ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SUITE PENYELESAIAN BERSEPADU ETHOCA BERTUJUAN UNTUK MEMBASMI 90% DARIPADA CAJ BALIK MELALUI KERJASAMA INDUSTRI YANG TERBUKTI

Friday 16/03/2018



Diterajui oleh penyelesaian Eliminator yang berinovatif, suite itu menyediakan sebuah pertahanan tiga lapisan dari penipuan tulen, penipuan mesra dan pertikaian pelanggan, dan pada masa yang sama mencipta suatu pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan

TORONTO & AUSTIN, Texas & LONDON, 16 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ethoca, standard industri untuk penyelesaian teknologi yang berasaskan kerjasama yang membolehkan pengeluar kad dan peniaga dalam talian untuk meningkatkan penerimaan kad dan menghentikan penipuan dan pertikaian e-dagang, hari ini mengumumkan pelancaran Suite Penyelesaian Bersepadu mereka yang baharu. Apabila diterima pakai secara menyeluruh merentasi industri itu, suite produk Ethoca – yang termasuk Eliminator Ethoca, Amaran Ethoca dan Perwakilan Dipertingkatkan – boleh mengurangkan sehingga 90% bagi caj balik daripada penipuan tulen, penipuan mesra (atau pihak pertama) dan tuntutan palsu. Apa yang lebih penting, ia menetapkan tahap bagi peningkatan dalam penerimaan kad merentasi keseluruhan ekosistem.

Ekosistem e-dagang pada hari ini berdepan dengan pelbagai isu yang meningkatkan pergeseran di dalam proses pembelian dan mewujudkan suatu pengalaman negatif bagi pelanggan. Dengan penipuan mesra (sama ada tidak bersalah atau seteru) dan tuntutan palsu kini mencapai 90% daripada kesemua volum penipuan di dalam sektor seperti barangan digital, pengeluar kad, peniaga dan pelanggan kini menghadapi suatu pertikaian perselisihan ke bawah yang mempunyai kesan yang signifikan terhadap penerimaan kad. Anggaran industri mencadangkan bahawa ‘penurunan palsu’ –  apabila pelanggan yang baik ditolak secara salah disebabkan oleh risiko penipuan – semakin terus meningkat: bagi setiap $1 dalam penipuan yang disahkan, $13 dalam urus niaga yang sah ditolak secara salah. Pelanggan yang mengalami satu penolakan secara salah akan memilih untuk meninggalkan pembelian di laman-laman web e-dagang yang dipercayai, menarik keluar satu kad pembayaran yang berbeza atau, dalam 39% kes, berpotensi meninggalkan sama sekali pembelian itu.1

Suite penyelesaian baharu Ethoca kini menyelesaikan masalah pergeseran e-dagang dan pengalaman pelanggan melalui tiga baris pertahanan. Barisan pertahanan yang pertama ialah Eliminator Ethoca, satu penyelesaian baharu yang berinovatif yang membolehkan pengeluar kad untuk memasuki ke dalam perisikan saudagar (butiran pembelian, alamat IP, butiran akaun, dan lain-lain) pada detik pertama seseorang pemegang kad klik pada satu urus niaga di dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka atau menelefon bank mereka untuk bertanyakan sesuatu urus niaga. Proses yang unik ini membolehkan pemegang kad untuk mengenali dengan lebih baik urus niaga mereka sendiri, tanpa mengira sama ada hasrat untuk mempertikaikan adalah tidak bermaksud apa-apa atau berniat jahat.

Dengan pertikaian kini terpesong dalam hampir tepat masa, pemegang kad dapat mengelak daripada terpaksa membatalkan pembayaran kad tanpa perlu apabila urus niaga yang baik dilaporkan secara tidak sengaja sebagai penipuan. Peniaga mendapat manfaat dengan mengelakkan sebarang caj balik yang akan berlaku dan mengekalkan hasil daripada urus niaga itu, sementara pengeluar kad mewujudkan satu pengalaman tanpa pergeseran bagi pemegang kad dan mengelakkan kos operasi yang tinggi yang dikaitkan dengan pertikaian pemprosesan. Dalam program perintis dengan lima pengeluar kad Amerika Syarikat yang utama dan peniaga barangan digital utama, Eliminator berjaya memesongkan 38% daripada pertikaian yang jika tidak akan menjadi caj balik yang berbahaya. Lebih daripada 15 pengeluar kad utama di seluruh dunia dan beberapa jenama barangan digital terkemuka di dunia telah komited kepada pelaksanaan Eliminator sepanjang tahun 2018.

