ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  VITREA® INTELLIGENCE MEMBOLEHKAN IMAGING QUEENSLAND MENGOPTIMUMKAN OPERASI DI SELURUH PERUSAHAANNYA

Friday 09/03/2018



Penyelesaian memberikan analisis generasi mendatang dan keupayaan baharu untuk menggabungkan data RIS dan PACS
 

MINNETONKA, Minn., 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vital Images mengumumkan pada hari ini bahawa penyelesaian analisis perusahaannya, Vitrea Intelligence, akan digunakan di Imaging Queensland, sebuah rangkaian pengimejan ulung di Australia. Penggunaan dijadualkan pada suku kedua tahun 2018. Vitrea Intelligence terdiri daripada analisis ramalan Opportunity Navigator™ dan kecerdasan perusahaan Practice Management.
 
Menurut Helen Stevens, Ketua Kewangan dan Pegawai Operasi Komersial Imaging Queensland, keputusan untuk mengguna pakai Vitrea Intelligence adalah berdasarkan tiga faktor utama. Faktor tersebut termasuklah keupayaannya membantu memaksimumkan keberkesanan operasi, kemampuan uniknya untuk menggabungkan data RIS dan PACS menjadi rekod longitudinal tunggal dan hubungan berpanjangan kumpulan radiologi tersebut dengan Vital Images dan Canon Medical Systems. “Penyelesaian analisis perusahaan ini membolehkan kami mengoptimumkan perniagaan di seluruh rantau,” kata Stevens. “Kakitangan antarabangsa kami akan mendapat akses berdasarkan web yang sama tahap seperti kakitangan kami di ibu pejabat di Maroochydore, Queensland. Vitrea Intelligence membolehkan kami menganalisis perniagaan kami dan menguruskannya secara proaktif berdasarkan data masa nyata daripada RIS and PACS.”
 
Pasukan Canon/Vital itu telah bekerja dengan Imaging Queensland sebagai penasihat yang dipercayai selama beberapa tahun. “Rakan kongsi kami di Imaging Queensland mengetahui komitmen kami terhadap pelaksanaan yang berkesan dan sokongan yang berterusan,” kata Pengurus Pemasaran Produk Vital, Geoff Clemmons. “Dengan penggunaan Vitrea Intelligence, kami bersedia untuk membantu Imaging Queensland meneruskan kejayaannya menerusi pilihan perniagaan proaktif berdasarkan analisis ramalan.”
 
Vitrea Intelligence membawakan pemahaman operasi kepada aliran kerja pengimejan, yang memberikan Imaging Queensland perspektif terhadap perniagaan mereka yang belum pernah dilihat sebelum ini. “Dengan kebolehan uniknya yang boleh memanfaatkan sepenuhnya data HL7 dan metadata DICOM secara serentak, Vitrea Intelligence menyediakan rekod tunggal dan longitudinal untuk perjumpaan pesakit,” tambah Clemmons. “Daripada arahan doktor hingga pelengkapan pemeriksaan dan daripada penjadualan metrik hingga kadar penggunaan kelengkapan, penyelesaian analisis perusahaan kami memberikan maklumat di sebalik data yang menunjukkan peluang untuk mengoptimumkan aliran kerja dan tahap pengambilan kakitangan, mengurus aset, membaiki pengalaman pesakit dan menguruskan hubungan perujuk dengan lebih baik.”
 
Perihal Vital Images
Vital Images Inc., sebuah syarikat Canon Group, merupakan peneraju penyedia pengimejan diagnostik dan penyelesaian informatik perusahaan untuk membantu organisasi penjagaan kesihatan memberikan jagaan terbaik di samping mengoptimumkan sumber merentas organisasi berbilang kemudahan. Penyelesaian Vital Images boleh diskala untuk memenuhi keperluan unik hospital dan pusat pengimejan serta boleh diakses di seluruh perusahaan pada bila-bila masa dan di mana jua. Untuk maklumat lanjut, lawati www.vitalimages.com, atau sertai perbualan di Twitter, LinkedIn, Facebook dan YouTube.
 
Perihal Imaging Queensland
Imaging Queensland terdiri daripada Sunshine Coast Radiology, Central Queensland Radiology, Moreton Bay Radiology, Queensland Nuclear Medicine dan Advanced Women’s Imaging. Dengan keupayaan bertaraf dunia, kumpulan tersebut menyediakan perkhidmatan diagnostik kepada lebih daripada 265,000 pesakit setiap tahun di lebih daripada 17 buah klinik serta tiga buah jabatan perubatan nuklear khusus dan perkhidmatan pengimejan wanita lanjutan yang disokong oleh pasukan yang terdiri daripada 260 orang dan menjaga lebih daripada 265,000 orang pesakit setahun. Imaging Queensland mengendalikan sistem pengurusan yang bertauliah di bawah AS/NZS ISO 9001:2015 dan diiktiraf dengan Keselamatan Kebangsaan dan Standard Perkidmatan Kesihatan Berkualiti. Untuk maklumat lanjut, lawati www.imagingqueensland.com.au.
 
Vital Images dan Vitrea ialah tanda dagangan berdaftar bagi Vital Images Inc. di AS dan mungkin mempunyai perlindungan di negara lain.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tara Schinke
Pakar Pemasaran Kanan
Vital Images
952.487.9715
tschinke@vitalimages.com
 
SUMBER: Vital Images, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.