ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PASUKAN PERLUMBAAN DONGFENG MEMENANGI JUARA UTAMA PERLUMBAAN DI PELABUHAN DI AUCKLAND

Thursday 15/03/2018



AsiaNet 72697

AUCKLAND, New Zealand, 15 Mac, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Enam buah pasukan pada masa ini sedang berlabuh di Auckland. Pasukan China – Pasukan Perlumbaan Dongfeng telah memenangi Juara Utama bagi perlumbaan di pelabuhan di Auckland. Dengan lebih daripada separuh perlumbaan itu telah selesai, Pasukan Perlumbaan Dongfeng menduduki ranking kedua dalam jumlah kedudukan keseluruhan. Pertandingan itu kini menjadi semakin sengit. Pasukan-pasukan akan berlepas dari pelabuhan itu pada 18 Mac dan berlayar untuk menyertai pusingan ketujuh yang akan membawa mata berganda dari segi kedudukan.

Ketua kapal Charles Caudrelier berkata bahawa ia bukan mudah. Terdapat banyak perkara yang tidak dijangka semasa cuaca berangin pada pusingan pertama, namun Pasukan Perlumbaan Dongfeng sentiasa memberi tumpuan untuk mendahului semasa perlumbaan itu dan berusaha untuk mencari kelemahan mereka, mengatasi mereka lagi dan lagi dan meninggalkan pasukan lain di belakang.

Pasukan Perlumbaan Dongfeng adalah sebuah "pasukan gabungan", yang terdiri daripada ahli-ahli dari Perancis, New Zealand, Belanda, Australia, United Kingdom, China dan negara-negara lain. Krew dari pelbagai negara dan budaya terus belajar dari satu sama lain dan telah membangunkan kemahiran pengemudian sepanjang perlumbaan itu. Mereka juga bekerjasama untuk menghadapi keadaan cuaca yang paling buruk di planet ini dan menumpukan segala usaha mereka kepada setiap pusingan, menerima cabaran dan tekanan untuk mencapai prestasi.

Ketua kapal Charles, yang dianggap sebagai nadi bagi Pasukan Perlumbaan Dongfeng, memainkan satu peranan penting di dalam perlumbaan itu. Beliau bertanggungjawab ke atas lapan anak kapal yang lain di atas kapal. Di pantai, beliau perlu membantu Bruno Dubois, Pengurus Besar bagi Pasukan Perlumbaan Dongfeng, untuk menguruskan pasukan itu yang mempunyai sehingga 45 orang. Pasukan Perlumbaan Dongfeng sememangnya sebuah pasukan besar yang mengumpulkan bakat dari logistik, pemakanan, sukan psikologi, kemahiran pelayaran, analisis cuaca, pemasaran, dan perhubungan.

Dongfeng Motor Corporation dan Pasukan Perlumbaan Dongfeng kesemuanya bekerja keras untuk menjadi tanda aras di dalam bidang mereka yang kompetitif. Dongfeng Motor Corporation terus menerajui bidang automotif manakala Pasukan Perlumbaan Dongfeng berdiri megah di dalam Perlumbaan Lautan Volvo. Menurut Bruno Dubois, pengurus besar bagi Pasukan Perlumbaan Dongfeng, "Kami tidak menyelesaikan tugas itu pada musim lalu, oleh itu kami kembali dan kami telah melancarkan satu inisiatif baharu pada Perlumbaan Lautan Volvo untuk mencabar semula pengembaraan epik ini. Akan tetapi matlamat kami adalah berbeza pada kali ini, keyakinan dan sokongan Dongfeng membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada perlumbaan itu lebih daripada sebelum ini dan berusaha sedaya mungkin." Dongfeng Motor Corporation dan Pasukan Perlumbaan Dongfeng sentiasa bekerja sebagai sebuah pasukan. Sepanjang baki perlumbaan itu, kisah mereka akan berterusan.
 
Sumber: Dongfeng Motor Corporation
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=308446

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.