PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Mei 25, 2018 -Jumaat

 
  HAIER MEMPERLUASKAN UCAPAN SELAMAT SEMPENA FESTIVAL MUSIM BUNGA KEPADA PELANGGAN DI SELURUH DUNIA, MENGGALAKKAN ORANG RAMAI DENGAN LATAR BELAKANG BUDAYA YANG BERBEZA UNTUK MERAIKAN MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA

Monday 12/02/2018



QINGDAO, China, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika Festival Musim Bunga, yang juga dikenali sebagai Tahun Baru Cina, sudah semakin hampir, seluruh negara China dan semua masyarakat Cina di seluruh pelusuk dunia sedang meluap-luap dengan suasana perayaan. Negara-negara yang berlainan yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza akan bersama-sama merayakan festival tersebut.

Walaupun terdapat perbezaan budaya dan cara yang berbeza dalam meraikan tahun baru di seluruh dunia, orang ramai di seluruh dunia berkongsi daya tarikan yang sama kepada keluarga mereka. Sebagai sebuah jenama peralatan rumah yang terkemuka di dunia dan sebuah ahli aktif dalam Projek Jenama Kebangsaan China, Haier baru-baru ini mengeluarkan satu siri video tahun baru untuk mempromosikan "budaya keluarga", yang menampilkan sebuah keluarga Amerika yang penuh berkasih sayang, sebuah keluarga Perancis yang sangat romantis, sebuah keluarga New Zealand yang gigih bekerja dan sebuah keluarga China yang merentas sempadan. Keluarga-keluarga yang dipaparkan itu merangkumi benua dan hemisfera yang berbeza, memberikan suatu perspektif global yang unik sempena musim perayaan itu.

Tradisi yang berlainan di negara-negara yang berbeza menghasilkan budaya keluarga yang pelbagai. Walau bagaimanapun, bagi rakyat China dan semua orang di seluruh pelusuk dunia, keluarga adalah tempat perlindungan emosi mereka dan "majlis perjumpaan" itu adalah cara yang terbaik untuk memberikan nafas baharu kepada perhubungan keluarga. Haier telah memasuki kehidupan seharian setiap keluarga dengan teknologi pintar mereka, memenuhi keperluan mereka yang pelbagai, dan mengiringi mereka di dalam detik-detik tahun baru yang paling mengasyikkan.

Dalam tempoh 33 tahun yang lalu, Haier telah menerokai keperluan keluarga yang berbeza di negara-negara yang berbeza dan membentuk budaya keluarga global yang unik. Barisan enam jenama mereka, iaitu Haier, Casarte, Leader, GE Appliance, Fisher & Paykel, dan AQUA, menyediakan pelbagai produk yang luas bagi pelbagai senario rumah pintar.

Dengan memenuhi tuntutan pelanggan yang berbeza daripada budaya dan kelas yang berlainan, Haier telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada keluarga di seluruh dunia dan menjadi sebuah jendela kepada budaya keluarga global. Dengan satu visi dan keupayaan global untuk menerokai permintaan pelanggan global yang berbeza bagi memudahkan mereka dengan gaya hidup yang lebih baik, Haier telah menjadi sebuah pemain utama dunia di dalam industri peralatan rumah dan sebuah model untuk jenama global China.

Saksikan video itu di sini: https://youtu.be/n2TjWYsQHAA!

Hubungi

Haier
Chen Xi, 0086-4006-999-999
chenxi@haier.com
http://www.haier.com

Sumber: Haier

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180211005079/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.