ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SEMINAR "WORKPLACE HEALTH PROMOTION 2018"

Thursday 15/03/2018



KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penyakit tidak berjangkit yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat menjadi antara penyebab utama kemerosotan tahap kesihatan pekerja. Penganjuran seminar “Workplace Health Promotion 2018” adalah sebagai salah satu usaha PERKESO dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan seterusnya menangani penyakit tidak berjangkit yang memberi kesan yang besar terhadap golongan pekerja pada masa kini.

Sejak tahun 2013, PERKESO telah pun memulakan langkah proaktif bagi mempromosikan amalan gaya hidup sihat dengan memperkenalkan Program Saringan Kesihatan / Health Screening Program (HSP)) secara percuma kepada pencarum PERKESO. Program ini menjadi teras kepada PERKESO dalam mempromosikan kesihatan pekerja dengan menggalakkan pekerja menjalani saringan kesihatan sebagai salah satu langkah untuk memastikan kesihatan pekerja di tahap yang optimum.

Bagi kesinambungan usaha PERKESO dalam mengalakkan pekerja menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, Program Saringan Kesihatan diteruskan lagi pada tahun 2018. PERKESO mengedarkan pertambahan sebanyak 233,491 baucar kepada pekerja yang layak pada tahun 2018 dan menjadikan jumlah seramai 2.8 juta pencarum layak menjalani saringan kesihatan di bawah program ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013.

Sehingga 31 Disember 2017, seramai 512,697 pencarum PERKESO telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan daripada jumlah tersebut, 126,820 orang wanita telah menjalani pemeriksaan mamogram. Hasil daripada program saringan kesihatan yang telah dijalankan mendapati 73% daripada pencarum PERKESO yang menjalani saringan kesihatan mempunyai masalah berat badan. 9% daripada mereka menghidapi kencing manis, 27% menghidapi tekanan darah tinggi dan 62% mempunyai kadar kolesterol tinggi.

PERKESO amat komited dalam mempromosikan kesihatan di kalangan pekerja terutamanya pencarum PERKESO. Pada tahun 2017, PERKESO telah menganjurkan program PERKESO Activ@Work Challenge 2017 yang dijalankan dari 1 September hingga 30 November 2017 sebagai usaha menggalakkan golongan pekerja untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian di mana sahaja mereka berada walaupun di tempat kerja.

Program ini adalah berkonsepkan cabaran untuk melakukan kegiatan fizikal aktif  seperti berjalan kaki, berlari dan bersenam. Aktiviti fizikal aktif seperti berjalan kaki, akan menjana golongan pekerja yang lebih cergas, cerdas dan produktif. Selain daripada menyasarkan golongan pekerja, program ini juga bertujuan bagi memotivasikan majikan supaya memberikan galakan dan sokongan kepada pekerja mereka di dalam mengamalkan aktiviti sihat di tempat kerja.

Bagi menghargai dan memberikan penghargaan kepada pemenang yang menyertai PERKESO Activ@Work Challenge 2017, PERKESO bersama penaja Bookdoc turut memberi hadiah kepada pemenang yang berjaya. Penglibatan majikan di sepanjang program tersebut amat memberangsangkan dengan penyertaan sejumlah 132 majikan. Sebanyak 3 kategori pemenang bagi majikan besar, kecil dan sederhana dipertandingkan manakala 4 kategori disediakan bagi individu berdasarkan majikan besar, sederhana, kecil dan mikro.

Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Tel : Hotline HSP (03) 4264 5089, (03) 4252 1258 /4475/4476
Emel : hsp@perkeso.gov.my
Laman Web : sihat.perkeso.gov.my

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.