PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 18, 2018 -Sabtu

 
  ​KAJIAN BAHARU BLACK HAT ASIA: LEBIH 70% PROFESIONAL KESELAMATAN MERAMALKAN PENCEROBOHAN DATA MERENTASI NEGARA ASIA DALAM DUA TAHUN AKAN DATANG

Tuesday 13/03/2018



Hampir 60% profesional keselamatan siber yang berpangkalan di Asia bimbang serangan hasad yang bakal muncul dari Rusia, China dan Korea Utara, sesetengah daripada mereka turut meragui keberkesanan Rangka Kerja Privasi APEC

SINGAPURA, 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sebahagian besar profesional keselamatan maklumat di Asia menjangkakan ancaman pencerobohan besar merentasi negara dalam rangkaian perusahaan dan infrastruktur kritikal dalam satu atau dua tahun akan datang dan ramai yang tidak yakin terhadap kemampuan mereka untuk menghalang ancaman yang bakal melanda.

Kebimbangan ini dan lebih lagi ditekankan dalam laporan penyelidikan sulung Black Hat Asia, Cybersecurity Risk in Asia. Laporan tersebut yang dikumpulkan daripada tinjauan terhadap hampir 100 pengunjung Black Hat Asia semasa dan sebelumnya memberi pemahaman tentang isu keselamatan maklumat yang kritikal berkaitan pertahanan dan kerentanan siber Asia. Hasil tinjauan itu hampir sama dengan respons pengunjung Black Hat di Amerika Syarikat dan Eropah – menambah lagi kebimbangan terhadap keselamatan siber di peringkat global.

Black Hat ialah persidangan yang telah bertapak dan terkenal yang dihadiri oleh penyelidik keselamatan siber dan para profesional keselamatan maklumat. Dengan komuniti pakarnya, Black Hat mendapat pemahaman daripada para profesional di Asia yang terdiri daripada CEO, CSO, CIO dan anggota C-suite yang lain, pengarah teknologi maklumat dan keselamatan maklumat, pentadbir rangkaian dan kakitangan keselamatan.

Infrastruktur Kritikal Berisiko Diserang menjelang 2020
Hampir 70% responden menjangkakan serangan yang memberi kesan kepada infrastruktur kritikal merentasi beberapa negara Asia akan berlaku dalam dua tahun akan datang. Seperti tinjauan Black Hat yang dibuat di AS dan Eropah, para profesional keselamatan dalam tinjauan Black Hat Asia bimbang insiden terkini di rantau mereka menandakan pelanggaran keselamatan infrastruktur kritikal yang besar akan berlaku pada masa akan datang. Serangan lalu di Timur Tengah dan Asia termasuklah kerosakan sistem kawalan industri, kecurian data untuk tujuan pemantauan dan penggodaman komputer yang digunakan untuk menyokong infrastruktur kritikal di negara-negara Asia. 

Kebimbangan Profesional Keselamatan Maklumat
Kebelakangan ini, Asia telah menyaksikan bukan sahaja serangan oportunistik besar-besaran yang berterusan melalui perisian hasad, tetapi juga serangan yang menyasarkan dan memfokus pada objektif khusus seperti pencurian data atau pemerasan menggunakan perisian tebusan. Trend ini dan banyak lagi menjadi sebab hampir 60% responden mengatakan serangan bersasaran sebagai kebimbangan terbesar– terutamanya pihak yang berniat jahat di Rusia, China dan Korea Utara.

Kekurangan Manusia dan Sumber Merupakan Masalah Utama
Apabila ditanya, lebih daripada 30% percaya bahawa punca utama strategi keselamatan siber gagal di Asia adalah kerana kekurangan profesional yang mahir. Kekurangan kemahiran ditambah dengan bajet yang tidak mencukupi menjadikan banyak organisasi keselamatan Asia tidak yakin akan kebolehan mereka untuk mempertahankan data kritikal organisasi mereka daripada serangan siber. Laporan itu juga mengkritik profesional keselamatan di Asia yang lebih cenderung bertukar kerja berbanding rakan sejawat mereka di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi mereka meluahkan kekecewaan yang serupa dalam meraih perhatian pengurusan atasan tentang keutamaan keselamatan yang paling penting. Lebih daripada 50% profesional keselamatan siber Asia berkata sama ada mereka mencari kerja baharu secara aktif atau bersedia melakukannya.

