ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PKNS SEDIA LOT NIAGA USAHAWAN ASNAF

Monday 19/02/2018



SHAH ALAM, 19 Feb (Bernama) -- Lebih 80 buah tapak jualan usahawan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan di ruang legar Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall berlangsung sepanjang dua (2) minggu bermula pada 14 Februari 2018 sehingga 25 Februari 2018 bagi edisi kedua penganjuran Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor pada tahun 2018, di sini.
 
Pengurus Komunikasi Korporat, Haji Ishak Hashim berkata, “Prihatin akan keperluan golongan peniaga asnaf ini, PKNS dengan kerjasama  anak syarikat, PKNS Real Estate Sdn. Bhd.,Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dan Hijrah Selangor menyediakan bantuan dengan menyediakan ruang niaga bagi tempoh dua (2) minggu dengan kadar sewaan tapak yang minima sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat PKNS di samping menyokong agenda ‘Peduli Rakyat’ oleh Kerajaan Negeri Selangor”.
 
“Bukan itu sahaja, program ini khusus dianjurkan bagi memperkasakan agenda keusahawanan melalui peluang yang diberikan sebagai mekanisme penggerak kepada perkembangan ekonomi golongan asnaf dan belia bawah 40 tahun dimana manfaat yang diterima menerusi program ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini meraih peluang pasaran yang lebih meluas”, katanya lagi.
 
Antara produk jualan yang ditawarkan antaranya pakaian, makanan kering, peralatan permainan kanak-kanak dan sebagainya manakala produk makanan seperti nasi beriani, pizza bumiputera dan minuman Milo turut ditawarkan di luar kawasan barat SACC Mall yang menempatkan sebanyak 10 tapak jualan.
 
Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah peragaan fesyen, demo solekan professional, gubahan bunga, kempen derma darah, dekorasi kek dan banyak lagi.
 
“Sedikit kelainan pada penganjuran kali ini dimana mini 4WD Tournament julung-julung kalinya diadakan untuk memberi variasi kepada aktiviti ‘indoor’ manakala aktiviti tradisi iaitu ‘Street Soccer’ turut diadakan.”
 
“PKNS mengalu-alukan penyertaan bagi kejohanan ‘3 on 3 Street Soccer’ bagi kategori terbuka dan bawah 17 tahun yang akan diadakan pada 24 Februari ini bermula jam 8.00 pagi dibuka kepada 30 pasukan terawal mendaftar bagi setiap kategori dengan hanya dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan”
 
“Kepada yang berminat bolehlah mendaftarkan penyertaan kepada Puan Wani di talian 019-3525016 dan rebutlah wang tunai berjumlah RM1,500.00 bagi juara, RM750.00 bagi tempat kedua dan RM400.00 masing-masing bagi tempat ketiga dan keempat untuk setiap kategori,” tambah Ishak.
 
Program ini berlangsung seawal jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohammed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Februari 2018 jam 11.00 pagi.
 
Orang ramai dijemput hadir.
 
Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.
 

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : HAJI ISHAK HASHIM
PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT PKNS
Tel : 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651
Email : ishak@pkns.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.