ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  GERAK GEMPUR STAM 2017

Tuesday 13/03/2018



KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sebanyak 28 buah sekolah menengah agama melibatkan negeri Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah telah digempur bagi mempromosikan Program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda semasa keputusan STAM 2017 diumumkan.

Seramai 48 sekretariat pemasaran KUIS telibat bagi menjalankan aktiviti promosi bagi memastikan maklumat program dan syarat kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda KUIS dapat disampaikan kepada pelajar yang mengambil keputusan STAM 2017 secara meyeluruh termasuk yang diluar bandar.

Pentingnya info berkaitan maklumat program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda disampaikan adalah kerana pendedahan awal kepada pelajar terutama pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana.

Dengan syarat kemasukan yang minimum bermula dengan pangkat maqbul para pelajar lepasan STAM 2017 masih mempunyai peluang menyambung pengajian di peringkat tinggi di KUIS.

KUIS menawarkan 18 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai displin pengajian seperti Syariah, Syariah Undang-Undang, Usuluddin, Al-Quran & Al Qiraat, Dakwah Dan Pengurusan Sumber Insan, Bahasa Arab & Multimedia, Pentadbiran Dengan E-Dagang, Pengurusan Sumber Insan, Ekonomi & Kewangan, Perakaunan, Kewangan Islam (Perbankan), Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua, Komunikasi (Penyiaran), Bahasa Arab (Terjemahan), Teknologi Maklumat (Multimedia), Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian), Pendidikan Islam Dengan Multimedia Dan Syariah Dengan Muamalat.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara atas talian di www.kuis.edu.my atau datang terus ke Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar Baharu bagi membuat permohonan dan mendapatkan khidmat rundingan kemasukan ke KUIS.

Tarikh kemasukan pelajar baharu bagi tahun 2018 akan dijalankan bermula pada 26 dan 27 Mei 2018.

Teruskan kecemerlangan bersama KUIS.

Sumber : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NORAZREEN BINTI ROSLAN
KETUA SEKSYEN PEMASARAN STRATEGIK
BAHAGIAN PEMASARAN DAN KOMUNIKASI KUIS
Tel : 03-89117000 ext 3507
Faks : 03-89268462

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.