Kelemahan Keselamatan
Antara kelemahan yang dibimbangkan oleh profesional keselamatan siber, hampir 40% percaya pengguna akhir yang melanggar dasar keselamatan atau menjadi mangsa pemancingan data dan penipuan kejuruteraan sosial membuatkan organisasi mereka sangat terancam. Para profesional juga berkata perbelanjaan merupakan suatu isu, dengan hampir 30% menyatakan bahawa pembelian berkaitan pematuhan membentuk sebahagian besar daripada perbelanjaan keselamatan. Kebimbangan ini dinyatakan walaupun dengan pelaksanaan Rangka Kerja Privasi APEC yang memerlukan syarikat di 27 buah negara yang membentuk rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik mematuhi garis panduan privasi tertentu. 30% daripada responden melihat kerangka tersebut mencipta lebih banyak kerja untuk mereka, tetapi 14% berkata ia tidak meningkatkan privasi.

Muat turun Laporan Kajian Penuh 
Dapatan laporan ini dan respons profesional dalam bidang tersebut merupakan gesaan terhadap pegawai kerajaan dan pemimpin perniagaan untuk mengambil tindakan. Asia memerlukan lebih perhatian terhadap inisiatif, penyelidikan dan pertahanan keselamatan siber. Untuk mendapatkan pemahaman dan lebih maklumat tentang trend industri dan dapatan penting serta tindakan yang boleh diambil, muat turun salinan Cybersecurity Risk in Asia, di sini: blackhat.com/latestintel/03122018-cyber-risk-in-asia.html  

Black Hat Asia 2018: 20-23 Mac, Singapura
Sebagai balasan terhadap hasil laporan ini dan juga trend serta topik dari seluruh dunia, Black Hat akan mengehoskan individu terbaik dalam komuniti keselamatan maklumat di Black Hat Asia 2018. Acara tersebut akan menawarkan jadual padat yang lengkap dengan Taklimat penyelidikan yang tepat pada masanya, Latihan amali dan Dewan Perniagaan yang menampilkan penyedia penyelesaian terkemuka dan program khusus tambahan untuk memenuhi keperluan komuniti keselamatan maklumat yang lebih besar. Acara tersebut akan berlangsung pada 20–23 Mac di Marina Bay Sands, Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penjimatan S$200 untuk pas taklimat anda sehingga 16 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-18/

Berhubung dengan Black Hat (#BlackHat)
Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang
  • Black Hat USA 2018, Las Vegas, Nevada, 4-9 Ogos
  • Black Hat Europe 2018, London, UK, 3-6 Disember
Perihal Black Hat
Selama 20 tahun, Black Hat telah membawakan hadirin maklumat terkini dalam penyelidikan, perkembangan dan trend keselamatan maklumat. Acara global dan latihan berprofil tinggi ini didorong oleh keperluan terhadap komuniti keselamatan yang berusaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri ini. Black Hat memberikan inspirasi untuk para profesional di semua peringkat kerjaya, menggalakkan perkembangan dan kerjasama dalam kalangan ahli akademik, penyelidik bertaraf dunia serta pemimpin dalam sektor awam dan swasta. Taklimat dan Latihan Black Hat diadakan setahun sekali di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dianjurkan oleh UBM bhd. UBM adalah penganjur Acara B2B khusus terbesar di dunia. Seramai 3,750 orang ahli kami yang bertapak di lebih daripada 20 buah negara dan berkhidmat di lebih daripada 50 sektor berbeza. Pengetahuan dan minat kami yang mendalam terhadap sektor ini membolehkan kami mencipta pengalaman bernilai yang membawa kejayaan kepada pelanggan kami. Sila lawati www.ubm.com untuk berita dan maklumat terkini tentang UBM.

Hubungan Media:
Kimberly Samra
Black Hat PR
BlackHatPR@ubm.com

Sumber : Black Hat Asia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.