ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PEMPROSES BERBILANG JALUR 64-BIT MIPS MEMACU PERKEMBANGAN PESAT AI

Friday 09/03/2018



Keupayaan Berbilang Jalur MIPS, kepimpinan dalam teras pemproses 64-bit dan kekukuhan ekosistem dan persekitaran alat pembangunan menarik minat peneraju pasaran AI

Wave Computing (Wave), Mobileye Vision Technologies Ltd (Mobileye), NetSpeed Systems Inc. (NetSpeed), Fungible Inc., ThinCI Inc. (ThinCl) dan kumpulan syarikat Denso, NSITEXE (NSITEXE), antara lain, memanfaatkan teras pemproses 64-bit MIPS dengan Berbilang Jalur dalam aplikasi AI


SANTA CLARA, Calif., 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MIPS, penyedia seni bina pemproses MIPS dan teras IP yang banyak digunakan, hari ini mengumumkan bahawa perkakasan teras pemproses Berbilang Jalur telah diterima dengan meluas oleh syarikat teknologi peneraju dalam membangunkan penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI). Terbaru, Wave Computing® menerima pakai teras MIPS untuk digunakan dalam penyelesaian pembelajaran mendalam generasi mendatang untuk mengendalikan pengurusan peranti dan fungsi kawalan, termasuk sistem pengendalian masa nyata (RTOS) dan subsistem sistem-atas-cip (SoC). Teras terbenam MIPS akan meningkatkan teknologi aliran data inovatif Wave yang akan mendayakan pemprosesan yang pantas dan efisien bagi graf rangkaian neural.

“MIPS merupakan peneraju yang kukuh bagi teras terbenam 64-bit di dunia dan sentiasa memberikan penyelesaian terkini yang memacu produk perintis. Hari ini, teras kami menjadi nadi bagi beberapa reka bentuk yang paling inovatif di dunia yang memacu pertumbuhan AI,” kata David Lau, Timbalan Presiden Kejuruteraan MIPS. “Perkakasan teknologi Berbilang Jalur kami membezakan kami daripada yang lain. Keberkesanan dan kebolehpanjangan seni bina pemproses kami amat sesuai untuk pembelajaran mendalam dan AI. Ketika memfokuskan pada kemahiran teras kami, kami komited untuk menggerakkan pembangunan bagi kemunculan aplikasi cerdas.”

Derek Meyer, CEO Wave Computing, mengulas, “Seni bina pemproses 64-bit MIPS akan mendayakan kami untuk menyokong keperluan julat alamat ingatan untuk aplikasi AI generasi mendatang, sementara keupayaan Berbilang Jalurnya mendayakan masa nyata yang lebih pantas dan pengurusan tugas agen perisian aliran data kami yang lebih efisien. Tambahan lagi, ekosistem dan persekitaran alat pembangunan MIPS adalah sesuai untuk aplikasi yang berkembang pesat seperti AI.”

Apabila kerumitan reka bentuk dan jejak perisian terus meningkat, reka bentuk MIPS 64-bit telah digunakan dalam beberapa pusat data yang lebih besar, menghubungkan peranti pengguna, produk rangkaian dan kemunculan aplikasi AI. Sebagai tambahan kepada Wave, syarikat termasuk Mobileye, Fungible, ThinCI dan DENSO, antara lain, menggunakan teras pemproses MIPS 64-bit semasa mereka membangunkan penemuan aplikasi AI.

“MIPS dicipta oleh pelopor seni bina CPU dan ia telah memberikan impak besar dalam penciptaan pelbagai industri di Silicon Valley daripada permainan ke perusahaan rangkaian sehingga ke pemanduan berautonomi" said Sundari Mitra, CEO NetSpeed. "Dasar seni bina dan keanggunan berbilang jalur menjadikannya pilihan yang ideal untuk sesetengah aplikasi generasi mendatang seperti pembelajaran mesin dan AI. Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Dado Banatao, MIPS akan berkembang ke aras yang lebih tinggi. NetSpeed menunggu untuk menjadi rakan kongsi aktif dalam pergerakan ini.”

Seni bina MIPS64 terus digunakan dalam pelbagai aplikasi daripada ADAS dan kotak atas set pada aplikasi infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi. Ia membekalkan asas prestasi tinggi yang kukuh untuk pembangunan berasaskan pemproses MIPS untuk masa depan dengan menggabungkan ciri berkuasa, keupayaan kemayaan perkakasan, menyeragamkan arahan mod istimewa, menyokong ISA yang sebelumnya dan menyediakan laluan naik taraf yang lancar daripada seni bina MIPS32.

