|
|
|
|
|
|
FASILITI KESIHATAN DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR
Monday 19/03/2018
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Media sosial baru-baru ini telah ditularkan dengan kenyataan tidak benar berkenaan kekurangan fasiliti kesihatan di daerah Kulai Jaya di negeri Johor. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menafikan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa Kementerian ini sentiasa komited memastikan setiap rakyat di negara ini menerima perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti.
Buat masa ini, dalam daerah Kulai Jaya telah wujud fasiliti-fasiliti Kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Antara fasiliti-fasiliti berkenaan adalah seperti berikut : 1 Hospital Daerah 1 | Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim | Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, 81000 Kulai | Kulai Jaya | Johor |
11 Klinik Desa dan 2 Klinik Kesihatan 1 | Klinik Desa Air Bemban | Batu 25 Jalan Air Hitam | Kulai Jaya | Johor | 2 | Klinik Desa Felda Bukit Permai | Jalan Sekolah Kulai | Kulai Jaya | Johor | 3 | Klinik Desa Felda Bukit Batu | Jalan Klinik, Kulai | Kulai Jaya | Johor | 4 | Klinik Desa Felda Inas | Jalan Titiwangsa Kulai | Kulai Jaya | Johor | 5 | Klinik Desa Kampung Bahagia | Jalan Mawar Kg Bahagia | Kulai Jaya | Johor | 6 | Klinik Desa Kampung Bukit Batu | Batu 28 Jalan Air Hitam | Kulai Jaya | Johor | 7 | Klinik Desa Kelapa Sawit | Jalan Kelapa Sawit | Kulai Jaya | Johor | 8 | Klinik Desa Saleng | Batu 17 Jalan Air Hitam | Kulai Jaya | Johor | 9 | Klinik Desa Sedenak | Btu 24 Lorong 4 | Kulai Jaya | Johor | 10 | Klinik Desa Senai | Batu 13 Jalan Air Hitam | Kulai Jaya | Johor | 11 | Klinik Desa Ulu Choh | Kg Ulu Choh | Kulai Jaya | Johor | 12 | Klinik Kesihatan Kulai | Jalan Pejabat Kerajaan, Kulai, Kulaijaya | Kulai Jaya | Johor | 13 | Klinik Kesihatan Kulai Besar | Batu 19 Jalan Air Hitam, Kulaijaya | Kulai Jaya | Johor |
5 Klinik 1Malaysia 1 | Klinik 1Malaysia Taman Manis | No. 392, Jalan Manis 17, Taman Manis Kelapa Sawit | Kulai Jaya | Johor | 2 | Klinik 1Malaysia Taman Putri | 2635-S, Jalan Sri Puteri 8/2, Taman Putri | Kulai Jaya | Johor | 3 | Klinik 1Malaysia RTC Kulai Jaya | | Kulai Jaya | Johor | 4 | Klinik 1Malaysia Taman Saleng Indah | | Kulai Jaya | Johor | 5 | Klinik 1Malaysia Bandar Putra | | Kulai Jaya | Johor | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di negara ini termasuk mempertimbangkan pembinaan fasiliti kesihatan yang baharu bergantung kepada keperluan perkhidmatan tambahan yang diperlukan serta jumlah pesakit yang hadir pada fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025 Emel : n.suzaman@moh.gov.my
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|