ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  ​SEKIRANYA ANDA SEBELUM INI TELAH MEMBELI ATAU SEBALIKNYA MEMPEROLEH SEKURITI PETROBRAS YANG TERTENTU, ANDA BOLEH MENDAPATKAN BAYARAN TUNAI DARIPADA SATU PENYELESAIAN TINDAKAN KELAS

Monday 19/03/2018



NEW YORK, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kenyataan berikut telah dikeluarkan oleh Pomerantz LLP berhubung Preposisi Litigasi Sekuriti Petrobras.

Notis Perundangan Penting daripada Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York

Dua penyelesaian yang dicadangkan telah dicapai dalam satu tuntutan mahkamah tindakan kelas sekuriti yang dibawa oleh pelabur-pelabur terhadap Petróleo Brasileiro S.A. ("Petrobras") dan beberapa ahli gabungannya, penaja jamin, juruaudit luar, dan pengarah dan pegawai semasa dan bekas pengarah dan pegawai. Penyelesaian itu termasuk sekuriti tertentu yang dikeluarkan oleh Petrobras. Petrobras, Defendan Penaja Jamin, dan PricewaterhouseCoopers Auditores Independentes ("PwC Brazil") menafikan sebarang dan kesemua dakwaan salah laku, dan Mahkamah Daerah berkenaan tidak memutuskan pihak mana yang betul.

Sekiranya anda memohon pengecualian sebagai tindak balas kepada notis tindakan kelas yang belum diputuskan yang telah dihantar sebelum ini yang bertarikh 9 Mei 2016, anda telah dimasukkan ke dalam Penyelesaian ini, dan anda harus meminta pengecualian sekali lagi jika anda tidak mahu dimasukkan ke dalam Kelas Penyelesaian itu.

Adakah saya termasuk di dalam Penyelesaian yang dicadangkan itu? Anda adalah digalakkan untuk melayari laman web www.PetrobrasSecuritiesLitigation.com untuk melihat sama ada anda termasuk di dalam Kelas Penyelesaian itu. Kelas Penyelesaian itu termasuk semua Orang yang:

(a) dalam tempoh masa di antara 22 Januari, 2010 dan 28 Julai, 2015, termasuk ("Tempoh Kelas" itu), membeli atau sebaliknya memperolehi Sekuriti Petrobras, termasuk sekuriti hutang yang dikeluarkan oleh PifCo dan/ atau PGF, di Bursa Saham New York atau selaras dengan Urus Niaga yang Dilindungi yang lain; dan/ atau

(b) sekuriti hutang yang dibeli atau sebaliknya yang diperolehi oleh Petrobras, PifCo, dan/ atau PGF, di dalam Urus Niaga yang Dilindungi, secara langsung, tertakluk dan/ atau dapat dikesan pada satu tawaran awam pada 13 Mei, 2013 yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan/ atau satu tawaran awam pada 10 Mac, 2014 yang didaftarkan di Amerika Syarikat sebelum Petrobras membolehkannya diperolehi secara umum kepada pemegang sekuriti mereka satu penyata pendapatan yang meliputi satu tempoh sekurang-kurangnya dua belas bulan bermula selepas tarikh berkuat kuasa penawaran itu (11 Ogos, 2014 dalam kes bagi tawaran awam pada 13 Mei, 2013 dan 15 Mei, 2015 dalam kes bagi tawaran awam pada 10 Mac, 2014).

Untuk tujuan Penyelesaian itu, "Urus Niaga yang Dilindungi" bermaksud sebarang urus niaga yang memenuhi mana-mana kriteria berikut:

(i) sebarang urus niaga di dalam sesuatu Sekuriti Petrobras yang disenaraikan untuk dagangan di Bursa Saham New York ("NYSE");

(ii) sebarang urus niaga di dalam sesuatu Sekuriti Petrobras yang dijelaskan atau diselesaikan menerusi sistem kemasukan buku Syarikat Amanah Depositori; atau

(iii) sebarang urus niaga di dalam sesuatu Sekuriti Petrobras yang mana undang-undang sekuriti Amerika Syarikat diguna pakai, termasuk sebagaimana yang boleh digunakan menurut keputusan Mahkamah Agung dalam Morrison v. National Australia Bank, 561 A.S. 247 (2010).

Takrif lengkap bagi Kelas Penyelesaian itu, serta senarai penuh bagi Sekuriti Petrobras yang layak untuk memenuhi kriteria (i), (ii), dan (iii) boleh didapati di: www.PetrobrasSecuritiesLitigation.com.

Apa yang disediakan oleh Penyelesaian itu? Petrobras, Defendan Penaja Jamin, dan PwC Brazil telah bersetuju kepada Penyelesaian dengan satu nilai gabungan sebanyak AS$3 bilion (AS$3,000,000,000.00). Penyelesaian yang dicadangkan itu dapat menyediakan bagi satu pembayaran tunai yang bergantung pada: mana-mana sekuriti yang Anda beli atau perolehi; bilangan sekuriti yang layak yang anda beli atau perolehi; dan apabila anda membeli atau memperolehi sekuriti yang layak.

Bagaimana boleh saya mendapatkan Bayaran? Anda harus mengemukakan satu Bukti Tuntutan untuk menerima pembayaran yang telah dicap pos atau dikemukakan selewat-lewatnya pada 9 Jun 2018. Layari laman web itu dan kemukakan satu Bukti Tuntutan secara dalam talian, atau muat turun fail berkenaan dan mengemukakannya melalui mel.

Apakah pilihan saya yang lain? Jika anda tidak mahu terikat di sisi undang-undang oleh Penyelesaian itu, anda mesti mengecualikan diri anda dengan mengemukakan satu Permohonan bertulis bagi Borang Pengecualian agar ia dapat diterima selewat-lewatnya pada 27 April 2018. Jika anda tidak mengecualikan diri anda, anda akan melepaskan sebarang tuntutan yang anda mungkin ada terhadap Petrobras, Defendan Penjamin Jamin, dan PwC Brazil dan beberapa Pihak lain yang Dilepaskan. Anda boleh membantah kepada Penyelesaian itu dengan mengemukakan satu bantahan bertulis agar ia diterima tidak lewat daripada 11 Mei 2018. Anda tidak boleh mengecualikan diri anda daripada, dan membantah kepada, Penyelesaian itu. Notis yang lebih panjang boleh diperolehi di laman web tersebut yang disenaraikan di bawah yang menerangkan bagaimana untuk mengecualikan diri anda atau mengemukakan bantahan. Mahkamah akan mengadakan satu Pendengaran Penyelesaian pada 4 Jun, 2018 untuk mempertimbangkan sama ada untuk akhirnya meluluskan Penyelesaian itu dan memohon untuk bayaran peguam hingga 9.5% daripada jumlah Amaun Penyelesaian, iaitu $285,000,000.00, dan satu pemberian pampasan hingga $400,000 untuk Wakil Kelas. Anda boleh hadir pada Pendengaran Penyelesaian itu, sama ada secara sendiri atau melalui peguam yang diupah oleh anda, tetapi anda sebenarnya tidak perlu berbuat demikian. Untuk maklumat lanjut, termasuk pelepasan, kelayakan, dan pelepasan tuntutan, sila hubungi nombor atau layari laman web di bawah.

1-855-907-3218
www.PetrobrasSecuritiesLitigation.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51773588&lang=en

Hubungi

Pomerantz LLP
Jeremy A. Lieberman, Esq., 212-661-1100

Sumber : Pomerantz LLP

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.