Barisan pertahanan yang kedua dalam suite Ethoca adalah Amaran Ethoca – produk perdana syarikat itu yang diperkenalkan pada tahun 2010. Jika semasa proses Eliminator itu seseorang pemegang kad masih bertegas untuk mempertikaikan urus niaga berkenaan, pengeluar kad yang mengambil bahagian di dalam rangkaian Ethoca akan menyediakan pengesahan bagi urus niaga palsu atau yang dipertikaikan itu kepada Ethoca. Ethoca menjadikan kecerdasan boleh dilakukan ini tersedia kepada lebih 5,400 peniaga yang mengambil bahagian di dalam rangkaian Ethoca melalui amaran tepat masa yang menyediakan satu peluang untuk menghentikan pencapaian hasrat bagi barang dan perkhidmatan dan membayar balik urus niaga itu bagi mengelakkan caj balik. Pengeluar kad yang menggunakan perkhidmatan itu meraih faedah dengan mengelakkan kos pemprosesan caj balik dan mendapatkan semula kerugian penipuan – termasuk hapus kira urus niaga 3D Selamat dan bernilai rendah –  dengan lebih cepat dan murah daripada sebelumnya.

Barisan pertahanan yang ketiga adalah Perwakilan Dipertingkatkan. Peniaga yang mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuktikan satu kes penipuan mesra atau mencabar pertikaian urus niaga yang lain sering memberi tumpuan kepada mendapatkan semula pendapatan yang jika tidak akan hilang melalui proses caj balik. Perwakilan Dipertingkatkan adalah satu penyelesaian berautomatik sepenuhnya yang memberi tumpuan kepada pertikaian caj balik yang bertanggungjawab berdasarkan kepada pemahaman mendalam Ethoca mengenai pemprosesan caj balik dan peraturan bukti yang menarik perhatian. Ia mengekalkan satu keseimbangan yang saksama merentasi ekosistem itu dengan membolehkan peniaga untuk melawan hanya caj balik yang disokong oleh bukti menarik perhatian yang betul dan tanpa mewujudkan kesengsaraan hiliran bagi pengeluar kad yang seringkali menerima kesan negatif oleh perilaku perwakilan yang  sembarangan.

"Kepercayaan Ethoca adalah satu pendekatan yang berlapis – yang dijanakan oleh rangkaian kerjasama global yang dipelopori oleh kami – adalah satu-satunya penyelesaian yang sebenar untuk memerangi pergeseran yang pervasif dan pengalaman pelanggan yang rendah yang lazim dalam persekitaran e-dagang pada hari ini," kata Keith Briscoe, Ketua Pegawai Pemasaran & Produk di Ethoca. "Mensasarkan untuk menghapuskan 90% caj balik dan pada masa yang sama meletakkan asas baharu bagi suatu pengalaman penerimaan urus niaga di mana tiada pelanggan yang baik diketepikan adalah misi kami pada masa ini. Suite penyelesaian baharu ini membawa kami satu langkah lebih dekat kepada visi kami: mewujudkan satu set landasan baharu untuk pertukaran pantas bagi urus niaga dan kecerdasan yang kaya yang direka untuk akhirnya membuat e-dagang tanpa pergeseran satu kenyataan."

Maklumat mengenai Ethoca

Ethoca adalah pembekal bertaraf global yang terkemuka bagi teknologi berasaskan kerjasama yang membolehkan pengeluar kad, saudagar e-dagang dan perniagaan dalam talian untuk meningkatkan penerimaan kad, menghentikan lebih banyak penipuan, mendapatkan semula  pendapatan yang hilang dan menghapuskan caj balik dari kedua-dua penipuan dan pertikaian perkhidmatan pelanggan. Melalui Rangkaian Ethoca itu – yang pertama dan satu-satunya seumpamanya di dalam industri itu – kami semakin merapatkan jurang maklumat di antara pengeluar kad dan peniaga. Keupayaan yang unik ini menjadikan pemahaman berhubung penipuan dan pertikaian pelanggan semakin dapat diperolehi dan boleh dilakukan dalam tepat masa.

Suite perkhidmatan kami menyampaikan peluang-peluang pertumbuhan pendapatan dan penjimatan kos yang signifikan kepada lebih daripada 5,400 peniaga di lebih 40 buah negara dan lebih daripada 585 pengeluar kad di lebih 20 buah negara. Lapan daripada 10 jenama e-dagang yang utama di Amerika Utara, 14 daripada 20 pengeluar kad yang utama di Amerika Utara dan enam daripada 10 pengeluar kad yang terkemuka di United Kingdom bergantung kepada penyelesaian Ethoca dan rangkaian itu yang memberikan kuasa kepada mereka.

1 Javelin – Pemberian Kuasa Pemprufan Kad Masa Depan, 2015.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20180315005438/en/

Hubungi

Media:
Ethoca
Keith Briscoe, +1-416-312-8105
Ketua Pegawai Pemasaran
keith.briscoe@ethoca.com

Sumber : Ethoca

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.