ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DOKUMENTARI BAHARU MENINGKATKAN KESEDARAN KRISIS AIR GLOBAL KETIKA 844 JUTA ORANG MASIH TIDAK MENDAPAT AKSES KEPADA AIR MINUMAN BERSIH

Tuesday 20/03/2018



P&G dan Dokumentari National Geographic Memaparkan Bagaimana Kehidupan Berubah dengan Air Bersih

Kebanyakan rakyat Amerika memandang rendah impak daripada krisis air global demikian menurut penyelidikan baharu

CINCINNATI, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Program Air Minuman Bersih Kanak-kanak (CSDW) yang tidak mencari keuntungan oleh Procter & Gamble (P&G) dan National Geographic sedang berusaha meningkatkan kesedaran tentang krisis air global dengan penghasilan satu dokumentari baharu dan tinjauan kebangsaan bersempena dengan Hari Air Sedunia. Dokumentari itu, yang bertajuk “Kuasa Air Bersih,” menyusuli kehidupan tiga orang wanita dan keluarga mereka, memberikan perspektif secara langsung mengenai cabaran harian untuk mengakses air minuman yang bersih. Ketika filem itu ditayangkan, penonton dapat menyaksikan bagaimana paket Penulen Air P&G, yang diedarkan oleh rakan kongsi ChildFund di Indonesia, CARE International di Kenya dan World Vision di Mexico, telah membantu mengubah masyarakat ini.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180319005689/en/


Kesedaran global terhadap krisis air semakin meningkat, tetapi di Amerika Syarikat, ramai yang masih tidak menyedari betapa ramai orang yang bergelut dengan realiti harian yakni tidak mempunyai akses kepada air bersih, sesuatu yang ingin diterokai oleh P&G dengan memberikan kuasa untuk menjalankan satu tinjauan baharu yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan dokumentari itu. Penemuan tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna bimbang tentang keselamatan air minuman mereka, tetapi tidak tahu bahawa kira-kira 1 dalam 10 orang di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada air minuman yang bersih. Di samping itu, satu dalam empat memandang remeh jumlah orang yang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit bawaan air.

Penemuan tinjauan selanjutnya menonjolkan bahawa rakyat Amerika sebahagian besarnya tidak menyedari tentang kemajuan yang telah dicapai setakat ini untuk menangani krisis air global. Hampir 70 peratus daripada responden percaya bahawa krisis itu telah kekal sama atau menjadi semakin buruk, dengan hampir satu daripada empat mengatakan bahawa masalah itu telah menjadi lebih teruk. Pada hakikatnya, usaha dunia untuk menyelesaikan krisis itu sedang berjalan. Sebanyak 2.6 bilion orang telah mendapat akses kepada air bersih dalam tempoh 25 tahun yang lalu tetapi masih terdapat 844 juta orang yang belum dicapai.

Ketua Pegawai Jenama P&G, Marc Pritchard, berkongsi hasil tinjauan itu hari ini sebelum penayangan pertama "Kuasa Air Bersih" pada 21 Mac. "Di beberapa tempat di dunia, kita membuat anggapan mengenai ketersediaan kemudahan air bersih. Penduduk di negara-negara seperti Mexico, Indonesia dan Kenya berjuang bagi mencari air bersih untuk diminum. Dan tanpa air minuman yang bersih, ia adalah lebih sukar untuk memastikan anak-anak mereka sihat, membolehkan mereka mendapatkan pendidikan dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka," kata Pritchard. "Matlamat kami, dengan kerjasama National Geographic, adalah untuk berkongsi kisah-kisah ini tentang kuasa air bersih dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat perubahan dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian itu."

"Di National Geographic, kami percaya bahawa penceritaan yang hebat dapat mencetuskan rasa ingin tahu, membantu menyelesaikan masalah besar, dan memperluaskan sempadan mengenai apa yang kita sudah ketahui," kata Jill Cress, ketua pegawai pemasaran di National Geographic Partners. "Dokumentari ini mencerminkan kisah-kisah yang sangat nyata dan berkuasa di kalangan manusia yang hidup mereka terimpak oleh program-program yang menyediakan akses kepada air minuman yang bersih, dan kami sangat berbangga untuk menyertai P&G untuk terus memupuk kesedaran mengenai masalah yang dihadapi ini dan menjangkau kepada orang lain yang memerlukan."

Program CSDW oleh P&G itu, yang dimulakan pada tahun 2004, berfungsi dengan lebih dari 150 rakan dan organisasi untuk menyediakan teknologi penulenan air kepada masyarakat yang tidak mendapat air minuman yang bersih. Sehingga kini, Program CSDW telah menyampaikan lebih daripada 13 bilion liter air bersih kepada mereka yang paling memerlukannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program CSDW P&G, sila layari www.csdw.org. Untuk melihat kesemua sorotan video bagi dokumentari itu, sila layari senarai audio video ini. Dokumentari penuh itu akan tersedia di laman web ini pada 22 Mac.

Untuk melihat maklumat grafik dengan data tinjauan, sila klik di sini.

Kajian yang dirujuk di dalam siaran akhbar ini telah dijalankan secara dalam talian oleh Research & Data Insights (RDI) dengan 1,000 pengguna Amerika Syarikat yang berusia lebih 18 tahun dari 1 hingga 3 Februari, 2018.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com  untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai National Geographic Partners

National Geographic Partners LLC (NGP), satu usahasama di antara National Geographic dan 21st Century Fox, adalah komited untuk membawa kandungan sains, pengembaraan dan penerokaan premium dunia merentasi satu portfolio aset media yang tidak ada tandingannya. NGP menggabungkan saluran televisyen National Geographic global (National Geographic Channel, Nat Geo WILD, Nat Geo MUNDO, Nat Geo PEOPLE) dengan media dan aset yang berorientasikan pengguna milik National Geographic, termasuk majalah National Geographic; studio National Geographic; platform media digital dan sosial yang berkaitan; buku; peta; media kanak-kanak; dan aktiviti sampingan yang termasuk perjalanan, pengalaman dan peristiwa global, penjualan arkib, pelesenan dan perniagaan e-dagang. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai dunia kita telah menjadi tujuan utama bagi National Geographic selama 130 tahun, dan kini kita komited untuk terus mendalami, memperluaskan sempadan, pergi lebih jauh untuk pengguna kami ... dan menjangkau kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia di 172 buah negara dan 43 bahasa setiap bulan seperti yang kita lakukan. NGP mengembalikan 27 peratus daripada hasil kami kepada National Geographic Society yang tidak mencari keuntungan untuk membiayai usaha dalam bidang sains, penerokaan, pemuliharaan dan pendidikan. Untuk maklumat lanjut sila layari natgeotv.com atau nationalgeographic.com, atau cari kami di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, LinkedIn dan Pinterest.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180319005689/en/

Hubungi
Hubungan Media P&G:
Julie deSylva, 513-780-0006
desylva.j@pg.com
atau
National Geographic Partners LLC
Courtney Rowe, 202-919-2810
Courtney.rowe@natgeo.com

Sumber : Procter & Gamble

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.