ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​PERTUNJUKAN TANGLUNG MENERANGI EAST LAKE DI WUHAN

Thursday 01/03/2018



AsiaNet 72497

WUHAN, China, 1 Mac, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pertunjukan tanglung yang sudah lama ditunggu-tunggu dibuka di Taman East Lake di Wuhan di tengah-tengah China pada 23 Feb. Lebih 38,000 orang pelawat menghabiskan suatu malam yang mengagumkan pada hari pertama pada hari pembukaan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pemandangan Indah Eko Pelancongan East Lake Wuhan.

Untuk Video dan Imej Beresolusi Tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua/lantern-show-lights-east-lake-wuhan-1
 
Pada pukul 6 petang, ramai orang telah berkumpul di dataran taman itu. Sebuah dron matriks membuat persembahan di udara, yang berakhir dengan persembahan bunga api yang telah menerangi langit.

Sebuah tanglung naga yang berukuran hampir 200 meter menarik perhatian semua orang. Satu ratus pelancong juga dijemput untuk menari bersama-sama "naga" yang bergerak itu.

Pada pukul 6:18 petang, naga besar dan sebanyak 51 lagi tanglung besar yang berwarna-warni dinyalakan secara serentak, sekali gus menjadikan seluruh taman itu menjadi sebuah alam ajaib.

Merayau-rayau di sekitar taman itu, seseorang dapat menghargai tanglung-tanglung itu yang disusun di kawasan yang berbeza mengikut enam tema, dan mempunyai cita rasa budaya China tradisional.

Di pintu gerbang itu, tanglung-tanglung istana yang berputar, besar dan kecil, mengutus restu sempena tahun baru. Berhampiran Menara Long Days, sebuah bangunan utama di taman itu, sebuah tanglung berukuran 22.5 meter tinggi telah didirikan ke dalam awan - singa di keempat-empat sisi, yang beratnya berjumlah 15 tan, dilihat dengan penuh keangkuhan dan dijangka mencatatkan rekod dunia Guinness untuk tanglung perayaan yang paling tinggi di planet ini.

Tanglung yang lebih kecil yang memaparkan tokoh-tokoh Opera Peking dan pasu-pasu antik juga telah menarik perhatian orang ramai. Satu dozen tanglung cantik yang berbentuk anjing telah muncul di setiap sudut taman itu, sekali gus membawa ucapan selamat kepada kanak-kanak sempena Tahun Baru Cina Tahun Anjing.

Dalam satu bahagian yang direka untuk mempromosikan puisi dan budaya tempatan tradisional China, puisi dan watak-watak Cina dilukis dengan bijak pada setiap tanglung. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang datang bersama ibu bapanya telah membaca sebuah puisi klasik oleh Li Bai, seorang penyair berbakat dari Dinasti Tang. Di samping itu, peninggalan budaya tempatan dan warisan budaya tidak ketara juga dipaparkan oleh tanglung-tanglung itu.

Teknologi juga memainkan satu peranan penting di dalam pertunjukan tanglung pada tahun ini. Pertunjukan laser tetirai air dan penayangan tiga dimensi telah memperkayakan pengalaman untuk penonton. Panduan jelajah robot telah menjawab soalan-soalan dengan sabar dan baik, yang telah dengan serta merta menawan hati ramai peminat.

Di taman itu, sebuah karnival makanan Taiwan telah menghangatkan lagi suasana. Lebih 50 penjual dari Taiwan telah membawa sejumlah 110 makanan ringan yang berbeza dari pulau itu, yang merupakan sesuatu yang menyeronokkan buat penonton.

Pertunjukan tanglung itu akan berlangsung hingga akhir Mac.
 
SUMBER: Kawasan Pemandangan Indah Eko Pelancongan East Lake Wuhan
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.