Kerjasama kami dengan MIPS telah memainkan peranan yang penting dalam pelbagai generasi SoCs Mobileye's EyeQ® untuk sistem pemanduan berautomasi yang telah membantu kami untuk mencapai keberkesanan prestasi terbaik dalam kelas secara konsisten. Dalam EyeQ5, Mobileye memanfaatkan gugusan pengiraan heterogen 64bit terbaru daripada CPU MIPS berbilang teras berbilang jalur, yang berprestasi tinggi dan sangat berkesan," kata Elchanan Rushinek, Timbalan Presiden, Kejuruteraan di Mobileye. "Teras I6500-F daripada MIPS telah membantu kami untuk mencapai aras baharu dalam prestasi, membuka platform kami dan memenuhi matlamat keselamatan fungsian kami yang tiada kompromi.”

“Adalah sangat mengujakan bagi industri untuk melihat MIPS menulis bab seterusnya dalam sejarah cerita mereka dan kami gembira bahawa mereka telah meletakkan penekanan istimewa pada pembelajaran mesin," kata Dinakar Munagala, CEO ThinCI. "Beban kerja pengkomputeran dalam pembelajaran mendalam meletakkan permintaan baharu pada seni bina pengkomputeraan yang kukuh dan MIPS mempunyai teknologi penting dalam bidang pemprosesan masa nyata dan berbilang jalur. Kami teruja untuk meneroka kerjasama dengan MIPS pada penyelesaian baharu mereka untuk pengkomputeran heterogen dan seni bina koheren.”

Ogos yang lepas, kumpulan syarikat Denso, NSITEXE, Inc mengumumkan bahawa mereka melesenkan CPU MIPS terbaru untuk memacu pemprosesan elektronik dalam kenderaan yang dipertingkatkan. Hideki Sugimoto, NSITEXE, Inc. CTO, telah dipetik semasa berkata, “Kami teruja untuk meneroka teknologi yang sangat berbezayang dibina untuk pemproses MIPS yang kami percaya dapat memberi kesan positif yang signifikan terhadap prestasi, keberkesanan, dan kebolehpercayaan generasi mendatang dalam elektronik dalam kenderaan. Kami mengambil projek ini dengan matlamat untuk mempercepatkan inovasi industri di sekitar pemprosesan yang dipertingkatkan untuk sistem automotif.”

“Beban kerja berskala moden untuk analitis, pembelajaran mesin dan aplikasi data besar lain merupakan rangkaian yang cukup berat,” kata Pradeep Sindhu, CEO Fungible. “Seni bina Berbilang Jalur Serentak MIPS adalah teknik penting untuk memastikan beban kerja seperti ini berjalan dengan berkesan seperti yang dianggarkan oleh arahan per jam CPU atau IPC. Kami telah melihat keberkesanan ini diterjemahkan secara langsung ke kawasan yang lebih kecil serta kuasa yang lebih rendah untuk pelaksanaan silikon berasaskan MIPS.”

Perihal MIPS 

MIPS adalah penyedia utama seni bina pemproses dan teras IP yang memacu beberapa produk yang paling popular di dunia. Dengan seni bina RISC MIPS dan teras CPU yang diperkemas, pelanggan boleh membina produk yang berkecekapan tinggi, boleh skala dan dipercayai di pelbagai titik prestasi - daripada IoT terkini ke peralatan rangkaian mewah dan semua yang di antaranya. MIPS menerajui industri dengan keupayaan Berbilang Jalur untuk prestasi dan keberkesanan aplikasi yang optimum. Diasaskan pada tahun 1984 sebagai MIPS Computer Systems Inc. oleh penyelidik dari Stanford University, MIPS hari ini adalah sebuah syarikat bebas yang memberi tumpuan kepada memproses inovasi untuk generasi baharu bagi peranti cerdas dan tersambung. Reka bentuk MIPS telah dihantar dalam berbilion unit di seluruh dunia dan telah mencapai pinggir luar sistem solar kita. Syarikat ini beribu pejabat di Santa Clara, California dan mempuntai pejabat di seluruh dunia. www.mips.com

Ikuti MIPS di TwitterLinkedInFacebook dan baca Blog kami.

MIPS dan logo MIPS ialah tanda dagangan MIPS di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Wave Computing® dan WaveFlow™ ialah tanda dagangan Wave Computing, Inc. Semua tanda dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing.

Hubungan Media:
Corridor Communications Inc.
Phyllis Grabot, +1 805.341.7269
Bonnie Quintanilla, +1 818.681.5777
info@corridorcomms.com

SUMBER : MIPS Tech

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.