ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  RFA MENAMAKAN RICHARD MUCKLE SEBAGAI KETUA PEMBANGUNAN KLIEN UNTUK IBU PEJABAT EMEA

Friday 16/03/2018



LONDON, 16 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- RFA (Richard Fleischman & Associates), penyedia perkhidmatan IT terurus generasi mendatang untuk industri kewangan, baru-baru ini menamakan Richard Muckle sebagai Ketua Pembangunan Klien RFA untuk Ibu Pejabat EMEAnya.

Dalam peranannya, Richard akan mengurus dan membimbing pasaran Eropah RFA seiring dengan kumpulan EMEA RFA yang berkembang. Richard akan menasihati dan menyediakan sokongan pada klien untuk memastikan mereka dapat melaksanakan visi mereka dan merealisasikan hasil yang dijangka.

“Richard merupakan profesional handalan dengan pengalaman yang luas dalam pasaran ini – beliau tahu sentuhan yang betul untuk pelanggan kami dan cara terbaik untuk membantu mereka mengukuhkan organisasi dan membantu mereka menskala ketika mereka berkembang,” kata Pengarah Urusan EMEA RFA, George Ralph.

Richard mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam sektor kewangan yang meliputi UK, Eropah, Asia, New York dan Kepulauan Cayman. Sebelum peranan ini, Richard merupakan COO global untuk pejabat keluarga yang meliputi London, Luxembourg dan New York dengan AUM yang melebihi 1 bilion EUR. Richard juga telah menyandang pelbagai jawatan aras-C sejak 17 tahun yang lalu yang majoritinya merupakan dana permulaan serta turut bekerja dalam ruang teknologi kewangan sebagai penasihat.

Richard telah bekerja dalam sektor perbankan pelaburan sebagai penganalisis kanan dalam kumpulan pembrokeran utama Pendapatan Tetap/terbitan di Lehman Brothers serta menjalankan pejabat pertengahan terbitan eksotik di Greenwich NatWest. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja dalam pentadbiran dana lindung nilai dan perundingan perniagaan untuk pengurus aset.

Perihal RFA (Richard Fleischman & Associates)

RFA merupakan rakan kongsi teknologi yang dipercayai oleh lebih daripada 600 klien secara global selama hampir 30 tahun. Menawarkan penyelesaian teknologi lengkap dengan operasi pusat data global, RFA memenuhi keperluan IT dan Teknologi merentasi keseluruhan sektor kewangan. RFA mempunyai kepakaran untuk memenuhi keperluan khusus industri klien kami dengan model perkhidmatan pelanggan yang telah terbukti, sama ada ia penyelesaian atas tapak atau berasakan awan, telefoni, sistem data, IT terurus sepenuhnya atau penguruan projek. RFA beribu pejabat di New York City dengan operasi di Westchester, Connecticut, New Jersey, Massachusetts, California dan Ibu Pejabat EMEA di London.

Hubungan: 
Thuy Huynh
Pemasaran
thuynh@rfa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/70e257bc-7162-424a-a9da-c8f7c34f6cb6 

SUMBER : RFA

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.