HK6-DC itu adalah sebuah SSD SATA 6Gb dan boleh didapati dalam kapasiti 960GB, 1.92TB dan 3.84TB. Ia menyampaikan prestasi sehingga 85,000IOPS bacaan rawak dan 16,000IOPS menulis rawak, dan sehingga 550 MB bacaan berurutan dan 500 MB menulis berurutan.

SSD pusat data baharu itu juga mempunyai ciri-ciri perlindungan kehilangan kuasa dan sokongan padam kriptografi (SIE) [4] untuk pemadaman data yang selamat[5].

Toshiba Memory Corporation akan terus menyumbang kepada pasaran pusat data yang berkembang dengan menyediakan penyelesaian storan terkemuka dalam industri dengan menggunakan teknologi kilat yang serba canggih.

* NVMe dan NVM Express adalah tanda dagangan bagi NVM Express, Inc.
* PCIe adalah sebuah tanda dagangan berdaftar milik PCI-SIG.
*Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan bagi syarikat mereka masing-masing.

Nota
[1] Definisi bagi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi bagi 1GB = 230 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 240 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
[2] IOPS: Input Output bagi Setiap Saat (atau jumlah bagi operasi I/O untuk setiap saat)
[3] Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[4] Sanitasi Padam Segera (SIE) adalah berguna untuk mengurangkan masa dan kos semasa sistem menyesuaikan diri untuk digunakan dalam tujuan yang berbeza dan pelupusan. SIE adalah serasi dengan Set Ciri Peranti Sanitasi, piawaian yang ditetapkan oleh jawatankuasa T10 (SAS) dan T13 (SATA) bagi Persatuan Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI), yang memungkinkan untuk mentaksahkan data yang direkodkan pada cakera magnet dalam sekelip mata.
[5] Siri CD5 menyokong fungsi keselamatan SIE, SED dan FIPS sebagai pilihan. Siri XD5 (model 3.84TB sahaja) dan Siri HK6-DC menyokong fungsi keselamatan SIE. Pemacu Penyulitan Sendiri (SED) menyokong algoritma kriptografi AES 256 bit sebagai satu daripada langkah untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data dalam kes kecurian sistem atau pelupusan aset sistem. Model yang disahkan oleh FIPS menyokong algoritma kriptografi AES 256 bit. Ia direka untuk piawaian TCG (Trusted Computing Group), dan telah mencapai pengesahan kepada Standard Pemprosesan Maklumat Persekutuan Amerika Syarikat 140-2 (FIPS 140-2).

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Jualan & Pemasaran SSD
Tel: +81-3-3457-3432
https://www.toshiba-memory.co.jp/en/contact/index.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180319006383/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Memory Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.