PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

April 25, 2018 -Rabu

 
  TONGLIANG DI CHONGQING MENGADAKAN TARIAN NAGA API YANG MENGASYIKKAN DI TAIWAN UNTUK MERAIKAN PERAYAAN TANGLUNG

Monday 05/03/2018



AsiaNet 72528

CHONGQING, China, 5 Mac, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Orang tempatan di Daerah Nantou di Taiwan sangat teruja dengan artis-artis rakyat yang mengadakan persembahan tarian naga di tengah-tengah kilauan cahaya semasa sambutan Perayaan Tanglung di Dataran Piaosha.

Acara yang penuh dramatik itu menampilkan dua naga api yang menari-nari di bawah pancuran bunga api, manakala penghibur-penghibur memercikkan besi cecair ke udara.

Tarian naga adalah satu tradisi yang dihormati pada suatu masa dahulu untuk meraikan perayaan seperti Perayaan Tanglung. Diundang oleh pihak berkuasa tempatan, Chongqing dan Daerah Tongliang itu telah mengetuai artis-artis rakyat sekali lagi pada tahun ini bagi mengadakan enam persembahan untuk meraikan perayaan tradisional itu dengan penduduk tempatan, demikian menurut Jabatan Publisiti dari Daerah Tongliang di Bandar Raya Chongqing.

Di tengah-tengah percikan besi cecair, bunga api dan muzik, kedua-dua naga api itu menari di sekeliling dengan gerak-geri yang pelbagai untuk memberikan restu Tahun Baru kepada penonton.

Tarian naga api di Tongliang telah disenaraikan dalam kumpulan pertama warisan budaya tidak ketara kebangsaan pada tahun 2006 dan satu daripada 10 simbol budaya yang paling diwakili di bandar raya perbandaran itu. Ia terkenal sebagai Tarian Naga No.1 di China.

Pasukan tarian naga api Tongliang datang ke Taiwan pada tempoh yang sama pada tahun lepas, dengan menarik lebih 170,000 orang penonton.

Ketua bagi rombongan Tongliang telah menghulurkan jemputan kepada pelancong dunia untuk mengadakan lawatan ke bandar purba Anju di Daerah Tongliang bagi menikmati pengalaman budaya Sichuan dan Chongqing yang asli.

Bandar Purba Anju adalah sebuah bandar yang berusia satu ribu tahun yang memaparkan warisan budaya, peninggalan dan pemandangan semula jadi yang mengagumkan. Ia adalah sebuah tempat yang dikelilingi oleh gunung-ganang dan sungai dan membangkitkan rasa nostalgia.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Tongliang di Bandar Raya Chongqing
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=307883  

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.