ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  INTERGATE HOTELS OLEH GRANVISTA, HOTEL-HOTEL YANG MEMBAWAKAN ANDA SUASANA PAGI YANG TERBAIK, HOTEL INTERGATE KYOTO/ SHIJO-SHINMACHI DIBUKA PADA 3/1

Tuesday 13/03/2018



TOKYO, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GRANVISTA Hotels & Resorts Co., Ltd., yang sedang memperluaskan operasi kemudahan mereka di seluruh Jepun di hotel-hotel bandar raya, hotel-hotel bisnes, rumah penginapan di mata air panas, kemudahan riadah tepi pantai yang komprehensif, padang-padang golf, restoran di lebuh raya dan lebih banyak lagi, telah melancarkan satu jenama hotel baharu, INTERGATE HOTELS. Hotel pertama yang dibuka bagi jenama ini adalah HOTEL INTERGATE Kyoto/ Shijo-Shinmachi, yang mula beroperasi pada Khamis, 1 Mac, 2018.
Laman web rasmi: https://www.intergatehotels.jp/kyoto_shijo/

Siaran berita ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51769924&lang=en

Destinasi-destinasi pelancongan dan Tapak-tapak Warisan Dunia yang popular di Kyoto, termasuk Istana Nijo, Tokong Kiyomizu, dan Pavilion Emas dan Perak terletak di sekitar 30 minit perjalanan dari hotel itu. Pasar Nishiki, yang juga dikenali sebagai Dapur Kyoto, terletak kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki. Oleh itu, HOTEL INTERGATE berada pada kedudukan yang optimum untuk menjadi pangkalan anda bagi meneroka Kyoto. Pelbagai jenis perkhidmatan tersedia untuk mengoptimumkan satu hari yang lengkap di destinasi anda. Terdapat juga bengkel-bengkel yang dirancang secara berkala untuk belajar tentang industri-industri tradisional Kyoto serta memaparkan seni dan kraf tempatan bagi membolehkan anda membuat lebih banyak penemuan dan perhubungan baharu di destinasi anda.

Pelbagai Perkhidmatan untuk Menyokong Pengalaman Perjalanan yang Optimum

SARAPAN: Di samping menonjolkan rasa lazat sayur-sayuran asli ke tahap maksimum, terdapat juga sebuah bufet yang menyajikan masakan untuk sarapan pagi, kroisan, dan roti gulung, dengan lebih daripada lima puluh jenis untuk dipilih.

MANDI: Ruang mandi yang luas disertai dengan bilik penyembuhan dan bilik santaian yang terletak bersebelahan, untuk menenangkan anda setelah melakukan perjalanan. Bilik solek juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuk kosmetik asas.

RUANG ISTIRAHAT INTERGATE: Ruang istirahat itu menawarkan pelbagai jenis minuman, termasuk kopi percuma, dan makanan ringan yang berbeza-beza mengikut waktu, dan termasuk satu pilihan hidangan manisan, makan malam lewat malam dan minuman ringan.

PERKHIDMATAN KOPI: Di kaunter kopi percuma, yang tersedia sepanjang penginapan anda, anda akan menemui cawan-cawan tunggal yang berisi kopi, yang disajikan dengan kerjasama sebuah kedai kopi Kyoto tempatan. Smoothies, sejenis minuman buah segar yang dipurikan dengan susu, yogurt, atau ais krim juga disediakan pada waktu awal pagi.

BILIK TAMU: Semua bilik menawarkan tilam yang unik yang dibangunkan bersama dengan Simmons Bedding Company. Tilam-tilam itu direka khusus untuk menyokong tidur yang berkualiti dengan tidak hanya memberikan keselesaan, tetapi juga kualiti daya serap  dan kelembapan, dan aliran udara yang menyejukkan.

Bengkel-bengkel di Industri-industri  Kyoto Tradisional

Kami akan menawarkan bengkel-bengkel yang dijadualkan secara berkala yang membolehkan peserta untuk belajar mengenai acara-acara tradisional Kyoto. Bengkel-bengkel ini membolehkan anda membuat cenderahati khusus untuk rakan-rakan dan rumah anda, dan mengalami perkara-perkara yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian. Mereka juga membantu untuk membesarkan ruang lingkup emosi tetamu kita yang mungkin wujud semasa perjalanan mereka. Bengkel-bengkel contoh termasuk lukisan secara amali mengenai lilin Jepun, menghasilkan buku setem "Goshuin-cho" dengan menggunakan kain kimono lama, dan membuat skrin lipatan kecil.

[Jadual Bengkel untuk Mac]
  • Lukisan secara Amali mengenai Lilin Jepun
  • Diadakan pada setiap Jumaat pada Mac.
  • Hadirkan diri pada bila-bila masa di antara 11 PAGI dan 5 PETANG.
  • Rena Tanaka, Artis Lilin Nakamura, adalah tenaga pengajarnya.
    *Sila Ambil Perhatian bahawa tetamu boleh mencuba melukis pada mana-mana hari pada sepanjang minggu itu, walaupun pengajar itu hanya hadir pada hari Jumaat.
     
  • Kos untuk menampung perbelanjaan adalah antara 1,000 dan 2,000 yen.
  • Tempat: Ruang Istirahat INTERGATE, TINGKAT 1, HOTEL INTERGATE Kyoto/ Shijo-Shinmachi
  • Tiada tempahan diperlukan.

Hotel berikutnya untuk jenama INTERGATE HOTELS yang baharu adalah HOTEL INTERGATE  Tokyo/ Kyobashi, yang akan dibuka pada 1 April. Rancangan sedang digerakkan untuk membuka hotel-hotel di Kanazawa dan Hiroshima pada musim bunga tahun 2019.
Laman web Rasmi INTERGATE HOTELS: https://www.intergatehotels.jp/en/

GRANVISTA Hotels & Resorts

Rantaian GRANVISTA Hotels & Resorts bermula dengan hotel pertama gaya barat yang sebenarnya di Hokkaido, Sapporo Grand Hotel, yang juga dikenali sebagai "Northern Guest House" dan kini mengendalikan kemudahan di seluruh Jepun, termasuk di hotel-hotel bandar raya, hotel-hotel bisnes, rumah penginapan di mata air panas, kemudahan riadah tepi pantai yang komprehensif, padang-padang golf, restoran di lebuh raya. Ini memberikan peluang kepada syarikat itu untuk memperluaskan perkhidmatan penyumberan luar operasi hotel kami dan operasi jualan kami di seluruh Jepun. Untuk maklumat lanjut tentang perniagaan kami, sila layari laman web kami. http://www.granvista.co.jp

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51769924&lang=en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
PERTANYAAN
GRANVISTA Hotels & Resorts Co., Ltd.
Risa Toyoshima / Nanako Sakai, +81-3-5209-4139
info@granvista.co.jp

Sumber : GRANVISTA Hotels & Resorts Co., Ltd.

Lihat siaran berita dan multimedia secara dalam talian di: 
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51769924&lang=en 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.