ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PAAB AGIH ZAKAT KEPADA 52 ANAK YATIM

Monday 12/03/2018



Majlis Penyerahan Zakat & Sumbangan PAAB Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat, Johor Darul Takzim


BATU PAHAT, 12 Mac (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju melantik Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai wakil bagi pihak MAIWP untuk mengagihkan sendiri wang zakat kepada golongan asnaf yang layak melalui pemulangan semula sejumlah wang zakat yang dibayar berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan menerusi konsep Wakalah.
 
Ia diperolehi menerusi bayaran zakat pendapatan daripada kakitangan PAAB melalui potongan gaji tahunan kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP sepanjang  2017. Pengembalian semula wang zakat itu berikutan jumlah kutipan zakat pendapatan berkenaan melebihi sasaran RM100,000.00.
 
Dasar Wakalah ini merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan kutipan zakat terutamanya zakat perniagaan, pendapatan dan harta di Wilayah Persekutuan. Pemberian zakat ini merupakan sebahagian dari agihan semula zakat PAAB sepanjang 2018.
 
Sehubungan itu, bagi tahun pertama, PAAB berbesar hati memilih salah satu daripada tujuh golongan asnaf yang dibenarkan menerima zakat ini untuk diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYI) Batu Pahat, Johor. Ia merupakan sebahagian daripada agihan yang akan disumbangkan sepanjang tahun 2018. Ia menempatkan 52 anak yatim di sekitar daerah ini yang terdiri daripada 20 lelaki dan 32 perempuan.
 
Pada masa sama, PAAB turut menyumbangkan beberapa peralatan dan keperluan asas seperti peti sejuk, dapur memasak, pembersih hampagas, seterika, komputer dan keperluan lain. Ini kerana bersedekah kepada anak yatim mempunyai hikmah yang besar. Menerusi pemberian zakat dan sumbangan ini, PAAB berharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung anak-anak berkenaan serta dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
 
PAAB merupakan syarikat milih penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan pada tahun 2006 melalui Akta Perkhidmatan Industri Air. Sejak itu, PAAB menggalas tanggungjawab besar apabila dilantik untuk menjadi badan pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur industri perkhidmatan air dengan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
 
Sila klik di sini untuk muat turun Foto:-
1. https://drive.google.com/open?id=1C2xF5zz0vGGoD5dsphFfdPIC977UxxzV
2. https://drive.google.com/open?id=137rC1IEb--GS4VBsocKAVXBngvoDIbsb
3. https://drive.google.com/open?id=17rNLfiFdHfpgt7Qa_4DBpUhssy_qrRDx


SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairil Amri Tajuddin

Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
Tel : 017 4060 717
Emel : khairil@paab.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.